IKS - BAB 63

14.8K 271 20
                                    

Dahi isterinya dikucup lama usai menunaikan solat fardhu Subuh. Lantas senyuman manis terukir di bibir sang suami. Pantas si isteri pula menyambut huluran tangan sang suami untuk dikucup. Tangan kasar itu dielus lembut.

Sejadah dilipat oleh Azrell sementara Mardiah membuka telekungnya sebelum disangkut di penyidai. Lantas Azrell membaringkan tubuhnya ke atas katil sambil melepaskan keluhan.

Mata dipejam seketika. Masih terasa mengantuk. Mujur solat subuh tidak terlepas. Itupun mereka berdua terjaga tepat pukul 6.30 pagi. Kelam-kabut mereka bangkit dari tidur untuk membersihkan badan sebelum menunaikan solat fardhu.

Mardiah yang sudah siap menyangkut telekung terus menghampiri katil. Pandangan dihalakan kepada sang suami. Lantas Mardiah menghenyakkan punggungnya di birai katil. Azrell yang masih berbaring di tengah katil dipandang.

"Abang sambunglah tidur dulu. Mar nak pergi turun bawah kejap.!" Pesan Mardiah sebelum bertindak untuk bangkit.

Pantas tangan gadis itu ditangkap oleh Azrell. Matanya yang tertutup tadi dibuka semula.

"Tak payahlah turun lagi. Meh la teman abang baring." Rengek Azrell dengan wajah yang comel. Dibuat-buat comel.

Mardiah mencebik kecil. "Buang masa sajalah. Lebih baik Mar turun pergi buat kerja. Duduk teman abang baring dapat apa?" Bebel Mardiah sendirian. Tertawa Azrell jadinya. Tak habis-habis membebel tapi masih comel.

"Dapat pahala!"

Mardiah menjulingkan matanya. Memanglah dapat pahala,tapi dia perlu siapkan kerjanya dahulu. Banyak lagi kerja yang perlu dia jalankan. Kain baju perlu disidai, kemas-kemas ruang tamu dan dapur. Ada bibik tidak kalut.

"Mar nak kemas rumahlah!" Jawab Mardiah jujur. Pandangan sayu diberikan.

Rengekan kecil mula terbit dibibir Azrell. Mardiah yang sedang duduk di birai katil didekati. Pantas paha gadis itu dijadikan bantal untuk dia meletakkan kepala. Sekali-sekala bermanja dengan isteri. Mardiah mengusap rambut Azrell lembut. Haih, sudah seperti mahu tidurkan Qaysara dah gayanya.

"Abang nak apa?" Soal Mardiah lembut.

Anak mata mereka bertaut. Serta-merta senyuman manis menghiasi bibir mereka.

"Abang nak sayang. Nak peluk sayang,nak kiss sayang, macam semalam. Semalam tak...."Omel Azrell separuh jalan sebelum mulutnya ditekup oleh Mardiah.

Mardiah tahu apa yang Azrell mahu cakap. Dia tak nak dengar. Nsnti makin kuat Azrell mengusik dia.

Berona merah wajah Mardiah. Malu apabila Azrell cakap sebegitu. Perlu ke nak ungkit cerita semalam. Lantas pandangannya dialihkan ke arah lain. Malu untuk bertentang mata dengan Azrell. Dia tahu lelaki itu sedang ketawakannya.

"Sayang nak malu apa? Kita sudah lalui semuanya.." balas Azrell lagi. Semakin memerah wajah isterinya menahan malu. Panas membahang mukanya.

"Ish abang ni. Sudahlah. Mar nak turun." Marah Mardiah sebelum menolak perlahan tubuh Azrell menjauhinya. Terletus tawa lelaki itu. Seronok melihat wajah memerah Mardiah yang menahan malu itu. Nampak comel sangat.

Lantas Mardiah membawa langkah supaya beredar dari situ. Semakin lama dia berada dengan Azrell sekarang ini,semakin menjadi-jadi kemiangan lelaki itu. Mahu saja hempuk dengan mixer tetapi difikirkan sayang suami tak jadilah.

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora