IKS - BAB 81

9.4K 360 26
                                    

Sudah seminggu lebih Mardiah tinggal di rumah emak dan abahnya. Qaysara juga turut ikut. Azrell sendiri yang menghantar Mardiah pulang ke kampung sejak mereka bergaduh tempoh hari.

Tidak pula Azrell memberitahu tujuan sebenar dia menghantar Mardiah ke kampung. Yang pasti, Azrell cakap dia tiada di rumah untuk tempoh yang lama.

"Kenapa abang nak hantar Mar balik kampung? Abang tak stay kampung ke?" Soal Mardiah tertanya-tanya.

Azrell sudah memasukkan beg pakaian anak dan isterinya ke dalam but kereta. Mardiah yang sedang mendukung Qaysara diabaikan oleh Azrell.

Pantas Azrell mendapatkan tubuh lena Qaysara dari Mardiah lalu diletakkan ke dalam kerusi bayi keselamatannya.

"Masuk kereta cepat." Tegas Azrell menyuruh.

Mardiah hanya mendengar kata. Agak-agak Azrell akan jawab tak soalan dia?

Enjin kereta dihidupkan.

"Abangg.." Panggil Mardiah.

Azrell hanya fokus memandu.

Tangan kiri Azrell yang berada di stereng kereta diambil.

"Orang nak bawak kereta lah!" Marah Azrell tetapi membiarkan tangan kirinya dicapai Mardiah.

Mardiah sudah sebak. Namun ditahan. "Abang tak sayang Mar dah ke? Sampai abang nak hantar Mar dengan Sara kat kampung. Besar sangat ke dosa Mar dengan abang sampai abang tak nak jaga Mar dah." Akhirnya jatuh juga air matanya membasahi pipi.

Tangan kiri suaminya digenggam kemas. Azrell jeda.

"Abang outstation . Kalau Mar duduk kampung, tak adalah 'melilau' keluar dengan jantan tu lagi. Mak abah ada boleh tolong tengokkan." Dingin Azrell menjawab. Matanya tepat memandang jalan raya.

Makin laju air mata Mardiah turun membasahi pipi. Pantas diseka. Pedih dengan kata-kata Azrell.

"Mar tak ada niat pun nak curang dengan abang. Mar keluar dengan Karl je pun. Pergi makan saja." Balas Mardiah tersedu-sedan.

Azrell ketap bibir. Sakit hati mendengar nama lelaki itu disebut. "Je pun? Mar tahu tak Mar tu isteri abang. Keluar dengan jantan lain. Tanpa izin abang lagi." Marah Azrell lagi. Kali ini dia memandang Mardiah sekilas dengan pandangan yang tajam.

"Mar terlupa nak hantar mesej kan. Bukan sengaja. Langsung tak terlintas kat fikiran Mar nak tipu abang. Abang tak tahu cerita sebenar terus nak tuduh Mar." Jawab Mardiah sedikit kuat.

Segera Azrell tarik tanganya dari genggaman Mardiah. Kasar.

"Kalau tahu pun, abang tetap tak akan bagi Mar keluar dengan dia tanpa ada abang. Kalau jadi apa-apa malam tu? Siapa yang susah? Abang juga." Jergah Azrell. Naik turun dadanya.

Mardiah diam membatu. Dia takkan menang dengan ego Azrell yang tinggi melangit itu. Sentiasa dia saja nak menang kalau berkaitan Haykarl.

"Lebih baik abang hantar Mar dekat kampung. Tak payah 'gatal' pergi mana-mana. Duduk saja rumah. Kafe pon tak payah jejak lagi dah." Tegas Azrell memberi arahan.

Mardiah diam. Tidak mahu bertekak lagi dengan Azrell. Makin dia menjawab, makin sakit hati. Buat tambah dosa saja tinggikan suara dengan suami.

Mardiah termenung jauh mengenangkan perbualan antara dia dan Azrell tempoh hari. Air matanya bergenang di tubir mata. Dia yang sedang bersandar di tiang pangkin kayu itu hanya keseorangan. Qaysara sedang tidur di dalam rumah.

Angin petang sepoi-sepoi bahasa sesekali menampar lembut pipinya. Suasana kampung sungguh nyaman.

"Kakk."

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Where stories live. Discover now