IKS - BAB 42

10.3K 234 1
                                    

Kereta Azrell berhenti betul dihadapan rumah sewa Mardiah. Hon diberikan sekali,lantas keluar sesusuk tubuh kecil Mardiah dari muka pintu. Azrell keluar dari perut kereta dengan senyuman yang lebar. Macam kali pertama melihat perempuan.

Pintu pagar dikunci oleh Mardiah lalu menghampiri kereta Azrell. Senyuman manis dibalas tanpa memandang wajah Azrell. Azrell melihat penampilan Mardiah dengan penuh perasaan. Entah mengapa, malam ini,Mardiah kelihatan lebih ayu dan lemah-lembut walaupun dia hanya berpakaian seperti biasa. Mardiah nampak cantik di mata Azrell sekarang ini.

Azrell terkaku memandang Mardiah yang berdiri dihadapannya itu. Lantas Mardiah melambaikan tangan kananya ke muka Azrell."Heyy.. Encik Az. Kenapa ni? Kena sampuk ke?" Sergah Mardiah lalu bercekak pinggang. Qaysara yang berada di dukungan Azrell segera disambut. Kasihan budak kecil itu, terkapai-kapai tangannya ke arah Mardiah minta diambil.

Tersentak Azrell dari lamunannya dan terus tersengih."Nothing." Segera Azrell menghayun langkah ke arah keretanya.Pintu kereta bahagian hadapan miliknya dibuka luas kepada Mardiah. Tak perlu kut nak tolong bukakan pintu bagai. Tangan ni belum lumpuh nak buka pintu sendiri."Saya boleh buka sendirilah pintu ini!"  Omel Mardiah lalu masuk ke dalam perut kereta setelah mengambil Qaysara di bahagian belakang.

"Awak dukung Sara kan tadi." Oh lupa pula,tangan mendukung Qaysara, macam mana nak buka pintu. Apalah kau ni Mardiah,janganlah nyanyok di usia muda ini. Buruk padahnya. Tiada orang nak masuk meminang nanti.

Segera Azrell berlari anak masuk ke dalam perut kereta dibahagian pemandu. Dengan sebutan Bismillah, Azrell memulakan perjalanannya.

*  *  *

Azriff menuruni anak tangga lalu mengatur langkah ke ruang dapur. Terdengar si perut buat konsert Kilauan Emas tadi,terus dia keluar dari bilik untuk menamatkan konsert itu. Lapar lah tu. Perutnya dipegang. Kelihatan Makcik Ani sedang mengelap dapur gas sambil menyanyi lagu zaman Mas Idayu dangdut.

Digelekkan sekali dengan badan gempalnya ke kiri dan ke kanan. Meliuk-lentok tubuhnya dari arah belakang. Azriff yang baru saja tiba di ruang dapur terus terhenti langkahannya apabila terlihat wanita tua itu. Nampaknya kali ini Makcik Ani pula buat konsert percuma.

Azriff bersandar pada dinding sambil memeluk tubuh. Tersengih dia melihat gelagat wanita tua itu. Sengaja dia berdiam diri kerana mahu menonton aksi diluar jangkaan pembantu rumahnya ini.

Tidak tahan melihat gelagat Makcik Ani begitu,lantas Azriff menyergah  Makcik Ani sambil menghamburkan tawanya.

"Senggol senggolan cubit cubitan aku bernyanyi kau petir gitar..." Nyanyian Makcik Ani sebentar tadi diulang oleh Azriff dengan kuatnya sambil menari dangdut seperti gaya Makcik Ani tadi.

Makcik Ani yang terkejut dengan sergahan Azriff turut sama berjoget macam penguin sambil bertepuk tangan. Itu merupakan tindakan spontan daripada Makcik Ani kerana dia terkejut menyebabkan dia melatah.

Melatah dia bukan sebarang melatah,bukan melatah dari segi percakapan tapi melatah perbuatan.

Azriff pun turut menepuk tangan melihat gaya Makcik Ani sambil itu turut berjoget dengan orang tua itu. Dipegangnya lengan Makcik Ani sambil menari. Terletus ketawa Azriff dengan bahaknya sampai terpejam matanya mentertawakan wanita berumur itu.

Makcik Ani yang sudah sedar dengan tindakannya terus hentikan tarian entah apa-apa itu. Segera ditamparnya lengan Azriff bertubi-tubi kerana telah memeranjatkannya.

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Where stories live. Discover now