IKS - BAB 24

10.8K 259 0
                                    

Qaysara yang sudah kenyang menyusu diletakkan di dalam baby cot. Mardiah dan Puan Zalia tersenyum mesra melihat Qaysara yang turut gembira. Sikit saja Qaysara menyusu tadi kerana kuantiti susu badan Mardiah baru dapat sikit.

Puan Zalia meminta diri untuk keluar dari bilik itu untuk membeli barang mentah memasak bersama Azra. Nak masak untuk tengahari nanti. Azrell dan Azriff akan pulang untuk mkan tengahari di rumah. Jadi,Puan Zalia kena masak awal hari ni dan Azra wajib menolongnya sebab Makcik Ani tak ada. Esok baru Makcik Ani pulang dari kampungnya.

Mardiah duduk di atas sofa dan membelek telefon pintarnya yang dari tadi memekak je tanda mesej masuk. Siapalah yang mesej tak berhenti dari tadi! Aplikasi whatsapp di buka dan terdapat mesej dari beberapa kenalan. Azrell ada.. Haykarl memang selalu sangat mesejnya sebab nak jelaskan hal haritu. Sengaja Mardiah tidak melayan sebab sakit hati masih terasa. Emma pun ada!

Mesej daripada Azrell dibaca. Kena dahulukan majikan. Nanti hampir satu kamus di membebel.

Sara buat apa? - Azrell

Ambil gambar dia,nak tengok. Rinduu!! - Azrell

Make sure awak tak keluar dengan Azra eh. Saya dapat tahu awak keluar juga,siap awak - Azrell

Mardiah membaca mesej daripada Azrell dengan muka yang menjengkelkan. Eh dia ni, aku pun malas lah nak keluar bagai.

Mardiah membalas mesej daripada Azrell. Qaysara yang sedang tidur nyenyak diambil gambar. Alahai comelnya. Gambar itu dihantar dengan menulis caption

Sara tidur. Kenyang minum susu! - Mar

Ye saya tak keluar pun. - Mar

Malas dia nak berdebat dengan Azrell. Nanti lain pulak jadinya. Bunyi mesej daripada Azrell. Cepatnya dia balas. Tak ada kerja ke?

Comelnye anak daddy ni.. - Azrell

Bagus! - Azrell

Mardiah membiarkan mesej itu dan membaca pula mesej lain. Dilihat mesej daripada Emma. Lama minah ni mendiam lepas kahwin.

Wehh.. Aku nak pergi rumah makngah Emir,Puan Zalia tu. - Emma

Kau ada sana kan? Aku rindu kau.. Nak jumpa. Kejap lagi kitorang sampai - Emma

Kita boleh spend time japgi. - Emma

Woii.. Mana kau? Sampai hati kau lupa aku lepas aku kahwin eh! - Emma

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Where stories live. Discover now