IKS - BAB 71

9K 236 8
                                    

Tepat pukul 9 pagi, Mardiah bersama suami dan anaknya tiba di kafe. Mardiah akan berangkat ke Kelantan pada pukul 9.30 pagi ini.

Fahmi sudah memasukkan beg pakaiannya ke dalam but kereta Honda miliknya . Azrell pun turut membantu memasukkan beg pakaian isterinya ke dalam kereta.

Semua staff kafe itu sudah berkumpul di luar kafe untuk menghantar pemergian Mardiah dan Fahmi untuk menghadiri suatu program di Kelantan. Ini adalah kali pertama kafe di bawah jagaan Mardiah telah tersenarai dalam program kali ini.

"Rina, awak tolong jaga kafe ye. Saya harap dekat awak tau. Yang lain pun sama. Masa ni lah kamu semua nak bekerjasama bila saya tiada. Even saya tak ada pun, kafe ini akan tetap hidup tau." Ucap Mardiah kepada semua staffnya. "Baiklah,Puan." Jawab Rina.

"Puan belikan ole-ole untuk kami semua eh. Fahmi belikan kami wau bulan." Ucap Arni tersengih.

"Beli 'kepok' lekor sama, Fahmi." Omel salah seorang staff lain pula.

Mengekek mereka semua ketawa. Macam-macam.

"Okeylah. Saya dah nak bertolak ni. Jaga diri ya." Pesan Mardiah lalu dia bersalaman lalu berpelukan bersama staf wanita. Staf lelaki yang lain hanya menyalami Fahmi sahaja.

Mardiah menghampiri suami dan anaknya yang berada di sisi kereta milik Azrell. Tersenyum dia melihat Azrell. Macam suka dalam duka saja mahu lepaskan Mardiah pergi.

"Mar pergi dulu abang. Ingat pesan Mar semalam. Utamakan Sara. Kemas rumah jugak. "Ucap Mardiah tenang lalu mengucup tangan suaminya.

"Sara behave ye duduk dengan daddy. Jangan nakal sangat. Nanti daddy gigit Sara." Tersengih-sengih Qaysara mendengar  pesanan mummynya. Terus Mardiah mencium kedua belah pipi Qaysara. Bekalan untuk rindu.

Semalam puas digomol Qaysara dan luangkan masa bersama bayi itu. Yelah tiga hari tanpa Qaysara,sunyi dunia. Tapi daddynya pun kalut nak membekal rindu. Cepuk kang!

"Just take care of yourself and our baby. Don't do too much work. If tired, take a rest. Don't push yourself. Promise me,darling?" Ucap Azrell lembut dan hanya mereka berdua sahaja yang dengar. Cakap kuat-kuat nanti buat malu saja kena bahan dengan staffnya.

Mardiah senyum manis. Lantas dia mengangguk laju tanda berjanji. "Yes, I'm promise you!"

"Good."

Segera Azrell cuit hidung kecil Mardiah. Bagus pun dengar kata. Nak berpeluk cium bagai, segan pula dikhalayak ramai ni. 

Aishh...Kena berpisah dengan isteri dalam masa tiga hari bukan sekejap tau. Boleh mabuk rindu..

"Fahmi kau tolong tengokkan sama bini aku ni. Jangan bagi dia buat kerja berat-berat. Kalau dia degil juga,kau terus call aku." Azrell memberi amanat kepada Fahmi lalu menjeling isterinya.

Mardiah mencebik. Poyo jer lebih. Staff yang lain semua sudah senyum senget. Azrell pun satu, nak mengada pun depan orang ramai.

"Tak apa. Kau jangan risau, Az. Bos kecik ni pasti akan dengar punya cakap aku. Buat lah tak dengar cakap, tinggal dia dekat sungai golok nuh. Biar kawan dengan orang  Thailand terus." Ugut Fahmi lalu ketawa besar diikuti Azrell.

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang