IKS - BAB 61

12.8K 249 11
                                    

Pagi itu,Mardiah terus menukar pakaian tidurnya kepada pakaian yang agak kasual. Dipakainya sehelai Hoodie berwarna merah jambu bersama seluar sukan yang agak fit pada bahagian betis. Tudung bawal disarungkan di kepala. Siap. Simple but nice!

Niatnya mahu berjalan-jalan sekitar pantai di Hotel ini. Alang-alang pergi, boleh berjoging sekali di Hibiscus Walk . Azrell masih nyenyak tidur bersama Qaysara selepas solat subuh tadi. Mengantuk sangat kut. Tidak mahu mengganggu lelaki itu untuk sama-sama berjoging sekali.

Lihat saja raut wajah Azrell yang kepenatan itu sudah buat dia kasihan. Mungkin penat berjalan sehari suntuk kelmarin masih belum hilang.

Usai menukar pakaian, Mardiah mengambil dua botol yang berisi susu lalu dimasukkan ke dalam peti freezer mini khas untuk bayi. Mana tahu semasa dia keluar nanti, Qaysara menangis mahukan susu. Lebih baik dia bertindak cepat dengan sediakan susu yang masih sejuk.

Susu itu jika Qaysara mahu,hanya perlu rendamkannya ke dalam air panas sehingga suam. Kemudian bolehlah minum. Mudah untuk dibawa berjalan seperti sekarang ini.

Peti freezer mini itu diletakkan di kabinet bersebelahan pintu berserta sekeping nota kecil. Senanglah Azrell buat kerja nanti. Semuanya Mardiah sudah tuliskan pada nota kecil itu.

Kemudian,Mardiah menghampiri katil di mana Azrell berada. Wajah kacak suaminya yang dilitupi selimut separuh mukanya dipandang. Comelnya orang tua ni tidur. Direnung lama wajah Azrell sebelum dia tersenyum kecil.

Teringat pula kejadian semalam. Entah angin apa Mardiah asyik nak marah dan merajuk saja. Penat Azrell melayan. Mahu bagi penampar jepun sekali senyap kot.

Mardiah mencapai sticky note lalu menulis kebenaran untuk keluar berjalan-jalan di luar. Nota itu kemudian ditempelkan di kepala katil.

Mahu dikejutkan Azrell, kasihan pula mengganggunya tidur. Sekurang-kurangnya dengan kebenaran melalui nota kecil itu sudah memadai. Satu kucupan mesra dihadiahkan di dahi sang suami serta ciuman hangat di pipi montel Qaysara. Mengeliat kecil Qaysara apabila orang menciumnya. Azrell?? Tidak pula dia sedar apabila Mardiah mengucupnya.

Kasut sport disarungkan di kaki sebelum Mardiah menapak keluar dari villa itu. Mardiah mula berjoging di sekitar laluan dari villanya sehingga ke kawasan lobi hotel sebelum sampai ke pantai.

Sambil mendengar lagu dari telefon bimbitnya,Mardiah turut membuat senaman ringkas. Suasana pagi ini memang agak sejuk. Mana taknya,tepat pukul 7 dia keluar.

Lima minit masa yang diambil untuk melepasi dari kawasan villanya yang jauh nun di hujung sekali. Langkah diatur ke arah laluan ke kawasan Pantai. Ada segelintir manusia yang turut berjoging di sini.

Mardiah memulakan aktiviti jogingnya semula di sekitar kawasan persisiran pantai itu. Nyamannya. Dengan bunyi desiran ombak pantai lagi.

-

Puas dua pusingan Mardiah berjoging di sekitar kawasan pantai itu. Habis peluh berjuraian di segenap inci tubuhnya. Cuaca pun semakin cerah berbanding pagi tadi.

Jam tangan dilihat sekilas. Sudah menunjak pukul 9.05 pagi. Lama jugak ye dia berjoging tadi. Pasti kurus ramping ni. Tak sabarnya nak menimbang balik nanti.

Mardiah mengatur langkah menuju ke lobi hotel. Lambat-lambat dia mengatur langkah sambil membelek telefon pintarnya. Banyak pula notifi yang masuk. Seketika dirinya tersenyum dan tersengih tatkala melihat di skrin telefon itu.

Mesej daripada Hayfa, kata gadis itu berkaitan abangnya, Haykarl yang sering kali sebut nama Mardiah.

Sedang ralit berbual dengan Hayfa, masuk satu mesej daripada aplikasi Messenger . Mardiah buka. Haykarl yang memesejnya. Panjang umur. Elok dia dan Hayfa berborak soal Haykarl, terus lelaki itu mesej.

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Where stories live. Discover now