IKS - BAB 25

11.8K 278 12
                                    

Azrell baring di atas katilnya berbantalkan lengan sasanya.

'Macam mana aku nak settle hal ni eh? Okey aku dah ready untuk kahwin tapi dia nak ke kahwin dengan aku? Ya Allah susahnya.' rungut Azrell di dalam hatinya.

Lamunannya terbatas apabila ada seseorang mengetuk pintunya. Segera dia bangun untuk membuka pintu. Maka tersembullah wajah Puan Zalia di muka pintu. Mamanya diajak masuk ke dalam bilik.

"Sara dah tidur?" soal Puan Zalia lantas duduk di atas katil Azrell. Hanya anggukan diberikan lalu turut baring disebelah mamanya duduk.

"Macam mana dengan keputusan Az? Still nak mama promote ke?"

"Hmmm.. Az tak ada pilihan ma! Dia macam tak ada perasaan dekat Az pun!" rungut Azrell lagi. Wajah Mardiah terbayang difikirannya.

Puan Zalia memandang pelik ke arah anak lelakinya."Siapa dia tu? Kalau Az nak dia jadi ibu Sara,mama okey je asalkan boleh jaga Sara dengan baik dan boleh bahagiakan Az!" ujar Puan Zalia lembut.

"Adalah someone ni. Az fed up lah ma. Az ikut keputusan mama lah. Nak cari susahlah ma.!" adu Azrell sudah berputus asa untuk cari calon lain dari DIA tu.

Puan Zalia tersenyum sumbing sambil memandang anaknya. Azrell mengangkat keningnya,tanda tanya berdasarkan senyuman misteri mamanya.

"Mama dah ada calon untuk Az. Dan mama rasa dia sesuai sangat jadi mummy Sara and insyaallah dia mampu bahagiakan Az.Aminn.." balas Puan Zalia mengaminkan doanya.

"Siapa?" tanya Azrell. Pendek.

"Nur Mardiah!" jawab Puan Zalia ringkas. Tersentak Azrell mendengar jawapan mamanya lantas bangun dari pembaringannya dan memandang tepat pada Puan Zalia.

'Mama bergurau ke ni? Ke salah dengar.' Macam mana Mardiah boleh setuju nak kahwin dengan aku. Sedangkan aku bagi hint cakap nak kahwin pun dia kata tak hinginkan aku.'

"Serius ke ma? Tak mungkin!" tutur Azrell tak percaya dengan calon yang mamanya katakan tadi.

Puan Zalia mendengus kasar."Betullah. Takkanlah nak memain dengan hal yang macam ni."

Azrell terdiam. Pelik!" Macam mana dia setuju nak kahwin dengan Az?" soal Azrell ingin tahu lebih lanjut. Puan Zalia tersengih.

"Mama tak tanya lagi dekat Mar pasal ni tapi mama rasa Mar akan terima sebab dia kan sayangkan Sara. Mama yakin dia boleh bagi sepenuh kasih sayang dia pada Sara." balas Puan Zalia terlalu yakin dengan calon menantunya kali ni.

Azrell melepaskan keluhan. Mati-mati ingat Mar yang setuju. Padahal mama tak tanya lagi pun,cuma mengagak jer!

"Lahh.. Ingatkan mama dah tanya." degus Azrell.

"Tapi mama nak sangat Mar jadi mummy Sara sebab Mar tu special tau." ujar Puan Zalia mengingatkan balik tentang pengorbanan Mardiah sehingga sanggup menjadi ibu susuan Sara.

Perkara ini masih belum diketahui oleh Azrell sebaliknya Mardiah tidak mahu Azrell tahu,takut Azrell memarahinya kerana buat keputusan tanpa bertanya dahulu.

Azrell mengerutkan mukanya. "Special apa?"

"Her sacrifice." jawab Puan Zalia. Pendek.

"Apa ni tak fahamlah ma. Pengorbanan apa?"

"Nanti Az tahulah. Okeylah. Mama dah mengantuk. Bye!" lantas Puan Zalia keluar dari bilik Azrell tanpa memberitahu perkara sebenar keada Azrell. Terpinga-pinga Azrell mencari tanda tanya. Tak faham maksud mamanya.

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Where stories live. Discover now