IKS - BAB 28

11.3K 268 14
                                    

Meja kerja di dalam bilik Azrell yang tadinya bersepah dengan kertas kerja dan sebagainya dikemas. Disusunya fail-fail penting di rak dengan rapi. Laptopnya ditutup dan menyusun atur barang-barang yang terdapat di atas mejanya. Siap. Kemas. Sejuk mata memandang.

Telefon pintarnya dicapai dan menyentuh skrin telefon itu ke Aplikasi Whatsapp. Jam tangannya dilihat sekilas. Sudah pukul 5.10 petang. Lagi beberapa minit nak habis waktu kerja.


Mesej daripada group dilihat tanpa riak,lantas memadam semua chat mereka. Malas nak baca. Kemudian,private chat dari beberapa orang dibaca dan membalasnya. Matanya kembali tertancap kepada satu mesej daripada seseorang yang dia terfikir dari tadi lagi. Senang hati tetiba.

Sara tak nak tido. Tunggu daddy dia baliklah kot!- Mardiah

Mesej Mardiah tadi dihantar beserta dengan satu gambar Qaysara dengan matanya yang bulat.

Mesej Mardiah tadi dihantar beserta dengan satu gambar Qaysara dengan matanya yang bulat

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

Memang tak nak tidur sangat tu. Azrell tersenyum sendiri melihat anak daranya yang sumpah comel tu. Ikut baka bapak dia lah.

Tetiba rasa rindu nak mampus dekat Qaysara macam tiga bulan tak jenguk. Umur Qaysara pun sudah menginjak empat bulan setengah. Dilihat pula masa Mardiah menghantar mesej tersebut. 3.54 petang. Selalu masa macam ni lah waktu kemuncak Qaysara tidur lama sangat selepas pukul 1 petang dia bangun.

Selesai mandi dan menyusu,sambung pula tidur. Tapi harini dia susah pulak nak tidur. Mungkin kot dia rindu Azrell. Jari Azrell memainkan peranannya untuk membalas mesej daripada Mardiah kepada Qaysara. Haaa..maksud lain tu. Mesej untuk Qaysara tau.

Kejap lagi daddy balik. Sara tunggu daddy tau. Miss you!!- Azrell

Ada makna lain ke ayat kedua terakhir tu. Agaknya kepada siapa dia ungkapkan tu? Qaysara atau Mardiah. Eh dua-dua lah senang. Tapi betul pun rindu dua-dua tu. Cuma diri je ego tak nak tunjuk. Hati nak. Puuiii dasar ego.

Alahhh lelaki biasalah,bukan lelaki lah kalau tak ada ego. Beberapa minit kemudian,terdapat mesej daripada Mardiah.

Sara dah tido lah Encik Az. Takde masa dia nak tunggu lelama. Baik tido,lagi best!😝😝 - Mardiah

Tersenyum Azrell melihat mesej daripada Mardiah. Kenapa rasa bahagia. Aishh.. Apa ni Azrell. Takkanlah angau.. Siap ada emoji menjeleng lidah lagi. Mesej je berani. Kalau dekat rumah tak adanya berani buat macam ni. Sebab tak tentang muka bolehlah buat macam-macam.

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora