IKS -BAB 13

12.2K 328 3
                                    

Pagi itu Mardiah sampai awal di rumah Puan Zalia. Hari ini Qaysara perlu pergi ke hospital untuk terima suntikan 3 bulannya. Mengikut jadual imunisasi di buku rekod kesihatan Qaysara, tarikhnya pada hari ini.. Tapi tidak tahu lagi dengan siapa dia akan pergi.

Terus Mardiah mengatur langkah ke tingkat tiga bilik Azrell untuk menjenguk Qaysara. Pintu bilik itu diketuk sekali. Beberapa saat kemudian, pintu terbuka dari dalam dan tersembul wajah kacak Azrell yang segak berkemeja pejabat berwarna beige dan berseluar slack. Azrell kembali ke dalam bilik sambil tangannya membetulkan tienya.

Pakai baju pejabat kemas elok ni, nanti nak pergi hospital dengan siapa. Encik Arif dah pergi hospital, doktor kenalah masuk awal. Puan Zalia pula dah pergi sekolahnya, mesti tengah mengajar sekarang ni. Dah pukul 7.40 pagi dah. Puan Zalia bekerja sebagai guru subjek Biologi di sekolah menengah. Azra dah ke kolejnya. Hari ni ada exam. Yang ada dalam rumah ni cuma Azrell, Azriff dan Makcik Ani saja kecuali Mardiah dan Qaysara.

Takkan nak pergi dengan si Azriff tu kut. Tahu ke dia tu pasal check up  Qaysara ni. Entah bangun ke tidak lagi mamat poyo tu. Alahh.. Pergi naik kereta sendiri, ajak Makcik Ani pun boleh. Apa susah. Kalau Makcik Ani sibuk, pergi berdua dengan Qaysara pun tak apa, letak je Qaysara dalam baby carseat miliknya tu.

Kaki melangkah masuk ke dalam bilik itu dengan pintu dibuka luas tanpa tutup. Bukan muhrim nak berada sebilik dengan lelaki itu. Lebih baik mencegah sebelum terlambat. Baby cot Qaysara didekati dan terlihat Qaysara yang sedang mengeliatkan badanya tanda sudah bangun. Senyuman terus terbit dibibir saat melihat Qaysara membuka matanya perlahan. Lantas tersenyum Qaysara.

Mardiah mengambil Qaysara di dalam baby cot dan meletakkan bayi itu di atas katil Azrell. Wah! Sudah tersusun kemas katil Azrell. Dia sendiri ke yang kemaskan katilnya? Getus hati Mardiah. Butang baju tidur Qaysara dibuka satu persatu. Tersengih-sengih Qaysara bila Mardiah mengacahnya.

Azrell mengerling melihat gelagat Mardiah dengan anaknya. Terbit secalit senyuman manis di bibir Azrell tatkala melihat keakraban anaknya dengan Mardiah. Azrell lantas menghampiri mereka berdua setelah siap memakai tie. Punggung dihenyakkan di atas katil disebelah Qaysara. Pandangan Qaysara terus lari dari melihat Mardiah lalu memandang ke arah daddynya. Tersenyum-senyum Qaysara bila nampak Azrell di sebelahnya.

Qaysara yang sudah dibuka pakaian tidurnya dan hanya memakai lampin sahaja didukung oleh Azrell. Lantas pipi montel itu dikucup. "Masamnya anak daddy ni!" Ucap Azrell sambil mengacah Qaysara. Mengekek ketawa Qaysara sambil terjerit-jerit dibuatnya. Mardiah berdiri lalu mendapatkan pakaian baru dan lampin pakai buang Qaysara di dalam bakul. Baju itu diletakkan di atas katil.

"Injection Sara mula pukul berapa?" Soal Azrell memecah kesunyian sedari tadi.

"Pukul 11.30. Lambat lagi!"

"Saya ada hal kat luar kejap lagi but saya off harini tau. So pukul 11 saya balik pulak kita pergi hospital."

"Ok.."

"Make sure saya balik tu awak dan Sara dah siap. Kita terus pergi je. Nanti lambat." Azrell memberi arahan dengan muka yang ketat sangat. Pagi-pagi muka dah ketat. Tak penat ke?

"Encik Az memang cuti ke ambil cuti hari ni?" Soal Mardiah ingin tahu. Mana tahu dia terpaksa ambil cuti untuk pergi menemani Qaysara terima suntikan.

"Memang setiap kali Sara ada appointment dengan doktor saya akan ambil cuti." Balasnya tanpa memandang Mardiah sebaliknya memeluk anak perempuannya itu. Erhh.. Macam setahun tak jumpa!

"Saya pun boleh bawa Sara pergi hospital tu sendiri."

"Tangan ada empat ke nak pegang Sara lagi nak pulas stereng kereta lagi." Azrell mengerling ke arah Mardiah sekilas sambil memerli.

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Where stories live. Discover now