IKS - BAB 6

12.3K 407 16
                                    

Azrell merenung lama skrin telefon pintarnya yang tertera nombor telefon gadis muda yang menyelamatkan keadaan di taman tempoh hari. Janjinya ingin belanja gadis itu makan untuk membalas jasanya.

Azrell menyandarkan dirinya pada sofa empuk yang terdapat di dalam pejabatnya. Hari ini kerjanya tak banyak sangat, so, bolehlah dia relax sekejap sambil berangan.

Jarang Azrell nak ada masa macam ni, dalam sebulan tu kira dua kali je lah kerja sikit pun tak termasuk cuti Sabtu dan Ahad. Kerja sebagai Manager Kewangan ni memanglah sibuk je setiap masa. Semua perihal syarikat di perlu ambil tahu sebab tu kerja tak pernah habis.

"Nak call ke tak nak? Nak call ke hah? Ishh...nampak sangatlah aku ni terhegeh-hegeh dengan dia. Eh,tapi aku cuma nak balas jasa dia ja."Azrell hanya bercakap sendirian. Kalau tak call nanti, nampak macam tak menghargai jasa yang orang tolong dia. Kalau call pulak nanti difikirnya yang Azrell ingin ambil kesempatan ke atas dirinya.

Sedang dirinya mengelamun dan bercakap sendirian, telefon pintarnya mula menjerit minta dijawab. Terkejut Azrell dari lamunannya dan senyum sampai telingan. Senyuman terus mati apabila melihat nama yang tertera di skrin telefonnya bukanlah orang yang dia anggapkan.

Azrell ingat gadis muda yang menolongnya hari itu tetapi tidak, iaitu 'my mom' yang muncul di skrin iPhone Xs Max miliknya. "Hello Assalamualaikum ma".Salam diberiksn setelah dia menjawab panggilan itu.

"Waalaikumussalam. Mama call cuma nak ingatkan kamu malam ni. Ingat ke tidak lagi?" Soal mamanya di panggilan.Benda apa pulak malam ni. Aku ada date dengan sesapa ke? Getus hati Azrell.

"Ingat apa ma? Az tak ingat lah!"Azrell menggaru lehernya yang tidak gatal. Apa pulak lah rancangan mama dia ni?

"Haa.. Nasib baik mama call, kalau tidak memang tak ingat lah kamu tu. Malam ni kan ada party sempena birthday papa. So, mama nak Az balik awal harini. Lepas Maghrib start. FAHAMM".Bebel mamamya di talian.

"Ouhh.. Party tu ke.Of course la ingat. Lagipun harini memang Az balik awal pun. Don't too worry okay!" Ingatkan apa lah tadi. Majlis tu ke, mestilah dia ingat.

"Good son. Okaylah, Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Panggilan dimatikan. Mata melirik ke arah jam tangannya, sudah pukul 4.25 petang. Lagi sejam lebih dah boleh balik. Yeayy.. Azrell bangkit dari sofa empuk itu dan berlalu keluar berjumpa dengan staffnya.

*  *  *

Suzuki Swiff milik Mardiah yang dipandu oleh Emma berhenti di sebelah rumah mewah yang bertiga tingkat ini. Bukan rumah ni saja yang mewah, sekelilingnya semua rumah yang mewah belaka. Semuanya rumah yang bertiga tingkat. Dah masuk pun kawasan perumahan orang-orang kaya ni, memang semuanya mahal-mahal lah rumah ni.

Bukan rumah saja mewah, sesekali nampak kereta lalu lalang pun kereta yang mewah-mewah. Ada BMW, Audi, Mercedez dan Ferrari pun ada. Huh, tak sayang duit ke beli kereta mahal-mahal,jalan sama saja dengan kereta yang lain, bukannya jalan atas jalan emas. Tapi dah nama pun kaya, tak luak pun duit diorang kalau setakat nak beli kereta tu.

Emma mengerutkan wajahnya dan memalingkan pandangan ke arah rumah mewah yang berada di sebelah keretanya."Betul ke rumah ni weh, gila bapak punya la besar rumah dia. Orang kaya pun tempah kek dari kau eh? Apesal tak order dari secret recipe jer!" Gertus Emma sambil memerhati rumah mewah itu.

Mardiah bertindak melihat telefon pintarnya. "Betullah rumah ni. Tak percaya cuba tengok alamat ni." Telefon dihalakan ke arah Emma untuk menunjukkan bukti. Kau tak caye kan, ni bukti dia.

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Where stories live. Discover now