IKS - BAB 4

13.2K 512 7
                                    

"Ini ke taman kegemaran abang tu? Serius cantik kut. Best nyaa.. ".Mata Azra melilau ke luar tingkap kereta melihat kecantikan taman yang belum pernah dia kunjungi itu.Kalau malam mesti lagi cantik dengan ada lampu-lampu berwarna-warni yang terdapat di pokok, kerusi, meja, taman permainan dan sampaikan di tong sampah pun ada juga lampu kecil tu. Udaranya nyaman saja dengan ada tasik dan kolam mini yang comel.

Enjin kereta dimatikan. Sampai juga akhirnya. Padahal bukan jauh pun. Dalam 20 minit dari rumah mereka. "Haa.. Ni la tempat abang berkenalan dengan arwah Kak Ira dulu tau. And now abang nak tunjukkan tempat ni pada Sara. Mana tahu jumpa jodoh sekali lagi kan?". Balas Azrell berseloroh. Jodoh? Mana tahu nanti Sara akan dapat mama baru ke?Sara suka daddy pun mesti suka. Tetapi mahukah Azrell untuk menggantikan ibu baru kepada Qaysara. Wanita yang akan menyayangi Qaysara sepertimana dia dan arwah Syazira tumpahkan kasih sayang mereka kepada Sara selama ini.

Azrell mendapatkan stroller di but kereta.Sara yang berada di dalam dukungan Azra diambil dan meletakkannya di dalam stroller itu. "Ambil beg Sara, letak di bawah tu.". Suruh Azrell. Beg diletakkan. Azrell menolak stroller anak perempuanya beriringan dengan Azra di jalan sederhana kecil menuju ke kawasan yang sesuai untuk berteduh.

Azra menudingkan jarinya ke arah pondok mini yang terletak di bawah pokok menghadap tasik yang sangat cantik pandangannya. Sesuai untuk berteduh ni! Langkah diatur ke pondok itu, kena cop cepat. Hujung minggu macam ini memang ramai yang datang berkunjung ke sini nanti diambilnya orang lain tempat itu. Sampai sahaja di pondok mini itu, Azrell melabuhkan punggungnya pada lantai kayu itu. Sesekali angin bertiup, memang selesa kalau tidur sini jika tiada rumah ke?

Patutlah diam saja dari tadi, tidur rupa-rupanya budak kecil ni. Tadi semasa turun dari kereta, matanya pun dah layu. Seronok sangat tidur dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Azrell memerhati sekeliling kawasan taman ini. Cantik. Masih sama macam kali pertama dia dan arwah Syazira berjumpa dulu. Kali ini masuk kali ketiga dia datang ke sini bersama anaknya sahaja tetapi bukan bersama anak dan isterinya. Bahkan hanya datang berteman adik perempuannya untuk sama-sama menjaga Qaysara.

"Azra, abang nak pergi beli makanan kat sana tau, kau jaga Sara. Nak makan apa?"Rambut yang sesekali berterbangan ditiup angin dibiarkan.

"Apa-apa jelah. Janji sedap!"

Azra memandang langkahan Azrell ke arah gerai-gerai makanan yang terletak lebih kurang 50 meter dari pondok yang mereka berada. Kemudian badan Qaysara bergerak dan merengek kecil. Tangan laju menepuk punggung Qaysara takut semakin kuat dia merengek pula.

Iphone kepunyaan Azra berdering kuat minta dijawab. Skrin telefon dilihat. Mama! Mesti nak tanya pasal Sara ni."Hello, mama."Panggilan dijawab dengan sopan.

"Hah, dah sampai ke belum ni?Sara macam mana? Dia nangis tak? Susu dia minum tak? Sara tengah buat apa tu?"Soal Puan Zalia bertalu-talu. Haih! Terlalu risaukan cucunya itu sampai tak senang duduk dibuatnya.Tahulah Azrell dengan anaknya itu. Tetapi, naluri seorang nenek mana nak sama dengan bapa si budak. Nenek risaukan lain yang daddynya risaukan yang lain.

"Hish mama ni. Tahulah kita orang jaga Sara macam mana. By the way kami dah sampai then Sara tengah tidur ni. Dah minum susu dah tadi dalam kereta masa nak datang sini.Mama tak payahlah risaukan kita orang. Kami okey saja lah. Lagipun ada abang kan, so, tak ada apa lah. Jangan risau ye!" balas Azra jujur. Terlebih risau dah tu mama dia ni.

"Ooo.. Mama bukannya risaukan korang. Mama just risaukan Sara saja. Dia tu bayi lagi. Kecil lagi tahu tak. Umur Sara macam ni kena duduk rumah makan tidur jer, bukan berjalan merata tempat. Dia tak faham apa pun. Kalau pergi sana pun, dia bukannya join korang pun. Kerja dia tidur je. Sekarang dia tidur kan? So nak buat apa?Make sure cucu Mama dalam condition baik-baik yer balik nanti. Tak nak ada gigitan nyamuk ke serangga ke tak nak. Kalau ada walau satu pun, siaplah Azra sebab tak jaga Sara elok-elok. Then, bagi susu kat Sara tu ikut time tau.Kalau dia nangis,bagi susu dan tepuk-tepuk dia, jangan bagi dia nangis teruk-teruk. Faham!". Bebel mamanya. Mamanya kalau boleh bebel memang tak kan henti.Sepanjang bebelan mamanya itu,Azra hanya menjarakkan telefon dari telinganya.Tidak mahu dengar sangat setiap bebelan itu,sakit telinga,dah la panjang berjela. Jenuh menadah telinga dengar bebelan mamanya itu. Tapi tak apa. Ada baiknya dari setiap bebelan mamanya itu.

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Where stories live. Discover now