IKS - BAB 18

10.1K 263 3
                                    

"Haii..Assalamualaikum papa Raz and mama Diena."Sapa Mardiah setelah masuk ke dalam kafe milik Encik Razman itu. Puan Diena iaitu isteri kepada Encik Razman datang menerpa lalu memeluk erat tubuh Mardiah. Setelah sekian lama tidak bertemu dengan Mardiah,akhirnya dapat juga dia jumpa dengan anak angkat perempuannya itu.

Bukan lama sangat pun tak jumpa dengan Mardiah,lebih kurang tiga bulan sebelum Mardiah bekerja dengan Azrell. Sejak itu Mardiah tidak ada masa untuk meluangkan masa bersama mereka atas sebab kesibukan dengan kerjanya yang tanpa cuti itu.

Pelukan dilepaskan."Mama rindu sangat dengan Mar tau!! Mar bukannya rindukan mama Diena pun. Entah-entah dah tak ingat mama tak pun dah tak sayang mama. Mama je yang sibuk sangat.!" omel Puan Diena sambil memuncungkan bibirnya tanda merajuk. Encik Razman yang berada tidak jauh dari mereka hanya menggelengkan kepala melihat telatah mereka berdua itu.

Mardiah ketawa kecil sambil menutup mulutnya."Mana adalah mama. Mar pun rindu giler  dengan mama. Mestilah Mar sayangkan mama cuma akhir-akhir ni Mar sibuk sikit. Jaranglah nak jumpa dengan mama." jelas Mardiah sambil mengatur langkah duduk di kerusi. Makanan sudah siap tersedia di atas meja seperti yang dijanjikan oleh Encik Razman sendiri.

"Betul ni? Okay kalau macam tu,nih,mama siapkan special menu untuk Mar. Suka tak?" ujar Puan Diena sambil menarik kerusi di hadapan Mardiah lalu duduk. Encik Razman juga datang menghampiri mereka dan menghenyakkan punggungnya di kerusi disebelah isterinya. Boleh tahan meriah jugalah suasana di kafe ni kerana ia berada betul-betul di kawasan bandar dan tumpuannya sangat menarik perhatian orang ramai. Tambahan pula kafe ni semua makanan sedap-sedap. Tetapi hanya menjual kek dan roti sahaja.

"Betul ke??.. Wahhh sedapnya. Menu terbaru eh." ucap Mardiah lalu mencapai sudu untuk merasa makanan yang siap sedia di atas meja. "Makan mama,papa!" pelawa Mardiah sebagai syarat.

Encik Razman dan isterinya hanya tersenyum lalu menggeleng tanda tidak mahu."Papa dah lunch tadi dengan mama,kenyang dah! Mar makanlah lepastu komen macam mana rasanya. Sedap ke tak?" cadang Encik Razman tersenyum.

"Semua makanan yang papa Raz dan mama Diena buat semuanya sedap dan Mar suka. Dan yang Mar makan ni memang superb sedap!!" ucap Mardiah lalu memasukkan makanan dihadapannya itu ke dalam mulut. Memang ternyata sedap patutlah kafe ni sentiasa laku dan dikujungi ramai pelanggang.

"Hmm..Mar makan banyak-banyak. Mama tengok Mar nampak kurus lain macam je sejak kebelakangan ni. Sibuk kerja sangat ke?" soal Puan Diena mengambil berat perihal anak angkatnya.

Mardiah melihat tubuhnya."Tak adalah kurus sangat. Biasa jek. Tapi memanglah Mar sibuk pun sekarang ni."

"Ni pun minta half day dari bos tau. Nasib dia bagi.!" sambung Mardiah lagi sambil tersengih menampakkan giginya yang tersusun kemas.

                                           *  *  *
"Kat sini ke kakak Sara nak jumpa someone hah?" soal Azrell bercakap dengan Qaysara walaupun bayi itu tidak memahaminya. Qaysara tidak mengendahkan kata-kata Azrell sambil bermain dengan mainannya. Enjin kereta dimatikan lalu keluar dari perut kereta sebelum mendapatkan Qaysara."Jom sayang kita spy kakak kesayangan Sara tu!" ujar Azrell mengatur langkah menuju ke arah kafe yang tertera nama 'The RazDie Cafe' .

Azrell menerpa masuk ke dalam kafe itu sambil menolak stroller Qaysara. Azrell mengenakan pakaian berjaket kulit warna hitam dan memakai cap beserta Rayban. Hujung cap direndahkan sedikit supaya tidak menampakkan matanya agar tidak dapat dikenal pasti oleh Mardiah dengan mudah. Kalau ditenung mesti kenal punya tapi sekali pandang tak akan perasan. Azrell mengambil tempat yang agak tersorok tetapi hampir dengan tempat Mardiah duduk supaya senang untuk mengetahui rahsia Mardiah yang diagung sangat tu.

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Where stories live. Discover now