IKS - BAB 58

14.6K 317 9
                                    

Mesej daripada manusia misteri itu dicari semula sebelum Mardiah mendegus kasar. Hilang mana dah mesej tadi? Jangan-jangan, Azrell sudah membaca kesemuanya. Oleh sebab isi mesej tersebut terlalu manis dan romantik terhadap isterinya, terus Azrell padam kesemua mesej tersebut.

Sah! Ini mesti kerja Azrell. Dipadam semua mesej tersebut. Haih la encik suami. Kuat merajuk! Cepat melenting!

Mardiah fikir semula segala isi mesej dari nombor misteri tadi. Siapalah jembalang ni? Sengaja nak runtuhkan rumah tangga orang ke sampai hantar mesej begitu. Risau juga dia dengan Azrell yang masih belum turun ke tingkat bawah setelah selesai makan tengahari tadi. Marah sangat ke dia sampai berkurung dalam bilik tu.

Scammer? Boleh jadi juga perkara ni.

Seketika kemudian kelihatan Azrell menuruni anak tangga menuju ke ruang dapur. Haus pula tetiba. Mardiah mengikut jejak langkah suaminya sehingga ke dapur. Azrell yang sudah mencapai gelas terus dituangnya jus epal ke dalamnya.

Minuman itu diteguk rakus kerana kehadiran Mardiah di dapur itu membuatkan dia semakin bertambah ego itu. Mahu merajuk lagi!

Gelas yang sudah habis isinya diletakkan di atas meja kecil. Segera Azrell menghayun langkah untuk meninggalkan ruang dapur sebelum Mardiah bertindak menahan suaminya. Didepakan kedua tangannya dihadapan Azrell. Azrell ke kiri dia ke kiri. Ke kanan dia pun ke kanan.

"Tepilah orang nak lalu ni!"

Segera Mardiah merentap kasar tangan suaminya. Pandangan tajam diberikan. Sama seperti Azrell. Garang sahaja wajahnya.

"Papa pun pesan kan? Kalau ada masalah,bawa berbincang,bukannya bermasam muka macam ni. Sampai bila abang nak merajuk dengan Mar?" Ujar Mardiah tegas tanpa ada secalit senyuman di bibir.

Dia pun geram sangat ni. Kalau boleh tu,bincanglah. Tak herot pun mulut tu kalau saling berbincang masalah. Huh! Usia perkahwinan mereka tidak sampai dua minggu lagi pun. Sudah bermasam muka. Tak best la macam ni.

Azrell terkedu sebelum mengawal riaknya. Pandangan dijatuhkan kepada anak mata Mardiah. Tangan naik mengusap kepala isterinya. "Abang cuma risaukan Mar jer. Entah siapa-siapa yang mesej Mar,lepastu cakap rindu bagai. Abangg.."

"Habis itu abang ingat Mar kenal ke? Mar pun tak tahu siapa orang tu. Tetiba sahaja nak mesej Mar. Mar pun tak layan dia kan? Kenapa abang nak jealous sangat ni? Mar tak fahamlah dengan abang. Tadi kemain sweet, sekarang? Asyik nak melenting saja." Sampuk Mardiah memotong percakapan Azrell.

Mendatar sahaja suaranya. Tak tahan lagi untuk bersabar dengan sikap cemburu buta bisu pekak suaminya itu. Mengada sangat tahap dewa merajuknya itu.

Melihat tubir mata isterinya mulai bergenang menimbulkan perasaan bersalah dalam dirinya.Azrell tergamam. Iatnya hanya mahu berpura-pura merajuk?

Helaan nafas dilepaskan. Segera tubuh kecil Mardiah ditarik ke dalam pelukannya. Didakap erat isterinya yang sudah menitiskan air mata itu. Belakang tubuh Mardiah digosok lembut. Cuba menenangkan amarah isterinya. Dia tahu Mardiah geram sangat dengan dia yang melebih tu. Saja je nak tengok sejauh mana Mardiah mampu memujuknya.

Mardiah membalas pelukannya. Wajah yang sudah basah dek air mata disembamkan di dada bidang sang suami.

"Okey abang minta maaf yer sayang? Abang tak sepatutnya terus marah sayang. Abang faham sayang memang tak tahu pasal mesej tu. Tapi, abang sebagai seorang suami agak tercabar dengan mesej yang dia sampaikan tu. Sudahlah dia cakap nak jumpa sayang. Abang bimbang kalau apa-apa terjadi dekat sayang." Luah Azrell lembut.

Sungguh dia risaukan keselamatan isterinya jika empunya mesej itu mahu berjumpa dengan Mardiah nanti. Kenal pun tidak,terus nak berjumpa. Hello, jumpa suami dia dulu.

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Where stories live. Discover now