IKS - BAB 62

13.9K 275 34
                                    

Setelah empat hari tiga malam mereka berbulan madu di Bandar Port Dickson ini. Banyak kenangan manis yang dapat digambarkan oleh pasangan suami isteri itu. Hari ini merupakan hari terakhir mereka di Negeri Sembilan. Terasa sekejap sahaja masa berlalu.

Dua bagasi sederhana besar itu sudah siap dikemas dan diletakkan di sebelah pintu bilik. Mereka akan check out tepat pukul 11 pagi nanti.

"Semua dah siap?" Soal Azrell tenang.

Mardiah yang sedang mengemas beg barangan Qaysara menoleh. "Ya dah siap. " jawab Mardiah. Beg barangan Qaysara yang sudah siap dikemaskan terus digalasnya. Tubuh Qaysara diangkat. Segar-bugar mata bayi kecil itu. Baru sudah mandi dan menyusu.

Azrell terus menapak keluar dari villa tersebut sambil menolak dua bagasi sederhana besar itu. Pintu ditutup semula menggunakan kad akses.

"Jom kita balik rumah. Yeay. Sara seronok tak?" Omel Azrell kepada Qaysara sambil mengocak lembut tangan bayi itu. Bagai mengerti apa yang dikatakan oleh Azrell,lantas Qaysara ketawa riang sehingga menampakkan gusinya yang bakal ditumbuhi gigi tak lama lagi. Sekarang pun sudah nampak halus gigi Qaysara yang kecil itu. Comel.

Mardiah turut tersenyum melihat gelagat anak-beranak itu.

"Mar akan rindukan tempat ni lagi." Ucap Mardiah perlahan namun masih didengari oleh Azrell.

"Nanti kita datang lagi. Sayang happy tak selama empat hari disini?" Soal Azrell sambil mengatur langkah meninggalkan kawasan villa tersebut. Mereka berjalan beriringan menuju ke lobi hotel.

Mardiah tersenyum manis. "Mestilah seronok. Thank you,abang." Ucap si isteri penuh makna.

Secalit senyuman manis terukir di bibir sang suami. Bahagia melihat isterinya gembira. Itulah niatnya yang sebenar. Membahagiakan isteri dan anak,atau anak-anak. Hehe.

Di lobi hotel,usai Azrell menyerahkan semula kunci dan kad akses villa tersebut,mereka terus mengatur langkah ke arah kereta di halaman lobi. Kelihatan Wan sudah berada di dalam kereta bahagian pemandu sebelum dia keluar dari perut kereta.

Azrell dan Wan berjabat tangan bersama sengihan. Kawan-kawan bila berjumpa.

Mardiah diminta masuk ke dalam kereta terlebih dahulu di bahagian penumpang belakang sementara Azrell memasukkan bagasi mereka ke dalam but kereta.

Kereta yang dipandu oleh Wan terus meluncur laju meninggalkan halaman hotel lima bintang itu. Pandangan sayu diberikan oleh Mardiah setelah perjalanan mereka sudah melepasi kawasan hotel. I will miss you,darl!

*  *  *

Keluhan dilepaskan. Entah ke berapa kali Mardiah melepaskan keluhan hari ini. Jam di pergelangan tangan dipandang sekilas. Sudah dua jam berlalu. Keretapi yang ditunggu-tunggui mereka masih belum tiba.

Entah melencong kemanalah. Azrell telah membuat keputusan untuk pulang dengan menaiki keretapi. Katanya lama sudah tidak naik kenderaan itu. Sekali-sekala menggunakan kenderaan awam.

Katanya Azrell sejam yang lalu, "train delay" . Itupun sudah membuatkan hati Mardiah panas. Mana tidaknya, sepatutnya waktu keretapi mereka akan tiba ialah pada pukul 12.45 tengahari. Mereka punya bergegas datang awal 20 minit supaya tidak tertinggal. Akhirnya inilah yang jadinya. Keretapi ditangguhkan untuk sementara waktu. Entah pukul berapa pula nak sampai di stesen.

Azrell yang sedang bermain dengan Qaysara di sebelah dipandang. Seronoknya. Langsung tidak ada rasa sepertinya. Mungkin Azrell sudah biasa kut tunggu lama-lama macam ini. Qaysara pula,tidak adanya nak merengek kerana kebosanan berada di sini lama-lama. Elok sahaja bermain dengan bapaknya.

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Where stories live. Discover now