IKS - BAB 31

11.5K 291 12
                                    

Selesai menyiapkan Qaysara,Mardiah berlalu ke dapur untuk mengambil stok susu di peti sejuk. Didapati dalam peti sejuk bahagian beku hanya ada enam botol susu bersaiz sederhana yang berisi 3oz saja. Lebih kurang 90ml. Sikit sangat. Kesemua itu boleh tahan harini saja kut,tak pun sampai esok pagi. Dah nak habis dah susu Qaysara,tetapi Mardiah langsung tidak risaukan situasi ini. Dia sudah lama ada penyelesaiannya.

Dibawanya susu yang sudah dipanaskan itu ke tingkat atas di bilik Azrell yang menempatkan Qaysara. Kelihatan Qaysara sedang meniarap di atas katil dan melemparkan senyuman setelah terlihat kelibat Mardiah. Mardiah tidaklah risau sangat kalau membiarkan Qaysara sendirian di dalam bilik kerana bayi itu meniarap bukannya bergerak pun. Yakin tak jatuh. Takkan.

Mardiah menyusukan Qaysara yang sudah lapar tahap gaban itu. Bangun tidur mana minum susu lagi. Botol susu yang dipegang oleh Mardiah disentuh Qaysara. Teringin nak pegang botol susu sendirilah tu. Mardiah tersenyum melihat perkembangan Qaysara.

Kawasan sekeliling bilik itu dilihat. Alahai bosannya,sunyi macam tak ada orang dalam rumah ni padahal ada je dua tiga puak. Puan Zalia dan Encik Ariff memang tiada di rumah sebab mereka pergi menghadiri kenduri perkahwinan di rumah kawan sekerja Encik Ariff. Dalam rumah hanya tinggal Azrell dan Azriff yang masing-masing masih belum bangun dari tidur. Macam biasa kedua-duanya tidur di bilik yang sama.

Dan Hayfa pula ada saja dalam biliknya,katanya nak rehat sambil melayan rancangan Korea di laptopnya. Setelah sekian lama musim peperiksaan,kini dia sudah bebas kerana peperiksaan untuk sem keduanya sudah selesai. Sekarang dia nak berhuha-huha enjoy. Ganti balik segala apa yang tertangguh semasa musim peperiksaan baru-baru ini.

Qaysara mula merengek kecil apabila susu yang diminumnya sudah habis tetapi dia mahukan lagi. Banyaknya Qaysara minum susu. Tak padan dengan perut kecik,minum susu macam orang dewasa. Botol susunya ditolak lembut oleh Qaysara. Amboih,tak menyabar sungguh la budak ni.

'Aunty ada cakap,sekali-sekali cubalah beri Qaysara susu badan.' fikir Mardiah di dalam hati.

Mardiah lantas memberikan Qaysara susu badan untuk mencuba sudah ada banyak ke belum susunya. Dulu memang tak banyak lagi sebab masih dalam proses dan awal lagi. Sekarang,tempoh pengambilan ubat hormon oleh Mardiah sudah masuk tiga bulan lebih. Jadi,bolehlah dia mencuba samada terdapat perubahan ataupun tidak. Mardiah cuba menundukkan sedikit badannya untuk menyusu.

Alhamdullillah,kuantiti susu pun sudah bertambah banyak. Mana tak banyaknya,Mardiah ada juga mengamalkan petua supaya menambahkan susu badan dan hasilan menjadi. Syukur sangat. Tepat pada masanya,stok susu Qaysara hampir habis dan susu badan pula sudah ada. Gembira Mardiah melihat Qaysara yang selesa sedang minum susu itu.

Bahagia sekali dapat membahagiakan orang yang dia sayang. Mardiah mengelus rambut Qaysara yang tumbuh tidaklah terlalu lebat sambil tersenyum. Qaysara hanya tersenyum memandang Mardiah.

Azrell berjalan melintasi biliknya. Kemudian undur semula apabila pintu biliknya tidak tertutup dan ternampak Mardiah sedang duduk di atas katilnya sambil membelakangi pintu. 'Apa yang dibuat oleh Mardiah itu? Kenapa tertunduk je? Gayanya macam orang tengah....!'  fikir hati Azrell sambil berhenti di muka pintu.

Kehadirannya masih belum dikethui oleh Mardiah. Azrell menapak masuk ke dalam bilik dan menutup sedikit pintu itu tetapi tidak berkunci. Bahaya juga. Dirinya yang tidak berbaju dibiarkan selamba. Azrell mendekati katil yang dibelakangi oleh Mardiah. 

"Mar" panggil Azrell sekali lantas menyentakkan Mardiah yang sedang menyusukan Qaysara. Segera Mardiah menghentikan aktivitinya dan mengangkat Qaysara supaya berdiri. Qaysara yang agak terkejut dengan tindakan sarkastik Mardiah terus menangis. Mardiah mengalihkan pandangan ke arah Azrell dengan jelingan maut. Berdegup kencang jantung Mardiah,risau Azrell tahu aktivitinya tadi.

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Where stories live. Discover now