IKS - BAB 12

11K 331 1
                                    

Azriff menuruni anak tangga lalu menuju ke arah ruang tamu. Dilihatnya kelibat Mardiah yang sedang memberi susu kepada Qaysara, senyuman dibibirnya terus melebar. Nak menyakat awek cantik!

Punggung dilabuhkan di sebelah Mardiah. Mardiah yang baru sedar akan kehadiran Azriff di sebelahnya mula menjauhkan sedikit dirinya yang didekati dengan Azriff.

"Buat apa tu?" soal Azriff yang duduk tidak jauh dari Mardiah. Sengihan masih terukir dibibir.

"Main bola"

Azriff menghamburkan tawanya. Terkejut Qaysara yang dari tadi sedang minum susu terus terhenti seketika dan matanya membulat besar. Qaysara kalau terkejut sikit automatik matanya terjegil. Lagi-lagi kalau bunyi kuat.

"Iiisshhh.. Terkejut Sara tau. Gelak punyalah kuat. Nangis Sara nanti." Marah Mardiah sambil mendegus geram dan jelingan maut diberikan. Tawa Azriff kian terhenti oleh kerana dimarahi oleh Mardiah.

"Garangnya.. Tapi garang-garang pun comel." sakat Azriff cuba untuk meredakan kemarahan Mardiah.

Susu Qaysara tidak habis diminumnya, ini semua sebab pak ngah sewel dia lah. Terus tak nak minum, membazir saja susu. Diangkatnya Qaysara lalu mendirikan bayi itu. Tersenyum-senyum dia bila pak ngah Azriff mengacahnya.

"Meh kejap nak dukung." pinta Azriff sambil tangan dihulurkan untuk mengambil Qaysara dari dukungan Mardiah.

Qaysara diberikan kepada Azriff. "Pegang elok-elok. Jangan pegang perut dia nanti muntah. Baru sudah minum susu je tu." pesan Mardiah kepada Azriff.

Kucupan mesra diberikan kepada Qaysara. Tersengih Qaysara dibuatnya apabila Azriff mencium pipi montelnya. "Saraa... Ini pak ngah tau. Kena kenal pak ngah yang kacak ni tau."Ujar Azriff sambil memandang Qaysara. Tersenyum dibuatnya.

Muka Mardiah berkerut. Kenapa Azriff cakap macam tu. Macam hari ni baru jumpa dengan Qaysara. Pelik! "Kenapa awak cakap macam tu, Azriff." soal Mardiah sambil memeandang ke arah Azriff.

Lantas Azriff memalingkan juga pandangannya ke muka Mardiah. Masing-masing berpandangan antara satu sama lain. Lama. "Ni first time saya tengok Sara. Selama ni saya tengok dalam gambar je."balasnya tersenyum sumbing.

"First time? Awak tak pernah tengok Sara ke sebelum ni?"

"Takk.. Saya kan belajar overseas.. Masa Sara dilahirkan pun saya tak tengok dia.. Sampaikan masa arwah meninggal pun saya tak dapat balik. Last saya balik pun, usia kandungan arwah Kak Ira baru 6 bulan." terang Azriff separuh senyum. Mungkin sebak kerana tidak dapat menjenguk arwah kakak iparnya buat kali terakhir. Nak buat macam mana, memang tak boleh balik masa tu sebab dia dah final exam. Sekarang dia dah habis belajar, nak tunggu panggilan kerja saja. Sebelum dapat kerja tu, dia akan bermaharajalela makan dan tidur lah kut.

"Ooo... Jadi kali terakhir awak tengok arwah kakak ipar awak masa dia mengandungkan Sara 6 bulan. Lama jugaklah sampai sekarang. Tapi, nak buat macam mana, awak duduk jauh, nak balik bukannya senang, kan?" panjang lebar Mardiah membebel sorang-sorang.

Lantas Azriff tersenyum ke arah Mardiah kerana membebel je. Terkumat-kamit mulut mungil gadis itu bercakap. Indah sungguh ciptaan mu Ya Allah. Manusia di sebelahnya kini telah membuatkan getaran keimanannya bergoncang kuat. Sedang Azriff menatap wajah putih mulus Mardiah sambil mengelamun jauh....

"Heyyy.. Berangan ke tok wan! Orang cakap dengan dia, dia boleh mengelamun pulak."sergah Mardiah lalu jelingan diberikan. Azriff tersentak dengan sergahan Mardiah lalu kembali ke alam nyata. Senyuman manis tebu diberikan.

"Mana ada lah nenek! Tok wan tengah memikirkan our future!" ujar Azriff dengan sengihan nakalnya. Aduhai.. Senyuman dia!

Kelihatan Puan Zalia menghampiri mereka berdua lalu menghenyakkan punggungnya di atas sofa di sebelah Azriff. Lantas tangannya dihulurkan untuk mengambil Qaysara dari pegangan Azriff. Qaysara bertukar tangan kepada opahnya.

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Where stories live. Discover now