IKS - BAB 66

11.9K 341 5
                                    

Sudah dua hari Qaysara merengek dan tidak mahu berenggang dengan Mardiah. Asyik nak berkepit sahaja. Baru-baru ini,bayi itu baru sahaja sembuh dari demamnya. Tidaklah teruk mana sangat pun demam Qaysara itu,cuma orang kata demam mahu boleh 'berjalan'.

Boleh diterima dek akal fikiran juga,bayi itupun kadang-kala sudah pandai mengimbangkan badan untuk berdiri.

Masuk hari ini juga,genap umur Qaysara sudah menginjak 12 bulan. Alhamdulillah sudah besar pun Qaysara. Tak lama cukup setahun. Tak sabarnya.

Qaysara merengek apabila Mardiah mahu bangkit menuju ke dapur. Tangisan kecil mula terbit setelah Mardiah berdiri sambil bercekak pinggang. Tadi dia masih berada di ruang tamu untuk susukan bayi itu.

Sekarang ini dia perlu siapkan sarapan untuk Azrell mahu ke tempat kerja. Mujur juga lelaki itu masuk lewat sedikit dari biasa.

Tangisan Qaysara makin galak tetapi masih perlahan. Rengekan sahaja yang mula bermain.

"Mummy nak pergi masak ni,sayang. Janganlah macam ni." Pujuk Mardiah kepada anak daranya itu. Entah angin apa asyik merengek sahaja.

Dirinya yang sedari tadi berdiri kembali bertinggung di hadapan bayi kecil itu.Mardiah mengesat air mata Qaysara yang mengalir perlahan di pipi montel itu. Terus Qaysara menyambar mummynya sebelum dipeluk erat leher Mardiah.

Tersenyum Mardiah melihat kemanjaan anaknya itu. Comel. "Dah jom ikut mummy buat sarapan ye. Jangan menangis lagi." Pujuk Mardiah lagi sebelum bertindak mendukung bayi itu.

Langkah dibawa menuju ke ruang dapur. Qaysara diletakkan di dalam kerusi makannya."Sara duduk sini tengok mummy masak ye,sayang. Don't cry again please. " Pesan Mardiah sambil mencuit pipi Qaysara.

Mujur juga bayi itu tidak merengek dah. Biskut bayi diberikan kepada Qaysara. Memang makanan kegemaran budak kecil itu.

Bahan mentah untuk dimasak dikeluarkan dari peti sejuk. Jam didinding dilihat sekilas. Baru pukul 8.45 pagi. Azrell masuk kerja pukul 10 pagi. Sekarang ini,mesti lelaki itu masih tidur. Yelah,semalam adalah hari pertama dia balik paling lewat. Pukul 11 malam baru sampai rumah.

Sebelum ini belum pernah lagi dia pulang lambat macam itu. Mungkin ada hal penting kut. Tapi tak apa juga,dapat masuk lewat hari ini.

Tidak terlintas dek akal fikiran Mardiah untuk berfikiran bukan-bukan. Dia percayakan Azrell bahawa lelaki itu pulang lewat ke rumah atas urusan kerja. Bukan kes ber'joli'.

Mungkin.

Mardiah bercadang untuk memasak nasi goreng kampung kegemaran Azrell. Mudah sahaja mahu siapkannya.

.

20 minit sahaja Mardiah berperang di dapur untuk siapkan menu nasi goreng itu. Bau aroma masakannya semerbak memenuhi ruang dapur. Fuhh.. Lapor.

Qaysara yang khusyuk menikmati biskut dipandang sekilas. Tidak pula merengek. Qaysara hanya mahukan perhatian sahaja,mahu Mardiah sentiasa berada disampingnya. Asalkan nampak batang tubuh mummynya pun sudah cukup.

Nasi goreng sudah dicedokkan masuk ke dalam pinggan besar . Mardiah mula menyiapkan minuman panas pula. Air kopi panas siap dihidang. Mardiah membawa menu hidangannya itu ke meja makan yang berada di luar ruang dapur. Tidaklah jauh mana pun.

Qaysara yang melihat mummynya tinggalkan dia terus menangis teresak. Takut Mardiah tinggal la tu.

Mardiah ketawa kecil. Tahu sangat mesti Qaysara akan menangis punya kalau dia tinggalkan sekejap.

Lantas Mardiah mendapatkan anak daranya itu. Dikesat air mata Qaysara sebelum didukungnya. "Mummy tinggal kejap je pun. Kesian anak mummy ni."

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Where stories live. Discover now