IKS - BAB 38

12.7K 259 1
                                    

Usai memberi susu kepada Qaysara,Mardiah menepuk perlahan punggung Qaysara, membuatkan mata bayi itu semakin kuyu. Yelah, kenyang minum susu,sejuk pula tu. Memang pakej lengkaplah. Mardiah tersenyum melihat Qaysara yang sedang lena di atas katilnya. Lega hatinya dapat tengok Qaysara yang sihat,ceria seperti sediakala selepas daripada bayi itu keluar dari wad.

Mardiah mengangkat tubuh kecil Qaysara yang masih terpejam rapat matanya lalu keluar daripada bilik. Belum sempat pintu biliknya ditutup, terdengar seperti suara garau macam suara lelaki. Haih siapa pulak yang suara garau nii?

Mardiah mengendahkan bunyi suara itu lalu menuruni anak tangga dengan hati-hati. Lagi beberapa langkah mahu sampai ke hujung tangga, Mardiah terlihat satu kelibat lelaki yang sedang duduk di sofa rumahnya. Siapa pula ni? Bila masa aku ajak dia datang rumah?

"Haaa akak. Ni penyibuk datang!" ujar Azra sebaik sahaja terlihat Mardiah menghampiri ruang tamu. Semua yang berada di ruang tamu mengalihkan pandangan kepada Mardiah. Mardiah melihat hamba Allah di sofa itu. Terbuntang terus matanya. Azrell!! Kenapa dia datang?

Azrell melihat Mardiah yang sudah terkesima dengan kehadirannya. Lantas dia melemparkan senyuman kepada Mardiah.

"Haii." sapa Azrell sambil membuat pis. Sengihan diberikan.

Nasib baik Mardiah memang sudah mengenakan tudung dan pakaian yang agak sopan. Tidaklah gelabah biawak bila jumpa dengan Azrell secara mengejut.

Puan Zalia tersenyum melihat Qaysara yang sedang lena didukungan Mardiah."Lena sungguh ye Sara lepas menyusu." ujar Puan Zalia setelah tubuh kecil itu diletakkan di atas tilamnya di sofa. Mardiah hanya tersenyum mendengar komen Puan Zalia. Puas hati jugalah dapat jalankan tugasnya dengan baik.

Azrell mengerutkan wajah lalu memandang anaknya yang selesa melayan mimpi. Faham maksud mamanya, mesti Mardiah yang susukan Qaysara walaupun stok susu sudah dibawa dari rumah lagi. Stok susu yang dibekalkan oleh Mardiah sendiri untuk keperluan Qaysara pada waktu malam atau waktu-waktu yang amat memerlukan seperti kecemasan.

Tidakah banyak sangat stok itu dibuat,hanya sekadar 5 atau 6 botol 100ml sahaja.

Mardiah melihat sekeliling. Mana Hayfa? Mesti kecewa sebab yang datang bukannya Azriff malah Azrell yang datang. Patah hati. Haha..

"Cantik rumah awak. Kemas." puji Azrell sambil mata melilau meneroka kecantikan rumah Mardiah. Haih puji sakan nampak. Ada apa ni? Sengaja Azrell mengubah topik secara tiba-tiba kerana dia tengok saja riak wajah Mardiah apabila mamanya menyebut soal susu tadi terus berubah.

Takut Azrell akan mencurigainya lagi dan pasti kena marah sebab beri susu pada anaknya. Tidaklah, dia sudah beri kebenaran pada Mardiah supaya boleh berkongsi darah dengan anaknya kerana dia tiada pilihan lagi untuk mencari pengganti susu kepada Qaysara.

Mardiah tersenyum kelat. Aduh kembang pula kena puji macam ini. Puji rumah cantik saja pun bukan puji dirinya cantik. Nampak sangat di situ kan,dia punya perasan nak angkat baru sendiri.

"Tak adalah cantik macam rumah mama awak. Aunty lagi profesional dalam bab-bab deko ni tau." Dalam angkat bakul sendiri pun kenalah merendah diri juga. Atau lebih baik dikatakan sedar diri.

Sengihan lebar diberikan oleh Puan Zalia.

"Kalau rajin Mar,semua benda boleh buat. Rumah kita juga!" sahut Puan Zalia .

Azrell memandang Mardiah sebaik sahaja gadis itu duduk di sofa sebelah. Mardiah yang perasan akan pandangan tajam Azrell sengaja buat tidak nampak malah membiarkannya.

Apalah mamat ni mahu eh? Tengok orang macam kita ini tak ada hidung. Tak nampak ke hidung Mardiah ni mancung. Terasa kekok pula apabila keadaan menjadi sunyi buat seketika.

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Where stories live. Discover now