IKS - BAB 56

14.4K 297 1
                                    

Tas tangan miliknya yang berada di atas katil diambil sebelum disangkut pada bahunya. Usai bersarapan tadi, mereka terus bersiap untuk bertolak ke rumah baru. Mardiah hanya mengenakan jeans lembut bersama blouse dan printed shawl. Simple but elegant.

Azrell yang baru sahaja keluar dari tandas dipandang sekilas. Last minutes perut buat hal katanya.

"Dah siap?" Soal Azrell sambil menyarungkan jeansnya di hadapan Mardiah. Melihat tindakan tidak tahu malu daripada suaminya itu,terus Mardiah mengalihkan tubuhnya ke arah katil Qaysara. Dihampirinya katil itu sebelum mengangkat tubuh Qaysara yang sudah terbeliak matanya. Qaysara awal lagi sudah siap.

"Dah!"

Azrell hanya tersengih melihat reaksi isterinya yang sedang menahan malu itu. Relakslah,pakai boxer kot di dalam. Takkan nampak benda lain pun kalau pakai seluar depan Mardiah. Seronok sungguh mengusik si isteri itu. Tapi kalau ternampak pun apa salahnya? Suami isteri sudah sah kan?

Qaysara yang sudah berada didukungan dicium sekilas pipi montel bayi itu. Mengekek Qaysara ketawa apabila Mardiah cuba menggomolnya. Geli! Azrell menghampiri mereka berdua yang sudah berada di muka pintu.

Dua bagasi sederhana besar itu diheret Azrell keluar dari bilik tidur mereka bersama Mardiah. Semua suis di dalam bilik sudah ditutup sebelum keluar dari bilik.

Mereka berdua berjalan beriringan menuruni anak tangga ke ruang bawah. Mardiah melihat suaminya sekilas sebelum menuruni tangga. Kasihan pula tengok nak usung dua bagasi sederhana besar itu dari tingkat tiga ke tingkat bawah. Jenuh lenguh.

Azrell membimbit bagasi itu kedua belah tangannya sebelum turun ke tangga. Mardiah pun ikut sekali. Sambil mereka berjalan turun itu,Mardiah turut terpandang lengan Azrell. Fuh sampai tertimbul urat. Punya berat bagasi itu. Azrell pula selamba saja macam bawa kapas. Woahh.. Shuben saya kuat!

Sampai sahaja di tingkat bawah di ruang tamu, kelihatan Encik Ariff dan Puan Zalia sudah tunggu di situ. Azriff pun turut ada sekali. Mardiah menghampiri mama mertuanya.

Tubuh kecil Qaysara diambil wanita itu sebelum dikucup bertalu-talu. Habuan untuk melepas rindu selepas ini. Mardiah tersenyum melihat gelagat opah dan cucu itu. Comel.

Kemudian,Qaysara diambil oleh Encik Ariff pula dan diperlakukan benda yang sama seperti isterinya. Kemain seronok Qaysara ketawa apabila digomol oleh atuknya.

Mardiah menghampiri mama mertuanya sebelum menyalami tangan wanita itu. Dikucup lama sebelum mereka berpelukan erat. Masing-masing berbalas ciuman di pipi. Azrell yang melihatnya pun sedikit mencebik.

Dengan suami sendiri tidak pula nak peluk macam itu. Sengaja ni Mardiah menguji kejantanannya. Tunggulah.

Usai berpelukan, Puan Zalia memaut kedua belah tangan menantunya itu dengan wajah tersenyum."Selamat menjalani alam rumah tangga, ya sayang! Dengar cakap suami dan jadilah isteri yang baik. Mama doakan kebahagian korang!" Ucap Puan Zalia agak sebak.

Mardiah mengangguk perlahan bersama satu senyuman manis. Pesanan ringkas tetapi bermakna dari mama mertua.

Kemudian Mardiah menghampiri Encik Ariff pula dan disalam tangan kasar lelaki itu. Kepala Mardiah yang bertudung litup itu diusap Encik Ariff dengan satu senyuman. "Jaga diri dan yang paling penting,jaga kesihatan." Pesan Encik Ariff pula kepada menantunya.

Azrell memberikan Qaysara kepada Mardiah pula setelah Encik Ariff pas kepadanya. Giliran Azrell pula menyalami kedua ibu bapanya. Puan Zalia dihampiri lalu dipeluk erat tubuh itu.

Dalam berpelukan,dia turut mencium pipi wanita itu bertubi-tubi. Selepas itu dia pun menyalami tangan kanan mamanya. Pesanan ringkas juga disampaikan. "Jaga dan didik isteri baik-baik. Jangan pernah bebankan Mar dengan banyak kerja. Bertolak-ansur dalam rumah tangga adalah kunci kebahagiaan. Faham? Az dah pernah alami kehidupan rumah tangga kan, mama percayakan Az." Azrell mengangguk lemah dengan satu senyuman.

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Where stories live. Discover now