IKS - BAB 45

12.3K 272 3
                                    

Jam di telefon pintarnya berbunyi nyaring. Mardiah membuka matanya perlahan lalu menutup alarm itu. Bingitlah bunyinya.

Matanya digosok perlahan sebelum menguap luas dan segera ditekup dengan belakang tangannya. Jam sudah menunjukkan pukul 6 pagi. Mardiah memandang ke arah Qaysara yang berada di sisinya sedang nyenyak lena.

Senyuman ikhlas terbit dibibir,comel Qaysara tidur. Ini merupakan kali kedua dia tidur bersama Qaysara pada waktu malam. Sikitpun tidak merengek bayi kecil itu cuma menangis kecil sahaja apabila mahu menyusu.

'Patut ke aku terima lamaran dia? Ya,dia memang ikhlas untuk menikahi aku,tapi,aku belum bersedia. Aku belum puas kenal hati budi dia.'

'Tapi kasihan Sara. Dia perlukan aku. Aku tak sanggup biar Sara menderita lagi. Cukuplah dia menderita atas kehilangan ibu tersayang. Tapi benarkah Azrell jujur mencintai aku? Cara dia sampaikan ucapan cinta itu seolah-olah dia yakin dengan perasaanya.'

Mardiah melepaskan keluhan. Keliru.  Puas menatap wajah polos bayi kecil itu,lantas Mardiah bangkit dari katil menuju ke tandas sebelum mencapai tuala mandinya.

'Ya aku harap sangat niat Azrell benar kerana melamar aku. Aku yakin. Aku percaya dengan kau,Azrell.'

Mardiah keluar ke tandas dengan membuka sedikit pintu biliknya supaya tangisan Qaysara boleh didengari orang di dalam rumah ini.

* * *

"Sayang tahu.. Azrell sekarang dah berani untuk tunaikan hasrat arwah isteri dia." Ujar si suami yang baru sahaja keluar dari tandas kepada isteri tersayang yang sedang bersandar di kepala katil. Si isteri mendongak memandang ke arah suami lantas mengerutkan wajahnya.

"Dia buat apa? Apa hasrat arwah?" Soal si isteri pula bingung dengan pernyataan suaminya.

Emir yang sedang mengeringkan rambutnya memandang Emma. "Kan arwah Syazira tu amanatkan kepada Azrell supaya kahwin lain dan bagi kasih sayang pada si Sara tu. Ira tu sayangkan sangat anaknya sampai dia tak sanggup nak biarkan anak dia tanpa seorang ibu. Jadi dia nak Azrell kahwin dengan perempuan yang boleh jagakan anak dia. Fahamm?" Ulas Emir panjang lebar tentang amanah arwah isteri Azrell dulu sebelum pemergiannya.

Emma mengangguk lemah. Lupa pula pasal itu sedangkan Mardiah sudah ceritakan padanya."Ouh Azrell bakal berkahwin lah ni. Alhamdulillah,tak lama lagi Sara dapat ibu baru lah. Dengan siapa abang?" Soal Emma lagi.

"Dengan Mar lah!"

Emma menunjukkan wajah terkejut. Dengan Mardiah? Tak salah dengar ke ni? Bukan ke minah itu cakap yang dia tak mahu berkahwin dengan Azrell selepas daripada kes pertuduhan itu. Dia sendiri cakap yang dia takkan jatuh ke tangan lelaki itu sekali lagi kerana sudah serik. Sudah tahu sikap Azrell yang suka menghukum tanpa siasat walhal bukan itu sebenarnya sikap Azrell. Mardiah hanya berlembut hati untuk meneruskan tugasnya dalam menjaga Qaysara hanya atas dasar simpati dan kasih sayangnya. Tiada niat lain selain membantu.

"Are you sure? Mar kawan kita ni.?" Emma menduga belum pasti dengan jawapan suaminya.

"Dah tu Mar mana lagi? Kenapa? Tak percaya ke?" Balas Emir sambil menyarungkan t-shirt di tubuhnya. Baru lepas mandi.

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Where stories live. Discover now