IKS - BAB 22

10.7K 267 5
                                    

Mardiah membuka matanya perlahan apabila terdengar rengekan Qaysara. Segera dia bangun dari pembaringannya dan bergerak ke arah Qaysara. Terbeliak mata budak kecil tu lalu tersenyum kecil. Jam tangannya di lihat sekilas. Sudah pukul 1.45 petang.

Lamanya Mardiah tertidur,mungkin effect ubat tu. Kepalanya pun sudah tidak berasa pening lagi malah dia lebih cergas dari pagi tadi. "Sayang mummy dah bangun ye. Jomlah kita mandi yer!" omel Mardiah sambil membuka pakaian Qaysara.

Usai memandikan bayi kecil itu,pakaian dipakaikan."Sayang nak susu tak?" Qaysara hanya tersenyum melihat Mardiah. Mardiah bangun sambil mendukung Qaysara keluar dari bilik itu.

Sampai saja di dapur,Mardiah membuka peti sejuk bahagian beku dan melihat hanya beberapa botol saja susu badan milik arwah Syazira. Mungkin dalam tiga atau empat minggu lagi cukuplah."Sara kena habiskan dulu susu mummy Sara tau. Lepas tu kakak tambah balik okay." Ujar Mardiah perlahan sambil mencium pipi Qaysara. Susu beku di dalam peti sejuk diambil dan direndam dalam air panas.

Amat tersirat maksud Mardiah disebalik kata-katanya. Mardiah sudah bertekad melakukan apa saja untuk Sara kerana perasaannya terhadap Qaysara tidak boleh dibendung lagi. Dia tak mahu lihat Qaysara derita apabila susu simpanan mummynya dulu habis. Jadi,Mardiah bersetuju dengan cadangan dia sendiri dan keluarganya juga sudah membenarkan tindakan dia sebegitu.

Sudah hampir 2 bulan Mardiah mengambil pil hormon untuk mendapatkan susu badan. Semuanya dia buat untuk Qaysara. Mardiah sedikit tidak ada rasa kecewa dan menyesal kerana berbuat demikian malah dia rasa lebih gembira sebab dapat tolong seorang bayi kecil dengan cara baik iaitu menjadi ibu susuan kepada Qaysara.

Perkara ini sudah difikir banyak kali dan keputusan Mardiah adalah sama untuk menjadi ibu susuan Qaysara. Hal ini belum lagi diketahui oleh Puan Zalia mahupun Azrell. Mardiah bercadang mahu memberitahu Puan Zalia akan hal ini pada esoknya kerana esok hari cuti peristiwa. Jadi,Puan Zalia tidak ke sekolah esok,bolehlah Mardiah berbincang tentang perkara sebenar.

Sayangnya Mardiah pada Qaysara tiada batas sehingga dia sanggup korbankan segalanya untuk Qaysara walaupun bayi itu bukan dari darah dagingnya.

Mardiah sayang Qaysara dan mahu ada walau setitik darahnya dalam tubuh Qaysara. Mulia sungguh hati Mardiah sehinggakan sanggup mengambil pil hormon untuk mendapatkan susu badan.

Usai memanaskan susu Qaysara yang beku itu,Mardiah mengambilnya dan berjalan ke arah ruang tamu di tingkat dua. Susu diberikan kepada Qaysara dan dengan rakusnya bayi itu minum susu.

Sedang Mardiah memberi susu botol pada Qaysara sambil mengusap lembut rambut Qaysara yang belum lebat lagi,perutnya mula berkerongcong.

Aduhai,macam mana ni? Nak makan apa? Takkan nak masak sendiri kot,nanti memandai pulak selongkar rumah orang. Lagipun Azrell tidak cakap apa-apa pun sebelum keluar kerja tadi. Dia tak ingat nak bagi aku makan ke?

Selalu Bibik Imeng akan masak, kadang kala Mardiah turut membantu bila Qaysara masih tidur dan sama-sama menikmati makanan itu. Memang rutin harian.

Kadang-kadang Azrell dan Azriff akan pulang untuk makan tengahari di rumah dan pergi ke kerja semula. Azra pun akan sertai jika dia habis kelas awal dan cuti. Tapi harini.. Dia nak makan apa? Ahh.. Pandai-pandailah cari roti ke,biskut ke! Asalkan kenyang.

Mardiah merenung wajah Qaysara yang comel itu. Tersenyum kecil bayi itu dibuatnya. Mardiah juga turut tersenyum."Mummy sayang sangat kat Sara tau. So,mummy tak buat keputusan yang salah lah ye."

"Sara tunggu lagi beberapa minggu je kalau nak susu mummy tau,sayang! Mummy pon tak sabar nak jadi ibu susuan Sara. Dalam dua tiga minggu jer!" omel Mardiah sambil tersenyum manis.

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora