IKS - BAB 3

13.5K 418 8
                                    

Stokin yang berwarna merah jambu beserta renda di bahagian atas disarungkan pada kaki kanan Qaysara. Terdapat juga kartun Hello Kitty yang bercorak pada stokin itu. Tubuh montel Qaysara dikenakan bersama gaun merah jambu cair dan  berbunga merah terang. Sungguh comel Qaysara apabila mengenakan pakaian itu.Padan sangat dengan Sara yang berkulit cerah kemerah-merahannya itu. Geram bila tengok. Di kepalanya terdapat hairband berwarna merah jambu. Semua pakaian tu dibeli oleh Puan Zalia, mama Azrell semasa keluar shopping baru-baru ini.

Harini, pakaian Sara semuanya serba pink.kasut yang dipakai oleh Sara pun turut warna pink. Mama Azrell kata, Qaysara kan gegirl ,jadi, dia kena memakai pakaian berwarna  merah jambu, baru comel.

Setelah siap menyediakan Sara, Azrell mengemas barangan Qaysara seperti bedak dan losen ke tempat asal. Kemudian dia memasukkan dua helai baju persalinan, beberapa lampin pakai buang, napkin bayi dan perkakasan yang perlu dibawa apabila keluar jalan-jalan termasuk juga beberapa botol susu badan yang masih beku.

Qaysara yang usianya baru mencecah tiga bulan hanya minum susu badan arwah ibunya saja. Semasa arwah Syazira mengandungkan Sara, dia sudah membuat stok-stok simpanan susu badan. Banyak sangat stok simpanan susu badan yang ada dalam peti sejuk.

Kata mama, susu badan mampu bertahan selama enam bulan jika disimpan di dalam peti sejuk di bahagian beku. Tetapi itulah, susu itu tidak segar sepertimana susu badan sedia ada. Arwah Syazira sengaja membuat stok susu sebagai persediaan awal. Lagipun membazir sahaja kalau buang begitu saja susu itu.

Tuk.. Tuk.. Tukk...

Ketukan di pintu bergema. Pintu dibuka luas dari luar,maka tersembul sekujur tubuh gadis. Azralah siapa lagi?

"Abang dah siapkan Sara ke?". Langkah kaki menuju masuk ke dalam bilik abangnya untuk mendapatkan Qaysara setelah soalannya dibalas dengan anggukan dari Azrell. Azra membawa Qaysara keluar dari bilik dan mula menuruni tangga. Azrell membimbit beg keperluan Sara dan pintu bilik ditutup rapat lalu mengatur langkah menuruni tangga.

"Mama, kita orang pergi dulu ye." Ucap Azrell sopan sebelum mencium lembut belakang tangan Puan Zalia.

Rambut Azrell diusap perlahan. "Ya.. Jaga Sara elok-elok tau. Dia tu kecil lagi!" Pesan Puan Zalia.

Azra yang mendukung Sara menghampiri mamanya dan menyalami orang tua itu. Kemudian, pipi kanan Sara dikucup lembut. Terkebil-kebil mata bulat Qaysara apabila opah menciumnya. Pagi-pagi macam ni memang mata dia sentiasa bulat dan segar bugar.

Usai meletakkan beg keperluan Sara di tempat duduk belakang, pintu ditutup dengan cermat lalu enjin kereta dihidupkan. Azra diarahkan untuk meletakkan Qaysara di dalam baby car seat yang terletak di bahagian hadapan. Seat belt dipakaikan pada Qaysara dan Azra duduk di bahagian belakang. Audi A6 Azrell mula meluncur keluar. Puan Zalia melambai pemergian anak dan cucunya itu sehingga hilang dari pandangannya.

* * *

Tali kasut sportnya diikat kemas. Hari ini dia mahu menenangkan dirinya pada hujung minggu yang paling indah ini.

Setelah penat seminggu berturut-turut dia menyiapkan tempahan kek yang ditempah oleh para pelanggannya. Memang memenatkan. Hanya Mardiah sorang saja yang buat semua tempahan kek itu.

Alhamdullillah,rezeki Mardiah semakin bertambah dengan tempahan kek pada minggu lepas. Wang tempahan kek-kek itu dibahagikan untuk dijadikan modal bahan-bahan kek dan selebihnya disimpan untuk memenuhi hasratnya.Sememangnya, Mardhya hanya membuat kek, biskut, roti dan segalanya berkaitan dengan pastri setiap kali ada tempahan sebagai kerja sampingannya. Wang simpanan yang diperolehnya juga boleh dibuat modal untuk memiliki sebuah kafe impiannya.

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Where stories live. Discover now