IKS - BAB 52

15.7K 321 10
                                    

Mardiah mengatur langkah menuju ke bilik Puan Zalia apabila terdengar bunyi tangisan Qaysara melalui bilik itu. Segera diketuknya pintu bilik utama itu sekali sebelum terkuak dari dalam. Mardiah tersenyum ke arah Puan Zalia yang sedang mendukung tubuh kecil Qaysara. Makin galak tangisan Qaysara.

"Kenapa ni,mama?" Soal Mardiah lalu menghulurkan tangan ke arah Qaysara. Dukungan Qaysara bertukar tangan. Tangisan Qaysara kian reda setelah berada di dakapan Mardiah.

Wajah Puan Zalia agak resah. "Mama rasa Sara mengantuk. Susu botol tak nak minum." Adu Puan Zalia tersenyum nipis.

"Sara marah kot mummy tak layan dia tadi sepanjang majlis. Kesian Sara. Merajuk lah tu." Omel Mardiah lantas mertua dan menantu itu ketawa kecil. Pipi Qaysara dicubit lembut oleh Puan Zalia.

"Tak suka dengan Opah ke? Mama rasa Sara mengamuk mummy dia asyik dengan daddy harini. Kecik-kecik dah pandai cemburu." Gurau Puan Zalia. Memerah muka Mardiah menahan malu. Mana tidaknya, Azrell sudah memberi arahan supaya sentiasa berada disisinya sepanjang majlis.

Mudah untuk tetamu berjumpa. Walaupun alasan yang Mardiah beri berkaitan Qaysara, Azrell pantas menjawab mengatakan hanya hari majlis itu saja mereka boleh berdua pun. Lepas ini, bertiga. Sebab itulah Qaysara merajuk sakan dengan mak bapak dia. Merengek saja. Kasihan dekat opah kena layan kerenah manja dia seorang tu.

"Takkanlah susu pun tak nak minum? Dahsyatnya merajuk budak kecil ni. " omel Mardiah tersenyum kecil. Puan Zalia tersengih.

"Sara nak susu mummy dia lah tu. Mar pergilah bagi Sara susu dulu. Nak tidur tu.!" Arah Puan Zalia sambil menepuk lembut bahu menantunya. Mardiah meminta diri sebelum berlalu ke tingkat tiga dimana bilik Azrell terletak.

Masuk sahaja ke dalam bilik,Mardiah tergamam. Bilik tidur mereka sudah cantik dhiasi bunga-bunga merah. Yang paling cantiknya,ros merah telah dicorakkan bentuk hati di tengah-tengah katil. Siapalah yang buat ini? Pagi tadi elok sahaja lagi. Cepatnya ambil masa untuk menghias katil ini. Mardiah tersenyum manis. Mardiah meletakkan Qaysara di atas katil sementara dia menyalin pakaian yang lebih selesa untuk menyusu. Disapunya longgokan kelopak bunga ros itu ke tepi tetapi tidak pada ros hati itu. Cantik sangat sampai sayang nak kacau. Dibiarkan ros merah bercorak hati itu di tengah katil sementara Qaysara diletakkan di sisi katil.Takkan dengan gaun pengantin nak menyusu. Cemana nak selak? Haha..

Qaysara menangis kecil apabila diletakkan di atas katil. Alahai sampai tak boleh lepas tangan langsung. Sabarlah nak salin baju dulu, sayangku. Mardiah yang hanya bersinglet nipis dan berkain batik terus melangkah ke arah Qaysara.

Biarlah seksi sikit. Bukan ada orang lain pun dalam bilik itu. Hanya dia dan Qaysara saja. Azrell? Dari tadi lagi sedang berbual dengan rakan sepejabatnya di luar rumah. Mustahil Azrell akan tinggalkan rakan kerjanya di luar begitu sahaja. Kenalah layan tetamu.

Mardiah yang sedang menghampiri katil dipandang Qaysara. Tak sabar-sabar nak menyusu sampai terkapai-kapai tangan itu. Tubuh kecil Qaysara diangkat lalu diribanya Mardiah. Sesi penyusuan dijalankan. Punya lapar sampai gelojoh Qaysara menyusu. Mesti tak minum susu sebab merajuk dari tadi lagi ni. Perangai comel sungguh. Ikut siapa lah.

Perlahan-lahan mata kuyu Qaysara mulai tertutup rapat. Sampai tertidur minum susu. Mardiah menepuk-nepuk perlahan bontot Qaysara supaya bayi itu tidur dengan lena sekali. Mardiah mula mengangkat Qaysara lalu diletakkan di dalam baby cot. Sampai tak sedar Qaysara tidur. Mardiah tersenyum puas melihat Qaysara. Kemain nak merajuk dengan orang,akhirnya tewas juga kena penangan mummy.

Mardiah yang merasakan tubuhnya agak melekit dan busuk masam setelah seharian majlis terus mengatur langkah untuk ke tandas. Tuala mandi diambil lalu menuju ke bilik air untuk membersihkan badan. Biar segar sikit. Pening juga kepala ni. Lama Mardiah mandi sambil berendam. Seronoknya mandi. Mardiah menyanyi kecil sambil berendam. Hampir saja terlena. Usai membersihkan badan,Mardiah mengelap tubuhnya dengan tuala bersih tadi. Bau wangian mandian lavendernya di segenap tubuhnya. Wangi. Dipakainya semula singlet nipis itu tadi bersama tuala mandi.

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ