IKS - BAB 73

8.9K 274 24
                                    

"Assalamualaikum, semua." Ucap Mardiah lantang seraya menerpa masuk ke dalam kafe miliknya.

Ya, dia dan juga Fahmi baru sahaja selamat sampai di Penang dari Kelantan. Hampir 5 jam juga perjalanan. Sengaja Mardiah menyuruh Fahmi datang ke kafe dulu sebelum pulang ke rumah.

Fahmi membawa masuk satu beg kertas masuk ke dalam kafe. "Cafe sweet cafe. I miss my kitchen and apron." Ujar Fahmi lalu meletakkan beg kertas tersebut.

"Apa tu, Abang Ami?" Soal salah seorang staf lalu mendapatkan beg tersebut.

"Saya ada belikan buah tangan sikit untuk korang semua. Pergilah ambil." Jawab Mardiah mewakili Fahmi.

Pakat semua staf berebut mengerumuni Fahmi di meja. Mujurlah pelanggan tidak terlalu sesak harini. Tidaklah kalut sangat staf yang lain.

Tersenyum girang Mardiah melihat staff-staffnya. Pakat seronok habis dapat hadiah dari boss kecik.

"Thank you Puan Mar and Abang Ami." Ucap para staff.

Mardiah membalas ucapan itu dengan senyuman manis. Banyak buah tangan yang dia belikan. Bukan untuk staff sahaja. Untuk keluarganya juga turut dibeli. Dalam merajuk pun dia masih ingat akan suami dan anaknya itu.

"Suka-suka jugak. Pelanggan ramai dah ni. Pergi buat kerja. Amboi!" Gertak Fahmi acah-acah bos.

Fahmi menghampiri Mardiah yang berada di sudut kaunter kafe. "Awak nak saya hantarkan balik ke? Dah lewat petang dah ni? Saya pun dah nak balik. " Fahmi menyoal ringkas. Harini dan esok Fahmi diberi cuti. Penat memandu sampai lenguh habis badan.

"Awak baliklah dulu. Saya tunggu suami saya ambillah nanti. Lagipun saya ada kerja sikit kat kafe." Balas Mardiah lembut.

Fahmi mengangguk tanda faham lalu meminta diri untuk bertolak pulang ke rumahnya. Mardiah mengambil beg pakaiannya lalu terus masuk ke dalam pejabat. Banyak lagi urusan yang perlu disiapkan hari ini.

.

Tok Tok Tok..

Mardiah panggung muka. Pintu pejabatnya yang diketuk sebelum terbuka dari luar. Tersembul wajah Rina di muka pintu.

"Puan balik dengan siapa? Kita orang semua dah nak balik. Pukul 10 malam dah ni." Ujar Rina tenang yang sudah berdiri di hadapan meja Mardiah.

Membuntang mata Mardiah mendengar ayat Rina. Pukul 10 malam dah.

"Ya Allah saya sampai tak sedar dah lewat malam. Err saya balik dengan suami saya. Awak semua boleh balik dulu. Nanti saya yang tutup kedai."

"Eh Puan. Boleh ke? Puan nak duduk seorang diri kat sini. Bahayalah. Lagipun nanti nak tutup pintu tu. Berat tau!" Tegah Rina kerisauan.

"Tak ada apalah. Nanti suami saya datanglah ambil saya. Dia boleh tolong tutupkan. Jangan risaulah." Mardiah tertawa kecil.

"Saya balik dulu ye, Puan. Assalamualaikum. "

"Waalaikumussalam."

Mardiah lihat jam sekilas. Pukul 10 lebih dah. Mana Azrell ni. Segera Mardiah mencapai telefonnya. Nombor Azrell didail.

Tidak terjawab.

Mesej dibuka.

Abang ada hal kejap. Belum sampai Penang. Ada rumah ibu lagi. Abang lambat sikit. I'm sorry. - Azrell.

Mardiah melihat waktu mesej tersebut dihantar. Pukul 8 malam. Habis itu sekarang pun belum sampai lagi, bila aku boleh balik?

Dengan Siapa dia nak balik?

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Where stories live. Discover now