IKS - BAB 48

12.6K 305 15
                                    

Tepat jam 8 pagi,kelibat manusia pun tiba di perkarangan dewan sederhana besar itu. Majlis akad nikah akan diadakan di dewan ini sekali dengan resepsi belah perempuan. Sekali gus akad nikah dengan resepsi dibuat dalam sehari itu. Acara akad nikah akan dimulakan pada pukul 10 pagi.

Kawasan dewan yang cantik dihiasi warna cerah memeriahkan lagi suasana. Kesemua keluarga samada belah lelaki dan perempuan sudah tiba awal di dewan ini. Encik Khairil dan Puan Suzana yang sudah segak bergaya sedang berbual dengan tetamu yang hadir awal untuk acara akad nikah. Pada pukul 9 pagi, tok kadi akan tiba.

Mardiah yang berada di bilik persalinan di rumahnya sedang bersiap. Di dalam biliknya yang terdapat dua orang penyibuk iaitu Emma dan juga rakan baik mereka,Fika. Kedua-duanya sudah menjadi milik orang yang sah.

Jurusolek sedang bertungkus lumus menjalankan kerjanya terhadap Mardiah. Solek yang dikenakan kepada Mardiah tidaklah terlalu tebal,hanya sebagai penambah sahaja memandangkan pengantin sudah cantik. Alahai bangga pulak.

Qaysara?

Qaysara awal pagi lagi Puan Zalia sudah bawa budak kecil itu daripada Mardiah. Tidak mahu Qaysara mengganggu Mardiah bersiap. Mahu dia menangis nanti, kan naya jadinya. Mardiah dari semalam lagi sudah sediakan beberapa botol susu kepada Qaysara untuk hari ini.

Alhamdulillah sejak Puan Zalia mengambil Qaysara menjauh dari Mardiah,bayi kecil itu tidak menangis mahupun buat perangai. Baik-baik sahaja. Bagai memahami situasi Mardiah sekarang ini.

Mardiah yang hanya memerlukan masa sejam setengah untuk bersiap sudah selesai. Mereka perlu menuju ke dewan nikah dari rumahnya yang hanya mengambil masa 5 minit. Mereka menaiki kereta Emir yang dipandu oleh Fika. Puas Emma memaksa untuk menggunakan kereta suaminya,akhirnya tercapai.

Mardiah yang sedang menyarungkan kasut tumit tingginya dilihat oleh Emma.

"Aku harap kau dapat imbang badan lah Mar dengan kasut tu." Emma ketawa kecil melihat Mardiah yang memegang dinding untuk bangun. Sengaja Mardiah buat-buat tak pandai untuk imbang badan, padahal seminggu awal Mardiah sudah praktis memakai kasut itu.

Berdiri sahaja Mardiah dengan kukuh, lantas gadis berjalan ala-ala cat walk dengan gayanya tanpa memegang dinding dan apa-apa pegangan. Sampai sahaja di depan Emma,senyuman sinis dengan berlagaknya diberikan kepada Emma.

"Kau ingat aku ni tak pandai pakai heels ke? Tengok kaki lah. Aku praktis lama kot!" Sembur Mardiah ketawa sinis. Emma menjulingkan matanya tanda meluat.

"Aku tepuk muka kau tu, mau berdebu dunia,kang! Bongkaknya!" Gurau Emma lantas mereka berdua meletuskan tawa dengan kuat. Nasib baik di rumah itu hanya ada mereka bertiga sahaja. Tidaklah orang nampak perangai pengantin yang tidak senonoh itu.

"Hey. Sempat lagi noh hampa dok gelak. Wey Mar! Bakal laki hang dah tunggu kat depan tok kadi tu. Cepatlah. Kita dah lambat ni. Nak menikah ka dak?" Bebel Fika yang sudah berada di dalam kereta milik Emir. Seronok buat harta.

Mardiah dan Emma menghamburkan tawa lagi. Emma berjalan membontoti Mardiah sambik memegang lebihan gaun Mardiah dari belakang. Pintu kereta dibuka oleh Emma. Sudah serupa kuli Emma dikerjakan. Balas dendam daripada Mardiah yang di'kuli' semasa Emma kahwin dulu. Emma pun redha sahaja demi kawan baik yang mahu menikah ni.

Kereta mula bergerak meninggalkan kawasan perumahan keluarga Mardiah.

*  *  *

Azrell memasuki dewan itu dengan senyuman yang paling manis. Azrell kemas berpakaian baju melayu putih bersih bersama sampin bersongket dan bersongkok. Berseri-seri wajah Azrell. Disisinya Azriff yang merupakan pengapitnya dan terdapat 7 orang dulang boys dibelakangnya.

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Where stories live. Discover now