IKS - BAB 16

10.6K 288 4
                                    

Puan Zalia mendekati Mardiah yang sedang melipat pakaian Qaysara di dalam bilik Azrell itu. Lantas Puan Zalia menghenyakkan punggungnya di atas katil dimana Mardiah juga turut duduk di situ. Tersenyum manis Mardiah apabila Puan Zalia menghampirinya."Aunty.. Dah balik? Aunty dah makan?" Sapa Mardiah membuka bicara diantara mereka berdua.

Puan Zalia pun turut membalas senyuman Mardiah lantas memegang kedua belah tangan Mardiah. Tergamam sebentar Mardiah apabila tangan diraih lembut oleh Puan Zalia.

"Aunty dah makan tadi, balik lewat sikit harini,buat kelas tambahan dekat budak-budak tu!" balas Puan Zalia jujur. Peperiksaan semakin hampir,jadi,sebagai seorang guru,dia perlu berusaha untuk murid-muridnya supaya cemerlang dalam peperiksaan nanti.

"Azrell cakap Mar pucat pagi tadi,Mar sakit ke? Nak pergi klinik?" soal Puan Zalia lagi tentang kesihatan Mardiah apabila mendapat berita daripada Azrell yang mengatakan Mardiah kurang sihat.

"Taklah.Mar cuma penat sikit je sebab dukung Sara seharian tadi. Dia taknak tidur,nak Mar dukung je,dengan orang lain dia tak nak. Dengan Azriff pun dia nangis bila Azriff nak dukung dia." cerita Mardiah tentang kejadian pagi tadi.

"Kesian Mar! Sekarang okey tak lagi? Dah makan ubat?" tanya Puan Zalia lagi kerana terlalu risau dengan keadaan Mardiah. Mana tahu nanti sakit tanggung seorang diri,taknak orang lain tahu.

"Tak makan ubat lagi pun,balik nanti Mar makanlah. Tadi Mar dah sapu balm dah!" jawab Mardiah tersenyum.

Puan Zalia tidak melepaskan pegangan tangannya bersama Mardiah sebaliknya menggenggam lembut sambil menatap lama wajah mulus Mardiah. Senyuman masih tidak lekang di bibir Puan Zalia.

"Aunty nak tanya something dekat Mar boleh?" soal Puan Zalia lembut. Lantas Mardiah mengangguk laju dengan senyuman mesra. "Tanyalah"

"Mar sayang Sara tak?" Soalan emas yang ingin ditanya oleh Puan Zalia akhirnya terkeluar juga setelah sekian lama dia tertanya-tanya.

Mardiah tertawa kecil sehingga menampakkan lesum pipitnya."Okey..Secara ikhlasnya memang Mar sayang sangat dengan Sara. For the first time Mar jumpa Sara,hati Mar rasa macam dekat je dengan Sara. Mar dah anggap Sara macam anak sendiri dah. Kalau boleh Mar nak jaga Sara sampai dia besar. Bukan kerana balasan haritu,tapi memang perasaan Mar yang sayang pada Sara dan niat Mar hanya nak Sara membesar depan mata Mar dengan sihat." Ujar Mardiah jujur meluahkan perasaannya kepada Qaysara sepanjang dia menjaganya.

"Mar sanggup buat apa saja untuk Sara walaupun Sara bukan anak Mar?" soal Puan Zalia lagi.

"Insyaallah kalau dipermudahkan. Ikut pandangan Azrell jugak sebab dia kan daddy Sara.Mar ni cuma babysitter dia je,tak layak pun nak jadi lebih-lebih untuk Sara." Sengih Mardiah berseloroh dengan jawapanya.

"Siapa kata tak layak?"

Membuntang mata Mardiah mendengar kata-kata Puan Zalia. Maksud tersirat ke apa ni? 'Maksud aku, aku tak layak nak jadi mak kepada budak lagi bukan nak jadi mummy Sara!' bisik hati kecil Mardiah. Mesti Puan Zalia menganggap dia masih belum sedia nak jadi menantunya. Omaigad.. Bukan itu maksudnya. Habislah Puan Zalia berfikir yang bukan-bukan nanti tentang dirinya."No,Aunty. Maksud Mar,Mar belum layak untuk jadi mak kepada seorang budak lagi,bukan belum layak untuk jadi mummy Sara. Salah faham nih!" Potong Mardiah dengan pantas supaya anggapan Puan Zalia tidak melayang jauh.

Puan Zalia ketawa kecil sebelum kembali serius."Siapa kata Mar tak layak jadi mummy Sara?" soalan cepumas itu kembali menggetar jiwa. Janganlah Puan Zalia berfikir yang bukan-bukan.

"Hahhh!!!"

"Haih Mar ni. Gelabah pulak. Kalau Mar nak jadi mummy Sara pun,aunty dengan besar hati mengizinkan." Balas Puan Zalia sambil mengelus lembut pipi Mardiah sebelum bangun dari katil dan mengatur langkah keluar dari bilik itu dengan sengihan nakal.

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Where stories live. Discover now