IKS - BAB 53

15.5K 300 16
                                    

Azriff menghampiri abangnya yang berada di balkoni rumah bersama Emir. Bahu Azrell ditepuk. "Awal keluar bilik?" Soal Azriff tersengih. Emir disebelah Azrell pun mengalihkan badannya menghadap Azriff.

Azrell yang terkejut dengan kehadiran adik lelakinya terus mengurut dadanya. Salam tiada. Kurang ajar ya kamu. Adik siapa lah?

"Dah habis awal!" Balas Azrell dengan sinis. Membuntang terus mata Azriff setelah mendengar jawapan Azrell. Emir pun turut menunjukkan reaksi teruja dengan jawapan sepupunya.

"Gila cepat. Tak macho lah macam ni!" Komen Emir pula. Azrell sudah ketawa besar mendengar omelan Azriff dan Emir. Otak kuning betul. Asal pengantin baru je fikir benda pelik-pelik. Dasar jantan!

"Serius la Az!" Balas Azriff pula dengan bersungguh-sungguh.

Azrell senyum sinis." Ini Azrell lah. Berpengalaman. Aku tak mainlah kalau masa singkat. Majlis pukul 8 kot. Mana sempat. Aku sabar dulu. Ingat macam korang ke gelojoh." Jawab Azrell jujur.

Sengihan diberikan. Terus Emir menampar bahu Azrell dengan kasar. Azriff sudah mencebik.

"Bengong Az kau tipu kitorang. Aku ingatkan betul kau buat tadi." Ujar Emir bersama panggilan makian. Tipu lagi kan sudah mendapat gelaran 'bengong'.

"Siapa suruh percaya. Aku akan bina strategi dulu kalau nak buat sesuatu benda tu. Masa itu penting. Bijak set masa." Ucap Azrell tentang cara untuk bertindak dengan rasional.

Sebelum buat sesuatu benda tu, perlu fikirkan dulu risiko selepasnya.

"Ada betulnya jugak. Kang tak pasal-pasal pengantin turun lambat majlis malam ni. Semua ternanti-nanti." Balas Azriff sudah ketawa besar diikuti mereka berdua. Lelaki kalau berborak pasal kahwin, inilah jadinya. Memang tajuk besar.

"Mar mana? Tadi Emma cari. Aku malas nak ganggu, takut korang tengah buat live. " sampuk Emir pula bertanyakan dimana Mardiah dengan sengihan nakal.

"Ada dalam bilik dengan Sara. Pergilah suruh Emma naik bilik." Jawab Azrell jujur. Emir mencebik. Malas mahu turun semula untuk memberitahu isterinya bahawa Mardiah berada di dalam bilik.

"Eh tadi aku nampak bekas keluarga mertua kau datang majlis. Kau jemput eh?" Soal Emir ingin tahu. Sememangnya dia kenal dengan keluarga mertua Azrell. Mereka baik sangat dan sungguh peramah. Azrell mengerutkan kening dengan pandangan yang tajam.

"Diorang still keluarga mertua aku buat selama-lamanya. Aku takkan berpisah silaturahim dengan diorang. Aku ada dua keluarga mertua yang aku sayang. Dan aku tak nak bezakan mana baik mana tidak. Keluarga arwah masih ada hak. Sara cucu diorang. Aku tak boleh pisahkan mereka." Bebel Azrell begitu positif dengan pemikirannya.

Dia takkan sesekali memisahkan hubungan silaturahim dengan keluarga arwah isterinya. Walau apapun terjadi, mereka tetap keluarganya. Dia ada tanggungjawab ke atas keluarga itu.

Emir dan Azriff hanya tersenyum tawar mendengar penjelasan Azrell. Sungguh taat Azrell terhadap keluarganya. Inilah yang kita mahu. "Bagus bro. Aku tabik dengan kau. Menantu yang baik dan taat!" Terus mereka bertiga ketawa dengan omelan Emir.

*  *  *

Suasana di Majlis kecil itu sungguh meriah dengan kehadiran orang ramai yang lebih kurang seratus orang ke bawah. Jemputan hanyalah keluarga,rakan-rakan dan jiran terdekat. Bau Barbeque sungguh menyelerakan. Antara lauk yang digrill ialah ayam,daging lembu dan kambing, udang dan banyak lagi. Memang kenyang malam ini. Tidak terlepas juga dengan menu hidangan yang lain dimana makanannya turut sedap.

Azrell yang sedang mendukung Qaysara berlalu keluar dari rumah bersama Mardiah disisi. Segelintir tetamu beralih kepada mereka dan tertarik dengan pakaian yang dikenakan oleh pengantin. Unik dan bermakna. Comel pasangan itu. Mereka diminta untuk sesi mengambil gambar bersama tetamu terlebih dahulu. Tetamu yang hadir mereka bersalaman sebelum dijemput menikmati hidangan.

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Where stories live. Discover now