IKS - BAB 72

8.5K 233 27
                                    

"Haii mummy!"

Tersenyum Mardiah melihat wajah ceria Qaysara dan Azrell di dada skrin telefonnya. Qaysara kemain menjerit sambil tangan tembamnya kalut nak menyentuh skrin telefon.

Malam itu, Mardiah membuat panggilan video bersama anak dan suaminya. Rindu punya pasal sampai tak puas hanya dengan panggilan biasa. Terus dibuat panggilan video. Rindu Qaysara yang lebih.

"Haii sayang mummy tu. Sara buat apa? Dah minum susu ke belum? "Soal Mardiah lebih diajukan kepada Azrell.

"Sara dah minum susu. On the way nak tidur dah. Daddy jer belum mengantuk nak tidur. Yelah, malam ni kan tidur tak ada orang sebelah nak peluk." Bebel Azrell bernada merajuk.

Mardiah ketawa kecil. Kedudukan yang bersila dibetulkan. Telefon pintarnya yang menggambarkan dua orang kesayangannya ditatap lama. Tak sampai sehari tinggal sudah rindu.

"Daddy mengada. Sara relaks je. Abang dah makan belum?" Soal Mardiah.

"Tak ada selera nak makan sebab tak ada..."

"Sudah-sudah,  tak payah nak berdrama. Cakaplah betul-betul. Dah makan ke belum? Makan apa?" Sampuk Mardiah. Malas mahu mendengar ayat poyo Azrell. Gedik je tahu.

"Dah makan dengan mama tadi. Makan ayam masak kicap macam sayang buat tu. Sedap tau. Tak sia-sia sayang ajar Mak Ani." Cerita Azrell jujur.

"Sedapnya. Teringin ayam kicap la pula. Abang la ni. Kan Mar dah mengidam." Rungut Mardiah.

Azrell ketawa di hujung talian."Nak abang hantarkan ayam kicap untuk sayang ke? Kesian isteri abang ni. Mengidam ye. "Pujuk Azrell sambil tersenyum.

Haih. Cair tengok senyuman suami sendiri. Rindu makin menebal.

Melihat Qaysara sudah melentokkan kepalanya di dada Azrell yang tidak berbaju. Azrell yang sedia bersandar di kepala katil mengengsot untuk separuh berbaring.Comel anak beranak ni.

"Sara dah mengantuk tu,bang!"

Azrell mengelus rerambut Qaysara lalu menepuk lembut bontot anaknya sehingga tertidur. "Sayang duduk seorang ke dalam bilik hotel tu?" Azrell menyoal sambil ralit menepuk Qaysara supaya tidur.

"Duduk dengan kawan. Dia pemilik kafe dari Terengganu. "Jelas Mardiah.

"Macam sunyi je abang tengok bilik sayang? Mana kawan sayang tu?"

Mardiah memandang ke luar balkoni. Kelihatan Nina pun turut bergayut dengan seseorang. Encik suami juga kut.

"Ada je tu. Tengah borak dengan telefon."

"Sayang,esok make sure jaga kesihatan dan keselamatan tau. Kalau alahan, take a rest. Sayang sudah la selalu morning sickness. Risau la abang. Anything just call me, okay." Azrell mengeluh kecil.

Mardiah senyum nipis. Risau benar Azrell terhadap kesihatan dirinyaa. "Insyallah. Mar boleh uruskan semua tu sendiri. Mar kenalah berdikari. Selalu bila Mar alahan, abang akan ada sebelah. So, sekarang ni, Mar kenalah hadap sendiri pula." Positif Mardiah tuturkan ayatnya.

"Memang lah. But this is your first pregnancy. Abang risaukan sayang." Tersentuh Mardiah mendengar kata-kata suaminya. Sungguh teliti Azrell mengambil berat soal Mardiah.

Mardiah menyentuh skrin telefonnya yang menggambarkan wajah suaminya. Perasaan rindu pada Azrell makin menebal. Rasa macam nak balik Penang sekarang juga. Nak peluk tubuh tegap Azrell.

Kenapa teruk sangat rindu ni? Takkan ini pun dikira alahan.

"I miss you badly,abang. I can't control myself. Sayang nak balikk. Nak tidur sekatil dengan abang. Sedih la macam ni!" Sebak luahan hati Mardiah sebelum air matanya mula menitis.

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Where stories live. Discover now