IKS - BAB 57

13K 303 4
                                    

Perlahan-lahan mata kuyu Qaysara tertutup rapat dek kerana terlalu mengantuk. Mardiah yang sedang meriba tubuh Qaysara di atas sofa menepuk perlahan punggung bayi itu. Rambut halus Qaysara dielus lembut. Senyuman manis terukir. Mardiah sekarang berada di dalam bilik Qaysara untuk menidurkan bayi itu setelah menyusu.

Di dalam bilik Qaysara ini tiada katil. Cuma baby cot  dan sofa sahaja yang boleh diduduki. Kebanyakan mainan Qaysara di dalam bilik itu.

Yakin bahawa Qaysara​ sudah tidur sepenuhnya,Mardiah bangun dari sofa lalu melangkah ke arah baby cot Qaysara. Kucupan lembut dari Mardiah hinggap di pipi mulus bayi itu. Diletakkan bayi kecil itu ke dalam baby cot sambil menepuk perlahan. Selimut kecil Qaysara ditarik menutupi tubuh anak itu. Mardiah tersenyum berpuas hati melihat Qaysara tidur dengan nyenyak sekali.

Penghawa dingin ditukar suhunya supaya menjadi suhu yang paling minimum. Kipas di dinding juga diperlahankan. Tidaklah Qaysara kesejukan malam nanti. Mardiah melihat kawasan sekeliling di dalam bilik itu. Besar.

'Macam mana kalau Qaysara menangis nanti? Sudahlah dia tidur seorang.' Gumam Mardiah di dalam hati. Azrell ni pun satu,kenapa dia sediakan bilik sendiri kepada Qaysara. Budak itu kecil lagi kot. Baru  lapan bulan sudah diajar berdikari.

Ikutkan hati nak saja dia tidur di dalam bilik ini temankan Qaysara. Mana tahu bayi itu menangis malam nanti. Dengar ke dari dalam bilik tidur mereka nanti. Mardiah merenung lama sofa di sudut bilik bersebelah katil Qaysara. Tidur dalam duduk pun bolehlah. Katil pun tak ada dalam bilik ini.

Tok..Tok..Tokk

Ketukan di pintu bilik Qaysara bergema. Mardiah tersentak. Kemudian pintu itu dikuak dari luar dan tersembullah sekujur tubuh suaminya yang sudah tersengih. Katil Qaysara dihampiri sebelum tersenyum melihat anak itu tidur.

"Kenapa sayang tercegat kat sini lagi? Kenapa tak masuk bilik?" Soal Azrell sambil memandang tepat ke arah Mardiah.

"Kalau Mar tidur sini boleh? Sebab malam nanti kalau Sara menangis macam mana?" Jawab Mardiah kerisauan dengan keadaan Qaysara. Azrell tersenyum kecil sebelum mendekati isterinya. Bahu Mardiah dipeluk. "Tengok tu." Azrell menunjukkan sesuatu benda yang berada di dinding bahagian atas. Mardiah mengerutkan wajahnya. Apa kejadah la benda tu?

"Apa tu? Macam pernah tengok!"

"Tu speaker. Abang letak benda tu dalam bilik Sara ni supaya kita boleh dengar kalau Qaysara menangis. So sayang tak perlulah nak risau kalau Sara menangis. Okey? Jelas?" Terang Azrell jujur. Mardiah mengangguk perlahan.

Ya Allah nampak macam orang dungu pula. Kenapa boleh tak tahu eh? Rupanya Azrell sudah sediakan langkah terbaik untuk selesaikan masalah ini. Bagus. Tapi.. Mardiah tetap tak puas hati. Sebab tiada alasan untuk dia beri kepada Azrell supaya risaukan Qaysara.

"Dah jom masuk bilik. Lewat dah ni. Pukul 12 dah. Sayang tak mengantuk ke?" Ajak Azrell sambil menarik tangan Mardiah keluar dari bilik. Pintu bilik Qaysara ditutup rapat.

Mereka berdua berjalan beberapa langkah sebelum sampai ke bilik tidur mereka. Pintu dibuka sebelum mereka masuk beriringan. Mardiah menutup pintu bilik rapat.

Azrell sudah membaringkan tubuh ke atas katil. Mardiah masih berdiri di meja solek. Berdegup kencang jantungnya. Kenapa berdebar semacam ni? Macam tidak biasa pula berada sebilik dengan Azrell. Ya memang tidak biasa. Tidak biasa berdua tanpa Qaysara.

"Meh baring sini,sayangg. Nak peluk!" Ujar Azrell manja memanggil Mardiah supaya datang ke katil. Mardiah memandang sekilas sebelum mengalihkan pandangan ke arah cermin meja solek. Liur ditelan. Terasa berat.

Dia malu nak berdepan keadaan sebegini. Tambahan pula Azrell yang nampak miang sekali di atas katil itu. Kejap-kejap mengenyitkan matanya, menggigit bibir bawahnya dengan sengihan nakal lagi. Meremang bulu roma.

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu