IKS - BAB 21

10.2K 270 3
                                    

Telefon pintarnya dicapai lalu mendail nombor seseorang yang penting. Tutt.. Tutt..

"Hello,assalamualaikum. Awak kat mana hah? Kenapa tak sampai lagi ni? Dah pukul berapa dah?" Bentak Azrell setelah panggilan dijawab. Panas hatinya bila orang yang tak reti nak tepati masa ni. Dah lewat sangat sekarang ni. Nak masuk pukul 8.45 pagi dah. Kerana orang itu,dia terlewat untuk ke tempat kerja.

Mardiah mengerutkan wajahnya lalu menggosok matanya untuk melihat gerangan siapakah yang menghubunginya sambil marah-marah bagai. Azrell!! Terbuntang mata Mardiah melihat majikannya telefon. Nak apa telefon pagi-pagi buta ni!

Pagi?? Serta-merta kepalanya kembali berdenyut. Sakit ya amat.

"Kenapa encik marah-marah ni?" Jawab Mardiah dengan suara sedikit serak dan perlahan. Mata dipejamkan untuk menahan sakit kepalanya.

"Kenapa awak cakap? Awak tahu tak yang awak dah lewat untuk datang kerja!" Arah Azrell geram dengan jawapan Mardiah.

"Aduhh..Ya Allah sakitnya.. Ermm.. Encik tunggu kejap nanti saya datang." Ujar Mardiah sambil menahan sakit. Panggilan dimatikan. Dapat didengari oleh Azrell yang Mardiah sedang merungut kesakitan. Terus wajahnya berubah riak.

'Mar sakit ke? Tak mungkin kut. Kalau dia sakit, dari awal lagi dia akan mesej.' Fikir Azrell sambil meraup wajahnya. Azrell kembali ke arah katilnya untuk melihat Qaysara. Dah pandai meniarap,merata dia pergi. Nasib baik tak jatuh katil.

"Saraa.. Sara tunggu kejap ye,nanti kakak kesayangan Sara tu datang tau." ujar Azrell kepada Qaysara. Qaysara hanya tersenyum lalu menyambung semula aktivitinya yang ditangguhkan oleh bapaknya. Nak meniarap tak senang. Sekarang Qaysara sudah pandai meniarap dan juga boleh menyulur.

*  *  * 


"Hayfaa..Akak pergi kerja dulu ye. Jaga diri. Kunci pintu,bahaya ni!" ucap Mardiah lalu mengatur langkah ke arah pintu.

Lantas Hayfa bangkit dan mendapatkan Mardiah. Lengan Mardiah dipaut untuk menghadapnya.

"Akak, sorry sebab Hayfa libatkan akak dalam hal ni. Hayfa pun tak sangka abang macam tu gamaknya buat dekat kita. Hayfa benci ada abang macam tu!" mendatar suara Hayfa mengucapkan kata-katanya. Meluat!

"Dah la Hayfa.. Maybe abang Karl ada niat lain kut dia buat macam tu tapi kita tahu. Tak baik Hayfa cakap macam tu. Buruk macam mana pun dia,abang Karl tetap abang kandung Hayfa. Take noted!" balas Mardiah tersenyum tawar. Sengaja dia cakap sedemikian untuk positifkan dirinya. Memang dia turut marah dengan cara Haykarl,tapi dia tak mahu kelihatan benci di depan Hayfa terhadap Haykarl.

Hayfa hanya mengeluh kecil mendengar nasihat Mardiah. Dia tak boleh cakap macam tu.

"Kenapa muka akak nampak pucat je ni? Akak demam eh?" lantas Hayfa menyentuh lembut dahi Mardiah untuk memeriksa suhu kepanasan badan Mardiah.

"Panas lah kak. Akak tak payah la pergi kerja,akak macam nak demam je ni. Lagipun dah lewat dah kan. Akak selalu masuk kerja pukul 7.30 kan. Sekarang dah nak pukul 9 dah,kak!" omel Hayfa risau dengan kesihatan Mardiah.

Mardiah menggeleng perlahan sambil memegang bahu Hayfa. "Akak okey. Akak kena pergi jugak sebab kelmarin dah cuti kan. Takpelah akak pergi kerja dulu!" ucap Mardiah lalu keluar dari rumah. Enjin kereta dihidupkan dan beredar dari rumah itu. Hayfa memandang sayu ke arah luar rumah. Mungkin akak stres sebab abang!

*  *  *

"Assalamualaikum.." Ucap Mardiah sambil tangan membuka pintu utama rumah banglo itu. Sunyi! Ye lah,semua dah keluar menuju tempat masing-masing. Encik Arif sudah ke hospital manakala Puan Zalia awal pagi lagi kena berada di sekolah dan Azriff pula memang waktu sekarang mengadap laptop dan kertas kerja. Azra pukul 8 tadi lagi sudah ke kolejnya. Macam tak ada orang langsung! Tapi mana Makcik Ani? Selalu bila Mardiah mula melangkah masuk dalam rumah tu, tak berhenti mulutnya berceloteh.

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Where stories live. Discover now