IKS - BAB 39

11.9K 263 6
                                    

Mardiah bergegas masuk ke dalam rumah agam milik Encik Ariff itu setelah memberi salam. Langkah kaki terus menuju ke tingkat tiga di mana bilik Azrell terletak.

Tergopoh-gopoh Mardiah berlari menaiki anak tangga sehinggakan semput dibuatnya. Tiga tingkat kut,sudahlah berlari,mana tak semput. Punca Mardiah lari itu bersebab.

Sebabnya adalah dia terlewat datang ke sini. Dan ini merupakan kali kedua dia terlewat datang. Mampusss!! Sekarang jam sudah menunjukkan pukul 8 pagi. Lewat setengah jam saja pun,itu pun kecoh.


Pun kau kata!! Setengah jam itulah waktu kemuncak Qaysara akan menyusu dan waktu itulah juga Azrell akan ke tempat kerja. Azrell takkan pergi ke pejabat sekiranya Mardiah belum datang. Siapa nak tengokkan anaknya yang sudah terbeliak matanya itu. Yelah,dari pukul 7 lagi bayi kecil itu sudah bangun. Daddy dia bangun saja,dia pun kalut nak celik mata.

Semua orang dalam rumah itu sudah ke tempat kerja masing-masing dari awal pagi lagi. Azra. Memanglah kelasnya mula lewat tetapi jangan sangkakan dia akan bangun awal.

Jadi,Azra lebih selesa tidur di dalam bilik tanpa gangguan sesiapa dan akan keluar dari bilik setelah waktu kelasnya tiba. Tetapi memandangkan sekarang musim cuti sem,semakin galaklah dia berfoya-foya dalam biliknya.

Selagi big boss tak balik dari sekolah,pintu biliknya nak roboh diketuk,bunyi siren paling nyaring bergema selagi itulah dia tak keluar dari bilik. Keluar pun sebab lapar. Bertuah sangat nak ringankan tulang tolong Makcik Ani di dapur tu. Kadang-kadang tu adalah.

Pintu bilik Azrell diketuk kuat sekali lantas Mardiah membukanya dengan ucapan salam. Merah mukanya akibat kepenatan memanjat anak tangga tadi masih belum hilang.

Nafas berombak turun naik menandakan dirinya semput. Stamina tak kuat. Kena lebihkan bersenam lepas ini. Yelah,sejak dia bekerja dengan Azrell ini,peluang untuk dia beriadah dan bersenam tersangatlah tipis.

Kelihatan Azrell sedang berbaring mengiring di atas katil bersama Qaysara yang sudah pasti matanya membulat.Azrell tersenyum sinis ke arah Mardiah sebelum menepuk tangan beberapa kali. Lantas dia menelentangkan tubuhnya bersama satu keluhan berat. Bunyinya macam nada orang marah dalam redha.

Mardiah terkaku berdiri di sisi katil dengan muka yang bersalah. Air liur ditelan pahit. Seperti akan ada gempa bumi sebentar lagi. Ya Allah kau lindungilah hambamu ini,Ya Allah. Bibir diketap beberapa kali menandakan dirinya gugup dan seram dengan perilaku Azrell.

Qaysara yang sedang ralit meniarap langsung tidak perasan dengan kehadiran Mardiah. Kalau sudah boleh meniarap, gajah bertelur di luar itupun tidak diendahkan.

Azrell mendegus kasar sambil menunjukkan mukanya yang agak bengis. Takut kitew!

"Sejak bila kerja dengan saya ada peraturan sendiri ni? Dua hari cuti tanpa izin dah lupa dah waktu nak datang kerja?" Soal Azrell bernada sinis. Daripada dia berbaring terus bangun terduduk di birai katil.

Nampak dari segi pemakaiannya saja sudah tahu,dia sudah bersiap untuk ke tempat kerja. Dengan kemeja biru muda dan seluar slack hitamnya sudah lengkap tersarung ditubuh. Tidak lupa juga dengan gaya rambutnya yang kemas itu menampakkan lagi kekacakannya.

Cuti tanpa izin? Bukan ke Mardiah diberhentikan kerja? Atau dia yang berhenti sendiri?

Mardiah hanya diam membisu. Takut untuk membalas persoalan Azrell. Dalam diam Mardiah bermain jari. Seram weh! Kau cuba duduk dekat tempat aku sekarang. Boleh rasa seram sejuk dingin semuanya.

"Dah terkunci ke mulut tu sampai tak boleh nak jawab? Jangan sampai bibir tu saya terkam sampai awak boleh cakap!" Gertak Azrell bernada tidak senonoh sambil menuding jari ke arah muka Mardiah.

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Where stories live. Discover now