IKS - BAB 76

15.5K 359 51
                                    

Mardiah termenung jauh di tepian kolam sambil memeluk tubuh. Fikirannya jauh memikirkan soal Haykarl. Soal tujuan Haykarl yang mahu Rina diberi pulang awal semalam. Lagipun apa hak dia mahu staf Mardiah pulang terlebih awal? Tanpa sebab pulak tu. Rina pula jadi mangsa.

Lelaki itu langsung tidak memberi tahu sebab dan mengapa. Rina pula, Mardiah tidak mahulah masuk campur. Tapi,dia mahu tahu juga.

"Haih, apa tujuan awak eh,Haykarl? Telefon tak angkat." Degus Mardiah lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi batu di tepi sliding door itu.

'Saya nak minta izin awak untuk lepaskan Rina awal malam ini. Pukul 7. Terima Kasih.'

Masih terngiang-ngiang ayat mesej daripada Haykarl semalam. Bila ditanya, Haykarl tidak membalas.

"Apa dia nak buat dengan staff aku ni,hah? Janganlah dia apa-apakan Rina semalam." Mardiah keluh berat. Risau juga pada Rina takut diapa-apakan Haykarl.

Hari ini dia tidak masuk ke kafe lagi, masih berbaki lagi satu hari cuti sakitnya. Syukurlah kafenya mempunyai staff-staff yang berdisiplin dan bertanggungjawab.

Dalam Mardiah terfikirkan soal itu, telefonnya berdering nyaring tanda ada panggilan masuk. Tersentak Mardiah dari lamunannya lalu terus mencapai telefon.

Terpampang sepotong nama yang disebut-sebut dalam lamunannya tadi. Rina. Segera panggilan dijawab laju.

"Hello.. Waalaikumussalam." Salam dijawab usai Rina berucap.

"Awak nak cakap apa dengan saya?" Soal Mardiah.

"Hal penting? Macam serius saja? Apa-apa berlaku ke dekat kafe?"

Mardiah terdengar Rina menidakkan tekaan Mardiah. Bukan soal kafe. "Habis tu pasal apa?"

Mardiah angguk faham mendengar tujuan Rina menghubunginya. "Tak apalah macam ni. Sekarang awak datang rumah saya. Kita bincang. Awak cuti hari ini kan?"

"Okey. Jumpa kejap lagi." Panggilan dimatikan.

Mardiah hela nafas. Betul sangkaannya. Mesti ada apa-apa yang berlaku semalam.

Segera Mardiah bangkit berlalu ke dalam rumah. Dia perlu sediakan apa yang patut sebelum Rina datang.

* * *

Mardiah tersenyum menyambut kedatangan Rina kerumahnya. Rina dipelawa masuk ke ruang tamu sebelum dihidang minuman dan sedikit manisan.

Walaupun Rina pekerjanya, gadis itu tetap tetamu.

Mardiah labuhkan dirinya di sofa berhadapan Rina. Gadis itu kelihatan sedikit resah.

"Kenapa ni Rina? Cuba bagi tahu saya apa yang terjadi. Pasal semalam ke? Apa Haykarl dah buat? Dia kacau awak ke? Sentuh awak? Cerita dekat saya!" Soal Mardiah bertubi-tubi.

"Sabar Puan,sabar. Encik Haykarl tak buat apa pun kat saya." Rina senyum kecil. Risau benar boss kecik ni dekat staff dia.

Mardiah hela nafas lega. Habistu?"

"Saya pun tak tahu macam mana Encik Haykarl tu boleh kenal saya. Padahal kitorang tak pernah berbual pun. Tetiba ajak saya keluar semalam. Pelik." Rina memulakan mukadimahnya.

"Dia tak cakap apa-apa ke semalam?" Terjongket kening Mardiah ingin tahu.

Rina hela nafas. "Puan. Puan tolong saya. Saya tak tahu nak selesaikan masalah ni macam mana." Adu Rina.

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Where stories live. Discover now