IKS - BAB 59

12.2K 272 4
                                    

Tidurnya terasa seperti diganggu. Hidungnya dipicit dan sekali-sekala dikucup rakus. Pipinya dicubit lembut. Mulutnya dimuncungkan sekilas.

"Ishh janganlah kacauu!" Rungut Mardiah sambil menghalau orang yang menganggu tidur lenanya bagai menghalau lalat. Mata masih terpejam rapat.

Azrell disebelah sudah membantai gelak. Hey susahnya nak bangun tidur. Sudah pukul 8.30 pagi dah ni. Usai mereka solat subuh tadi, Mardiah minta untuk menyambung tidurnya kerana masih terasa penatnya.

Selimut yang membaluti tubuh si isteri ditarik kasar. Terlihatlah sekujur tubuh ramping isterinya yang sedang berbaring tidur.

"Bangun sayangg!" Kejut Azrell lagi sambil mencuit bahu Mardiah.

Mardiah yang masih terpejam itu mula merayapkan tangannya mencari selimut. Sejuk weh. "Eh sejuklah. Mana selimut?" Omel Mardiah dengan kerutan di wajah.

Azrell melempar selimut menjauh darinya. "Selimut takde. Dah terbakar." Tipu Azrell sambil ketawa kecil. Comelnya lahai kelaku isterinya ini. Pantang sungguh orang ganggu tidurnya.

Mardiah menggolekkan badannya di atas katil tanda bebal dengan perbuatan Azrell. Makin kuat Azrell ketawa. Ingat comel dah kot buat perangai macam tu. Segera Azrell meletakkan tanggannya di bahagian perut si isteri sebelum disingkapnya baju pyjama yang masih tersarung di tubuh.

Dimain-main jemarinya di atas perut kempis si isteri membuatkan Mardiah kegelian. Tangan Azrell ditepis dalam keadaan terpejam lagi. Payah sungguh la nak bangun. Ke sengaja nak bermanja dengan suami?

Azrell melekapkan lagi kedua belah tanggannya di perut Mardiah sebelum menggeletek kawasan sekitar itu. Mengeliat habis isterinya sudah serupa ulat gonggok berdansa.

"Heyy janganlah. Gelii.. Abangg!!" Jerit Mardiah lantas membuka matanya. Lantas Mardiah bangkit dari pembaringannya sebelum duduk bersila di atas katil. Muka garang ditayangkan. Rambut yang agak berserabai dibetulkan.

"Haa bangun pun isteri abang yang busuk dan manja ni. Payah betul nak kejut dia!'' Bebel Azrell mengadap betul dihadapan Mardiah. Diselak rambut ikal isterinya dengan kemas menampakkan wajah bersih Mardiah. Senyuman manis diukir sekilas.

Mardiah memisat matanya sebelum mendegus kasar. "Kacaulah abang ni. Mengantuk tahu tak. Baru jer mimpi dating dengan Prince Charming . Dah la kacak." Omel Mardiah dengan kerdipan mata.

Azrell terdiam seketika. Pandangan tajam diberikan kepada si isteri. Spoil mood betullah. Baru nak bermanja.

Melihat wajah cemberut Azrell membuatkan Mardiah tergelak kecil. Alahai ingat comel dah kut muka macam tu. Kalau rakam ni,lepastu post di Instagram. Agak-agak banyak tak viewers and likers. Followers meningkat tak?

Mardiah mencapai telefon pintarnya di atas katil sebelum berura-ura mahu merakam aksi rajuk suaminya itu. Belum sempat Mardiah mahu menyentuh skrin rakaman, pantas Azrell merampas telefon pintar isterinya lalu dilempar ke atas katil.

Makin galak Mardiah ketawa sebelum tawanya terhenti apabila Azrell semakin mendekatinya. Mardiah mengundur badannya ke belakang supaya posisinya dengan Azrell tidak terlalu dekat. Dia tahu,Azrell mahu mengusiknya. Sengaja mahu guna kuasa miang buluh dia tu untuk senyapkan dirinya.

Azrell tersenyum sinis lalu merangkul erat tubuh Mardiah. Tersentak gadis itu dengan terkaman mengejut beruk suaminya itu. Mardiah terjerit kecil sambil menolak-nolak tubuh sasa suaminya.

"Abanggg lepaslah. Ey apa ni?" Jerit Mardiah apabila Azrell cuba untuk mengangkat tubuh rampingnya.

Rangkulan Azrell cuba dirungkaikan. Makin sinis Azrell ketawakan isterinya sebelum dicempung tubuh kecil Mardiah. Terjerit nyaring gadis itu saat tubuhnya sudah berada diawang-awangan. Azrell berdiri teguh sambil mengeratkan rangkulan di tubuh isterinya.

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Where stories live. Discover now