IKS BAB-77

8.1K 211 7
                                    

Beg tangan dicapai laju lantas dia bangkit dari duduknya dan segera berlalu keluar dari ruangan bilik pejabat itu.Pintu bilik ditutup rapat sebelum dia mengalihkan tubuhnya ke belakang.

Suasana kafe hari ini agak ceria kerana ada sekeluarga kecil yang datang menyambut hari ulangtahun kelahiran anaknya di kafe ini. Pelanggan yang lain pun semakin ramai. Alhamdulillah rezeki tidak pernah putus. Syukur.

Mardiah toleh ke kiri, iaitu arah dapur. Mereka lagi sibuk menyediakan makanan. Barista pun juga. Pelayan juga sibuk berulang-alik menjalankan tugasnya. Mardiah memghampiri kaunter.

"Eh, puan nak keluar jumpa klien ke?" Soal salah seorang staff perempuan muda iaitu juruwang disitu.

Mardiah kalih wajahnya seraya tersenyum. "Taklah. Saya ada appointment dengan doktor nak check up baby. " Jawab Mardiah tenang. Tangannya lincah menekan papan kekunci laptop di kaunter tersebut. Lagi sibuk menguruskan sedikit urusan jual beli di atas talian. Terdapat tempahan yang banyak melalui talian tersebut. Rezeki lagi. Alhamdulillah.

Gadis itu hanya mengangguk faham. "Eh, Sara puan tak bawa sekali ke?" Soal gadis itu lagi apabila mendapati Qaysara tiada bersama Mardiah sekarang.

Mardiah geleng sekilas. "Tak. Saya tak bawa. Sara tengah tidur. Saya pergi sekejap saja kut. Lagipun payah sikit kalau bawa Sara, takut dia meragam.!" Mardiah dapatkan beg tangannya di kaunter tersebut.

"Saya pergi dululah. Takut jammed. Apa-apa hal,telefon saya,ya. Erm lagi satu, saya dah senaraikan tempahan online tu. Nanti kalau ada maklum balas dari diorang, awak tolong settlekan ya." Ujar Mardiah sambil matanya melirik ke arah laptop yang masih terpasang.

Gadis tadi hanya angguk faham. Mardiah segera membawa langkah keluar dari kafe sebelum berlalu ke kereta Suzuki Swiff kesayangannya itu.

Enjin kereta dihidupkan. Tali pinggang dipakai. Brek tangan ditekan ke bawah.Cermin pandang belakang dilihat sekilas lantas Mardiah mengundurkan keretanya perlahan-lahan. Terus pemanduan dimulakan menuju ke sebuah klinik swasta yang sudah ditetapkan.

Pemanduan Mardiah yang tadinya fokus terbantut apabila terdengar jeritan memanggil dari telefon pintarnya. Pantas Mardiah mencapai telefon pintar itu lalu menjawab panggilan. Pembesar suara ditekan. Malas mahu menyambung pada 'earphone'.

"Assalamualaikum,abang. Kenapa call?" Mardiah memulakan bicara bersama Azrell di talian. Matanya fokus kepada pemanduan.

"Sayang dekat mana ni?" Soal Azrell ditalian.

"Mar on the way nak pergi klinik lah ni. Nak check up pukul 2 petang nanti. Pergi petang tidaklah ramai sangat dari pagi." Jam tangan dipandang sekilas. Baru pukul 1.15 petang.

"Nak abang temankan ke? Risau lah sayang pergi sorang-sorang tu!"

"Tak payah datanglah. Mar boleh pergi sendiri. Sokay lah. Pergi check up je pun. Bukan beranak!" Mardiah ketawa kecil. Amboi sarkastik.

Azrell turut ketawa. "Tak apalah kalau macam tu. Lagipun abang busy sikit sekarang ni. Sorry eh tak dapat teman sayang pergi check up baby kita. Next time abang temankan sayang eh." Jawab Azrell sekadar berbasa-basi. Lagipun ini adalah kali pertama Azrell tidak menemani Mardiah ke klinik.

"Mar tahu abang busy. Abang jangan risau lah. Mar boleh pergi sendiri. Bukannya lama pun. Lagipun Mar tak bawa Sara sekali. Sara tidur."

"Ooo. Alright,Sayang.Abang nak sambung kerja. Nanti apa-apa telefon abang. Take care. Bye, love you!".

"Baiklah suamiku. Apa-apa isterimu ini akan telefon ye. Bye. Love you too." Ucap Mardiah menamatkan panggilan daripada Azrell sambil tersengih.

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Where stories live. Discover now