IKS - BAB 43

11.4K 269 2
                                    

Azrell menolak stroller Qaysara beriringan dengan Mardiah di sisinya. Qaysara yang nyenyak tidur, diam tidak berkutik langsung. Senangnya bawa bayi sebegini. Tidaklah merengek setiap masa.

"Encik Az!" Panggil Mardiah sebelum dia berhenti dihadapan stroller Qaysara. Tersentak Azrell dengan panggilan Mardiah tadi lalu menghentikan penolakan kereta sorong bayi anaknya. Kening dijongketkan menandakan mengapa? "Saya tengok barang Sara masih banyak ,kenapa nak beli lagi?" Soal Mardiah dengan wajah pelik.

Azrell meneruskan perjalanannya sambil menolak stroller Qaysara. Langkahannya diikuti oleh Mardiah juga."Ishh orang tua ni,dia lari pulak dah!" Getus Mardiah perlahan.

"Beli banyak untuk buat stoklah. Tak basi pun kan?" Jawab Azrell ringkas.

Terdiam Mardiah. Betul juga kata-kata Azrell ni, boleh dijadikan stok,tak lapuk pun barang itu.

Dalam asyik berjalan,Azrell berhenti di sebuah kedai yang menjual pelbagai barangan bayi. Hmm.. Masuk sahaja ke dalam kedai ni boleh melayang duit dengan sekelip mata. Rambang mata melihat barangan bayi yang comel-comel.

Azrell membenarkan Mardiah supaya memilih barangan kepada Qaysara. Apa yang dipegang,ditilik,disentuh lama,semuanya Azrell capai dan mengambilnya kerana itu merupakan pilihan Mardiah tetapi tidak diambilnya. Mana tidak diambilnya, harga satu barangan pun boleh pengsan kalau tengok. Azrell sekali jeling sahaja barang itu. Bukannya mahal sangat pun. Sengaja bajet mahal.Haha..

"Semuanya RM 379.98 sen." Ujar jurujual di kaunter itu dengan senyuman yang manis. Azrell msnghulurkan sekeping kad kredit kepada jurujual itu tanpa rasa terkejut dengan harga kesemua barangan Qaysara. Mardiah sudah tercengang setelah mendengar harganya.

"Disini kami ada buat cabutan bertuah kepada pembeli yang melebihi RM150. Jadi Encik terpilih dan sila isi borang ini." Ujar jurujual itu dengan sopan. Azrell menjongetkan keningnya tanda tertarik dengan cabutan bertuah itu.

"Cabutan bertuah ini melibatkan mommies dan si manja di mana Puan akan mendapat satu hamper dan hadiah istimewa dari kami. Puan dan Encik suami perlu menyertai satu photoshoot di tempat tersebut hujung tahun ini untuk bergambar bersama.

Gambar tersebut akan dipaparkan di majalah keluarga. Tiada paksaan dari kami. Terpulang pada Encik dan isteri untuk menyertainya ataupun tidak. Tapi kami amat menggalakkan penyertaan Encik dan isteri." Terang jurujual itu dengan lancarnya bersama dengan senyuman yang tidak lekang dibibir.

Mardiah sudah tersentak dengan panggilan jurujual itu terhadap dia dan Azrell. Tidak benar semua itu.

"Ooo... Ada photoshoot ke!" Mardiah menayangkan sengihannya tanda mati kata. Senyuman dibalas daripada jurujual itu.

"Hujung tahun ini kan? Menarik juga ya penyertaan ini. Baiklah,saya sertai penyertaan ini." Putus Azrell dengan selambanya tanpa meminta kebenaran Mardiah. Wajah Mardiah berkerut memandang Azrell.

"Okey, Encik boleh isi borang ini sebagai penyertaan. Tulis nama,nombor kad pengenalan dan sebagainya." Arah jurujual itu sambil menghulurkan sehelai kertas. Borang diisi dengan lengkap. Azrell tersenyum sinis memandang kertas itu.

Bagai ada sesuatu niat disebalik itu. Segera dia mencapai sebatang pen dan mengisinya. Terdapat dua bahagian dimana bahagian pertama adalah untuk si suami manakala bahagian kedua untuk si isteri.

Azrell memandang Mardiah seketika. Mardiah yang sedang melihat kawasan sekeliling tersentak dengan pandangan itu lalu menjongketkan keningnya tanpa mengapa.

"Nak kad pengenalan. Nak isi borang ini! " pinta Azrell dengan muka kosongnya.

Mardiah lantas mengeluarkan pursenya dan memberi sekeping kad yang diminta oleh Azrell itu. Tidaklah risau sangat kerana gambar di kad pengenalannya itu tidak terlalu hodoh. Muka sebenar lagi cantik berbanding di dalam kad pengenalannya.

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Where stories live. Discover now