IKS - BAB 84

10K 268 13
                                    

Anak tangga dipanjat laju. Sampai saja di tingkat biliknya berada, matanya terpandang kelibat si isteri baru saja keluar dari bilik Qaysara. Segera dia mengatur langkah ke arah Mardiah.

"Sara tidur dah?"

Mardiah kalih tubuhnya setelah menutup pintu bilik Qaysara.

"Hmm." Balas Mardiah perlahan.

Sedar akan riak wajah Mardiah yang sedikit pucat dan masam mencuka itu, segera Azrell tarik perlahan lengan Mardiah. Langkah kaki dibawa ke bilik tidur mereka.

"Kenapa muka masam je ni? Tak sihat ke?" Soal Azrell lalu melabuhkan punggungnya di birai katil diikuti juga Mardiah.

Mardiah tunduk memandang lantai. "Mar penat sangatlah harini. Sakit pinggang. Tadi pun Mar balik kafe awal sikit. Sebab tak larat sangat dah." Adu Mardiah lalu menyandarkan kepalanya di bahu si suami.

Azrell bertindak memeluk bahu Mardiah. Diusap bahu itu lembut. "Kesiannya isteri abang ni. Nak abang urut tak?"

Mardiah angkat wajah memandang anak mata suaminya. "Tak apa ke? Abang tak penat ke balik kerja nak urut Mar pula. Tak payah lah. Normal lah orang mengandung sakit pinggang, bengkak kaki. Nanti okay lah tu." Bebel Mardiah dalam terpejam.

"Pusing. Meh abang urut." Suruh Azrell sambil menolak sedikit tubuh Mardiah ke tengah katil.

"Abang tak penat ke? Kesian kat abang." Soal Mardiah serba salah namun tetap menurut arahan Azrell. Kakinya dilunjurkan.

"Kesian lagi dekat sayang. Susah payah sayang usung anak abang kehulur-kehilir. Dapat alahan lagi. Sakit pinggang, bengkak kaki. Semua sayang kena tanggung sebab abang. Abang tak dapat rasa sakit penat sayang. So mana yang abang boleh tolong abang tolong. Boleh ringankan beban sayang sikit." Bebel Azrell panjang lebar. Tangannya sibuk memicit belakang tubuh Mardiah.

Mardiah tersenyum nipis mendengar ayat Azrell. Mujur Azrell faham akan keadaannya sekarang. Di akhir kandungan begini, sering kali Mardiah sakit pinggang dan kakinya turut membengkak. Perutnya yang membulat itu pun agak sukar untuk dia mencapai sesuatu yang berada di bawah. Nak pakai kasut pun termengah-mengah.

Dugaan dan cabaran ibu mengandung. Patutlah syurga berada di telapak kaki ibu. Pengorbanan seorang ibu itu sangat besar.

Sesekali Mardiah tersendawa kecil oleh kerana angin di dalam badan. Orang mengandung kerap juga angin dalam badan. Angin ni kalau tak sendawa atau buang, nanti di tahan, akan naik ke kepala. Lepas itu mulalah sakit kepala.

"Okay tak abang urut? Sakit tak?" Soal Azrell apabila Mardiah sudah tiada reaksi. Diam.

Mardiah yang terpejam menikmati urutan Azrell segera celik semula. Kepala diangguk perlahan. "Tak. Tak sakit. Pandai abang urut. Lega sikit rasa." Komen Mardiah tersenyum.

"Lepas ni sayang tak payah pergi kafe dah la. Nak pergi pun, pergi sekejap saja. Tak pun pergi dengan abang. Sayang dah tak larat kan. Tak payahlah susahkan diri kat kafe tu. Diorang boleh buat kerja." Arah Azrell  tenang.

Membulat mata Mardiah mendengar arahan Azrell. "Eh Mar okay je lah. Kadang-kadang je rasa tak larat. Bila penat Mar rest la dalam bilik."

"Sayang nak bawa diri pun tak larat dah. Tunggu masa saja ni nak bersalin. Duduk rumah saja lah. Kafe tu okay saja kalau sayang tak pergi sana." Bebel Azrell lagi. Tangan masih sibuk mengurut.

"Ala tapii.."

"No excuse. Nanti kalau jadi apa-apa kat sana. Susah." Tegas Azrell menyuarakan keputusan muktamad.

Mardiah hanya menurut. Nak boleh buat apa? Boss besar sudah keluar arahan. Nanti kalau membantah, makin kena membebel. Buat sakit telinga saja. Lagipun memang dia rasa agak penat setiap kali berada di kafe. Biasalah kafe kan sentiasa sibuk, dengan orang ramai lagi.

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Where stories live. Discover now