Epilog

14.6K 370 17
                                    

Mardiah mengintai sekilas ke arah ruang tamu. Seketika bibirnya mengorak senyuman kecil.

Di ruang tamu utama itu, anak-anaknya lagi seronok bermain antara satu sama lain. Kadang-kadang mereka bergelak ketawa.

Lega hati Mardiah. Sekurang-kurangnya mereka tidak bergaduh.

Mardiah meneruskan aktiviti memasaknya untuk makan malam ini. Dengar khabar, Azrell akan balik awal dari tempat kerja harini. Jadi, Mardiah pulang awal dari kafe untuk menyambut kepulangan encik suami.

Api dapur gas dihidupkan. Setelah yakin kuali sudah panas, segera dituang sedikit minyak masak ke dalam kuali itu.

Menu makan malam hari ini ringkas sahaja. Azrell request untuk masak sup tulang air tangan isteri. Mardiah hanya menurut. Lagipun, sudah lama dia tidak masak menu itu. Lincah Mardiah membuat kerja.

Sesekali gegendang telinganya menangkap suara halus seperti jeritan dan rengekan. Semakin lama semakin kuat.

"Arrrghh. Adik janganlah kacau. Nanti runtuhlah rumah Icha." Qisha menjerit kecil.

Mardiah menjenguk sekilas di ruang tamu. Bergaduh kecil pula. Ini mesti si adik itu kacau kakak-kakaknya bermain. Si adik pantang tengok kakaknya senang sikit.

Mardiah hanya ketawa kecil. Macam-macam ragam.

"Adik qeef. Adik main car ni. Okay?" Ujar Qaysara penuh kelembutan. Kereta mainan milik si adik itu diberikan.

Kereta mainan itu diambil si adik. Lega dua kakak itu apabila si adik tidak lagi mengganggu aktiviti mereka.

Si adik berceloteh dengan bahasa aliennya sambil menolak kereta mainan itu mengelilingi sofa.

"Kakak Sara, Icha nak cawan tu. Nak buat air." Minta Qisha kepada Qaysara.

Segera Qaysara menghulurkan satu cawan mainan itu kepada Qisha. "Buat air untuk kakak Sara sekali tau. Kiki dahaga." Suruh Qaysara memaksudkan anak patung yang diberi nama 'Kiki' itu.

"Ocey."

Mardiah sedikit lega. Sudah bertenang. Senang sikit dia nak masak.

"Aaarrrrrgg!!!"

Tersentak Mardiah mendengar jeritan nyaring anaknya. Terbantut terus kerjanya yang sedang mengangkat pakaian di ampain luar rumah.

"Adikk Qeef!!! Habis bersepah. You ruined my house." Rungut Qisha sebelum melempiaskan tangisan nyaringnya.

"Adik Aqeef Qidran. Oh my god." Kini giliran Qaysara pula menjerit kecil disaat melihat si adik meruntuhkan 'rumah' yang dibina oleh dia dan juga Qisha. Terpekup mulutnya melihat runtuhan itu. Hancur hatinya.

Bertungkus lumus mereka berdua membina rumah itu, alih-alih si adik tidak sengaja meruntuhkan rumah binaan itu.

Ceritanya si adik itu sedang berlari kecil sambil melayangkan jet mainannya, mata sibuk tertumpu pada jet itu, sekali, si adik terus terlanggar rumah binaan kakak-kakaknya itu.

Bergema seluruh ruang tamu itu. Seketika terdengar tangisan kecil si adik pula oleh kerana dimarahi oleh kakak-kakaknya.

Jadinya, riuh ruang tamu dihiasi dengan dua tangisan kanak-kanak diikuti jeritan kecil.

Mardiah yang masih diluar rumah, hanya mampu menggeleng kecil. Tangannya penuh dengan kain baju.

"Kakak Sara. Kenapa dengan adik Aqeef tu. Janganlah bergaduh. Ya Allah ya Tuhanku. Main la elok-elok. Janganlah menangis." Bebel Mardiah dari luar rumah.

Macam inilah jadinya selagi Azrell tak balik dari kerja, selagi itu Mardiah tidak boleh fokus membuat kerja rumah.

Kalau sebelum ini, Qaysara dan Qisha masih disekolah, mereka akan pulang pada pukul 5 petang. Tetapi minggu ini, minggu cuti sekolah. Jadinya, riuh rendahlah rumah itu.

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Where stories live. Discover now