IKS - BAB 79

7.7K 202 28
                                    

Azrell pandang Iphonenya yang masih bernyala sehingga terpadam sendiri.

Mesej terakhir dari Mardiah ialah malam semalam. Hari ini langsung tiada mesej dari si isteri.

Azrell bekerja diluar kawasan selama tiga hari di Nilai Negeri Sembilan. Dia terpaksa meninggalkan anak dan isterinya demi kerja.

Azrell keluh berat. Sejak akhir-akhir ini, Mardiah semakin sibuk dengan bisnesnya. Terlalu sibuk. Kerap juga Mardiah minta kepada Azrell untuk kerja lebih daripada waktu yang ditetapkan Azrell. Kadang itu, Azrell sudah pulang dari kerja pun Mardiah masih sibuk di Kafe.

Azrell hanya membiarkan. Kerana dia tahu, itu minat Mardiah. Minat terhadap bisnes bahagian pastri. Terlalu minat. Kadang itu, sampai malam Azrell menunggu kepulangan si isteri. Sudah pulang, Mardiah kepenatan. Dengan Qaysara lagi.

"I miss you, sayang." Ucap Azrell perlahan. Baru dua hari dia tinggalkan Mardiah, sudah rindu. Tambah pula tiada mesej dan panggilan. Makin rindu.

*  *  *

"Alhamdulillah siap juga kafe saya ni." Ucap Mardiah teruja. Pandangannya tertumpu kepada pengubahsuaian kafenya yang sepenuhnya siap.

Haykarl yang berada disisi Mardiah tersenyum manis. "So macam mana? Suka tak?" Soal Haykarl.

Mardiah kalih wajah ke arah Haykarl. Senyuman manis diberikan. "Saya puas hati sangat. Cantik dan kemas hasil kerja awak. Saya suka. Thanks Karl."

"Anything for you, dear. Thanks juga sebab percayakan saya. Sukakan hasil kerja saya." Jawab Haykarl perlahan.

"Dear?" Terjongket kening Mardiah menyoal.

"Why?"

"Tak salah pun kalau saya panggil 'dear' dekat sahabat saya. Kan?"  Jawab Haykarl tenang.

Mardiah senyum tawar. Tak salah. Tapi..

"Mar."

"Yup?"

"Saya harap lepas ni, we still can contact each other. I don't want to lose you. You are a part of  my life." Ucap Haykarl penuh makna. Mardiah dipandang dengan pandangan yang redup.

Mardiah keluh kecil. Dia faham akan perasaan Haykarl. Enam tahun penantian, mana mungkin dia lupakan dengan mudah. Mardiah juga tidak mahu kehilangan Haykarl.

"Of course. Tapi kita kena tahu batas lah. Saya kan isteri orang. Awak pun boyfriend orang."

Sekilas tawa Haykarl terukir. "Awak doa yang baik-baik saja saya dengan Rina tu. Harap-harap kekal sampai ke jinjang pelamin lah. Tak larat dah membujang ni." Haykarl ketawa diikuti Mardiah.

"Nama awak selalu dalam doa saya. Jangan risau, kalau ada jodoh awak dengan Rina, Alhamdulillah."

"Ermm. Malam ni awak free? Kita keluar makan nak? Suami awak tak ada kan? Bila lagi saya nak keluar dengan awak." Ajak Haykarl penuh hati-hati.

Dia tahu tindakannya salah. Mengajak isteri orang keluar bersama. Lagi-lagi pada waktu malam. Tapi niatnya cuma ingin meluangkan masa dengan sahabatnya. Bukan ada niat jahat.

Mardiah berfikir sejenak. Berat hati mahu setuju begitu juga mahu menolak. Perlahan Mardiah angguk tanda setuju. Keluar makan saja. Bukan niat Mardiah mahu curang disaat ketiadaan Azrell, tetapi saat inilah dia boleh keluar bersama Haykarl.

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Where stories live. Discover now