IKS - BAB 69

9.6K 253 5
                                    

Semenjak sebulan ini, Azrell kerap pulang lewat dari tempat kerja. Katanya kerja banyak di pejabat. Mardiah sebagai seorang isteri yang bertindak dengan rasional tidak mencurigakan sesuatu.

Lagipun Azrell mengaku yang dia sangat cintakan Mardiah dan tidak akan cintakan orang lain.

Mardiah percaya akan itu. Dia pun turut sayang sepenuhnya pada Azrell.

Ketukan di pintu pejabat mininya menyentakkan Mardiah yang sedang ralit menatap laptopnya.

Seketika kemudian tersembul wajah Arni di muka pintu. Staffnya. "Puan, ada orang nak jumpa dengan Puan." Lapor Arni jujur.

Mardiah mengerutkan wajahnya. Setahunya, dia tidak mendapat sebarang temu janji dari sesiapa hari ini. "Siapa?"

"Entah. Lelaki. Dia kata orang teristimewa bagi Puan." Sengih Arni.

Bertaut kening Mardiah. Siapa? Takkan Azrell. Lelaki itu jarang sudah datang ke kafe kerana terlalu sibuk.

"Suami saya ke?"

"Eh bukan. Orang lain." Makin pelik Mardiah fikirkan.

"Tak apa. Awak panggil dia masuk dalam. Sebelum tu sediakan minuman untuk dia sekali yer." Arah Mardiah tenang.

Pantas Arni menutup semula pintu bilik Mardiah.

Mardiah menutup laptopnya sambil mengemas sedikit ruang mejanya. Kertas-kertas dokumen di simpan di tempat sepatutnya.

Tokk!! Tokk!! Tokk!!

Pintu dibuka dari luar. Lantas Mardiah mendongak memandang gerangan siapakah tetamu misterinya itu.

Membuntang mata Mardiah.

Haykarl?

Senyuman diukir.

"Assalamualaikum,Mar." Ucap Haykarl.

Mardiah menjawab salam lelaki itu lalu meminta Haykarl duduk di hadapan mejanya. "Ada apa awak datang sini?" Soal Mardiah bermukadimah.

"Awak tak tahu?" Soalan berbalas soalan.

"Tahu apa?"

"Saya datang sini sebagai wakil untuk projek di kafe ini. Awak membuat permintaan untuk membuat pengubahsuaian kafe ini kan? Memperbesarkan kafe ini. Menjadi lebih gah." Terang Haykarl akan tujuan kedatangannya ke sini.

Melopong mulut Mardiah apabila mendengar kenyataan lelaki itu. "Lahh awak ke wakilnya. Eh saya tak sangka pula. Setahu saya,saya berurusan dengan orang lain haritu untuk kontrak ni." Ujar Mardiah tidak percaya.

Haykarl senyum kelat. "Itu hanya penolong saya. Sayalah wakil sebenar untuk siapkan projek ni dengan orang-orang saya." Balas Haykarl tenang.

Mardiah menekup mulutnya. Sangat tidak sangka. Kecil sungguh dunia ini. "Saya bangga dapat berurusan dengan awak. Sekurang-kurangnya kita kenal dan tak kekok lah saya nak bincang dengan awak lepas ini." Omel Mardiah kegembiraan.

Haykarl senyum lebar. Melihat tawa Mardiah buat hatinya tenang. Cantik gadis itu. Lebih cantik sekarang. Dengan wajahnya yang ayu bertudung.

Tapi..

Saya minta maaf,Mar. Saya terpaksa tipu awak. Tapi demi kebahagiaan kita.

.

Seminggu yang lalu..

"Weh Khai, kau dapat projek baru ke? Nak tengok." Soal Haykarl lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa berhadapan Khai.

Kertas dokumen yang dihulurkan Khai diambil.

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt