IKS - BAB 65

11.8K 262 19
                                    

Malam itu, Azrell membawa anak dan isterinya pulang ke rumah Puan Zalia. Menurut kata Azrell, Puan Zalia terlalu rindukan cucu dan menantunya sampai hampir demam. Makan pun tidak ada selera. Azrell mendapat panggilan daripada Encik Ariff bahawa dia perlu menjenguk mamanya biarpun sekejap.

Kasihan pula pada Puan Zalia. Memandangkan hari cuti,jadi mereka membuat keputusan untuk pulang juga ke rumah mama mertuanya itu.

Hampir satu jam masa yang diambil untuk sampai dari rumahnya ke rumah mamanya. Lagipun, mereka bertolak selepas isyak,jadi tiada masalah dari segi cuaca yang panas sejak menjak ini.

Qaysara yang sedang bermain dengan mainannya dipandang Azrell sekilas. Senyuman nipis terukir dibibir. Pemanduannya difokuskan kembali. Mardiah yang sedang ralit melihat jalan tersentak apabila Azrell menyentuh lengannya.

Segera pandangan dihalakan ke arah encik suami bersama satu senyuman tawar. Entah mengapa dia rasa penat sangat hari ini. Mungkin kerana cuaca yang panas kut badannya jadi letih. Yelah, dari pagi tadi dia melawat Emma, pulang pula sudah pukul 12 tengahari. Selepas itu mereka pergi bersiar membeli perkakas dapur dan barangan yang diperlukan.

Azrell bertindak meramas jemari isterinya lembut. "Kenapa sayang senyap je dari tadi ni? Tak sihat ke?" Soal Azrell tenang. Sekali-sekala pandangan diarahkan kepada isteri tercinta.

Mardiah menghela nafas pendek. Senyuman tawar diberikan. "Tak adalah. Mar cuma penat sikit jer." Balas Mardiah lembut. Ramasan tangan suaminya pada jemarinya digenggam erat.

"Sayang rehatlah dulu sementara nak sampai!" Arah Azrell tanpa melihat isterinya. Mardiah menggeleng lemah. "Tak apalah. Nak sampai dah pun." Bantah Mardiah.

Diam antara mereka.

Qaysara yang berada di pangkuan Mardiah dibetulkan duduknya. Qaysara tidak mahu duduk dalam baby car seat . Kuat budak kecil itu menjerit menangis. Mungkin tidak mahu berada di bahagian belakang seorang diri. Jeles tengok mummy daddy duduk depan. Perangai comel sungguh!

Akhirnya Mardiah kena meriba juga lah budak kecil itu. Berat badan Qaysara semakin hari semakin montel dah tapi tetap comel. Lelah jugalah Mardiah mahu mendukungnya lama-lama.

Dalam bayi kecil itu bermain dengan mainannya, terus dia menolak mainan itu menjauh. Habis jatuh tergolek di atas riba Mardiah. Kuat mengamuk  betul anak dara ni. Mardiah mengambil semula mainan itu lalu diberikan kepada Qaysara.

Pantas bayi itu melempar mainannya sehingga jatuh ke lantai kereta.

"Kenapa ni,sayang? Tak nak main dah?" Soal Mardiah sambil mengucup sekilas pipi anaknya.

Rengekan dan tangisan kecil Qaysara mula terbit. Azrell memandang sekilas. Sudah kenapalah dengan anak daranya seorang ni?

Lantas Qaysara bertindak cepat menarik lembut tudung Mardiah. Ditolak tudung Mardiah ketepi. Tangisannya masih kedengaran. Mukanya disembamkan pada dada Mardiah.

Mardiah tersenyum kecil. Apa lagi kalau bukan nak susu? Tahu sangat perangai amuk anak dara ini.

"Sara nak 'mamam' la tu." Balas Azrell seraya tersengih sumbing.

Lantas Mardiah menyusukan anaknya yang kelaparan itu. Kini dia tidak segan lagi dengan Azrell seperti dulu. Buat apa nak segan dengan suami sendiri.

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt