IKS - BAB 70

11.9K 259 12
                                    

Minuman yang dipesannya sudah tiba. Pelayan perempuan yang sedang meletakkan minuman di hadapannya itu dipandang lama. Cantik. Kurus ramping. Tinggi lampai. Memang berpewatakan menarik.

Tapi pelayan ke ni? Macam bukan saja. Sebab pelayan pakaiannya lain sikit dari gadis dihadapannya ini.

"Thanks,pretty."

Terdongak terus gadis itu memandang pelanggannya. Dia panggil 'pretty' dekat aku? Awwhh.. Kembang sekejap.

"Welcome." Jawab gadis itu semula.

"Excuse me,dear. Mana bos kamu? Dia tak masuk kafe lagi ke?" Soal jejaka berwajah manis itu.

Rina mengangkat dulang lalu memeluk dulang itu. Jam tangannya dikerling sekilas. Sudah pukul 11 lebih. Selalunya Mardiah akan masuk awal pukul 11. Alah bos, masuk pukul berapa pun tak apa.

"Belum sampai lagi kut. Puan Mar tak ada bagi tahu apa-apa pun dekat saya." Jujur Rina menjawab.

Tersenyum Haykarl mendengar pertuturan gadis dihadapannya ini. Comel. "Okey tak apa."

Rina turut tersenyum kelat. Sungguh dia akui lelaki dihadapannya ini ada rupa yang menarik. Kacak. Kulit sawo matang dan segaklah. Memang 'taste' dia lah.

Lantas Rina mengatur langkah berlalu dari meja yang diduduki Haykarl. Segan pula. Sudahlah dia dipaksa oleh Fahmi untuk hantar minuman kepada pelanggan itu tadi.

Nak dijadikan cerita,hari ini dua orang pekerja kafe ini cuti. Tetapi, pagi tadi mereka mendapat panggilan bahawa seorang lagi staf ingin memohon cuti tanpa gaji kerana ada kecemasan.

Mardiah selaku majikan hanya membenarkan kerana dia sudah ketahui apa masalah staf itu.

Jadi,tinggal lah empat orang sahaja pekerja di kafe ini. Fahmi,Rina, Richard dan seorang lagi staf sebagai juruwang. Fahmi memang sudah tetap untuk berada di dapur sahaja. Richard pula sudah tetap di barista.

Juruwang pula perlu tetap sedia atas perkhidmatan pelanggan. Jadi,Rina sajalah yang perlu bertugas sebagai pelayan seketika. Walaupun tugasnya hanya didapur.

Haykarl melihat pemergian gadis itu seraya tersenyum kecil. Entah mengapa dia rasa tenang bila melihat wajah manis Rina. Kecil molek orangnya. Tak mungkin sudah jatuh cinta?

.

Mardiah berjalan beriringan bersama suaminya yang sedang mendukung Qaysara itu. Tangan kekar Azrell sibuk memeluk sisi isterinya. Gatal. Katanya takut kena kebas oleh orang semasa dalam perjalanan ke kafe nanti.

Logik ke?

Sesekali mereka ketawa melihat telatah gembira Qaysara. Keluarga bahagia. Sampai sahaja di hadapan pintu masuk kafe milik Mardiah, mereka terus masuk. Pelukan Azrell dipinggang Mardiah belum dilepaskan. Para pelanggan tersenyum kecil melihat kemesraan mereka.

Haykarl yang baru sahaja menamatkan panggilan bersama rakannya turut terpandang akan kehadiran Mardiah yang baru saja masuk ke dalam kafe. Melihat kemesraan mereka buat dirinya tercabar. Sangat beruntung lelaki itu dapat Mardiah.

"Mar." Panggil Haykarl menggamit Mardiah.

Terus melebar senyuman di bibir gadis itu. Lantas Mardiah berjalan bersama suaminya menghampiri meja di mana Haykarl berada. "Awak dah lama sampai ke? Eh kejap. Bukan minggu depan ke appoinment kita.?" Soal Mardiah.

"Minggu depan saya ada hal lain. So saya terpaksa datang hari ini. Awak tak sibuk kan?" Jawab Haykarl jujur. Mardiah berfikir sejenak. Hari ini dia tidaklah sibuk sangat cuma dia perlu cover para pekerjanya yang cuti itu.

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Where stories live. Discover now