IKS - BAB 17

10.1K 293 2
                                    

Mardiah meletakkan satu pinggan besar yang berisi French Toast di atas meja. Harini dia sempat juga menghidangkan sarapan pagi. Dan harini juga Hayfa tidak dapat menolongnya untuk menyiapkan sarapan kerana budak sengal itu terbangun lewat. Padah tidur lambat.

Kerusi di meja makan ditarik dan menghenyakkan punggungnya. "Hayfa..Mari sini makan.. Sempat lagi lah!" panggil Mardiah yang siap sedia menuang air minuman di dalam mug.

Langkah diaturkan ke arah meja makan sebelum duduk di kerusi bersebelahan Mardiah."Akak! Tadi ada orang call akak. Hayfa tak jawab pulak la." lapor Hayfa setelah terdapat satu panggilan dari telefon Mardiah semasa tuan badan memasak di dapur tadi.Memang dia nak jawab tapi tak sempat.

"Ye ke? Tak apalah,nanti akak call dia balik!"

"Akak!! Hayfa dah nak pergi ni. Harini kena buat presentation kak!!!! So nervous!" adu Hayfa sebelum menghabiskan minumannya.

Mardiah tersenyum melihat Hayfa."Buat apa nak nervous? Relaks jelah..Cool. Mulakan dengan bismillah!"

Usai menyalami tangan Mardiah, Hayfa bergegas keluar lalu meninggalkan Mardiah seorang. Selesai bersarapan,Mardiah menyemak telefonnya yang didapati ada panggilan sebentar tadi.'Encik Razman?' yang menghubunginya tadi.

Dia merupakan pemilik sebuah kafe yang terkemuka di Penang itu. Memang dia dan Mardiah 'kamceng' dan serasi kerana Mardiah selalu mengunjungi kafenya untuk mempelajari apa yang patut berkaitan kek dan bakeri. Encik Razman juga banyak memberi tunjuk ajar pada Mardiah sehingga dia sudah mahir dalam bidang pastri ini.

Sudah ditawar kepada Mardiah untuk bekerja dengannya,tetapi ditolak oleh Mardiah kerana dia ingin menjadikan Encik Razman sebagai pembakar semangatnya untuk berjaya seperti Encik Razman. Lagipun, sewaktu Encik Razman menawarkan Mardiah tawaran bekerja di kafe itu, Mardiah masih belajar dan jarak antara rumah dan kafe itu agak jauh. Membebankan Mardiah juga.

Dulu,Encik Razman hanya membuka kedai kek kecil-kecilan saja sehingga sekarang dia sudah mempunyai tiga cawangan kafe iaitu di Penang ini satu dan dua buah lagi di Kedah tempat asal usulnya itu. Memang Encik Razman seorang yang gigih dan tidak mudah putus asa untuk terus berjuang membangunkan cita-citanya. Kafe yang didiaminya juga hasil daripada titik peluhnya dan serba sedikit pertolongan Mardiah.

Sejak Mardiah berumur belasan tahun lagi dia mengenali Encik Razman dan Encik Razman sudah menganggapnya sebagai anak dah. Yelah,Encik Razman tu dah berusia dilingkungan 50an dah. Tetapi semangatnya itu boleh memanggang semangat anak muda masa kini untuk terus berusaha mengejar cita-cita.

Mardiah mula mendail semula nombor Encik Razman. Mana tahu ada hal penting ke?
"Hello assalamualaikum papa Raz!" ucap Mardiah pembuka bicara.

"Waalaikumussalam,Mar!" jawab Encik Razman.

"Kenapa papa Raz call Mar? Rindu Mar ke sebab tak datang menyibuk,membising di kafe papa?" soal Mardiah lantas ketawa kecil. Papa Raz, merupakan panggilan Mardiah kepada Encik Razman kerana Encik Razman sendiri yang suruh Mardiah menggelarkan dirinya sebagai papa Raz. Mardiah kan sudah dianggap sebagai anak kepada Encik Razman,anak angkatlah.

Semua keluarga Encik Razman pun turut menganggapnya anak angkat kerana mereka tiada anak perempuan sejak 7 tahun yang lalu akibat pengidap penyakit kanser hati. Kini yang tinggal hanya dua orang anak lelaki saja. Encik Razman hanya ada tiga anak saja. Sejak mengenali Mardiah, Encik Razman dan keluarganya mahu menjadikan Mardiah sebagai pengganti anak perempuannya yang telah lama meninggal dunia.

"Papa ada good news ni. Petang nanti Mar datang jumpa papa boleh. Dalam pukul 2 macam tu boleh?"

"Insyaallah Mar datang nanti. Apalah good news tu?" ujar Mardiah dengan sengihan.

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Where stories live. Discover now