IKS - BAB 74

10.1K 321 70
                                    

Sudah dua hari Azrell tidak menjejak kaki ke hospital untuk melawat Mardiah. Hal ini kerana dia ditegaskan oleh Encik Ariff untuk tidak berjumpa dengan Mardiah. Bimbang jika lelaki itu makin membuatkan kesihatan dan kandungan Mardiah lagi terjejas.

Lagipun memang Azrell tidak kisah jika tidak bertemu dengan Mardiah. Sakit hatinya masih terasa. Egonya yang tinggi setingga gunung pencakar langit itu langsung tidak mahu beralah.

Azra turun dari anak tangga bersama Qaysara didukungan. Kedua-duanya segak bergaya seperti ingin keluar bersiar.

"Dah siap dah? Jom!" Ajak Puan Zalia lalu menggapai kunci kereta.

Azrell yang baru sahaja ingin ke tempat kerja mendongak melihat mamanya. "Nak pergi mana,ma?" Soal Azrell sambil menyarung kasut hitam kilatnya.

"Nak bawa Sara jumpa Mar. Kesian la dekat Sara banyak hari dah tak jumpa Mar. Budak tu pun ada perasaan rindunya juga dekat mak dia." Jawab Puan Zalia seakan perlian.

Azrell mencebik. Dia tidak terlalu bencikan Mardiah sampaikan sudah tawar hati dengan wanita itu, cuma egonya masih mengatakan yang Mardiah tetap bersalah.

"Hmm.. Suka hatilah." Balas Azrell lalu melangkah masuk ke dalam keretanya. Pantas kereta mewah itu hilang dari pandangan.

Azra menyarung kasutnya sambil memakaikan Qaysara kasut juga. "Kenapa dengan abang tu,mama?" Soal Azra.

"Biarlah kat dia,Azra. Selagi benda tak selesai selagi tu tak nak mengalah. Ego tinggi." Bebel Puan Zalia lalu menghidupkan enjin kereta.

Sedang musim cuti sekolah tengah berlangsung ini,bolehlah Puan Zalia berjalan ke mana-mana. Lainla kalau hari sekolah.


....

Pintu bilik wad Mardiah ditempatkan diketuk sekilas oleh Puan Zalia sebelum mereka bertiga masuk. Terpampang Mardiah yang sedang ralit memeluk lutut menghadap ke arah jendela. Dia tidak sedar akan kehadiran keluarga mertuanya.

"Assalamualaikum, Mar. Tengok ni siapa datang?" Ucap Puan Zalia mengorak senyuman manis.

Mardiah mengalihkan pandangannya lalu tersenyum girang tetapi tetap jelas wajah pucatnya. "Eh mama. Waalaikumussalam." Ibu mertuanya disalam lalu dikucup beserta pelukan. Rindu.

Azra menghampiri Mardiah juga bersama dukungan Qaysara. "Saraa anak mummy. Mummy miss you a lot.." Sayu Mardiah menuturkan ayat sebelum menghulurkan tangan kepada Azra. Tubuh Qaysara bertukar pegangan.

Mardiah mendapatkan Qaysara lalu dipeluk erat tubuh bayi berusia setahun itu. Qaysara seolah-olah memahami kerinduan ibunya turut memeluk juga. Mardiah mengalirkan air mata.

Sungguh dia rindukan Qaysara walaupun hanya lima hari tidak ketemu. Yelah, sejak dia pulang dari Kelantan, dia belum berjumpa lagi dengan Qaysara. Khabar bayi itu pun tidak tahu. Azrell bukannya mahu bawa Qaysara ke hospital ini.

Mardiah disarankan supaya tinggal di hospital lagi untuk beberapa hari sehingga dia betul-betul sembuh. Menurut doktor, kandungan Mardiah agak lemah dan keadaan Mardiah juga masih belum stabil sepenuhnya. Makan tidak mahu. Mana nak ada tenaga?

Lagipun, Encik Ariff yang tolong uruskan semua ini kerana dia mahu Mardiah sihat sepenuhnya.

Soal Azrell,lelaki itu masih berkeras. Dia mahukan penjelasan dan bukti tetapi tak nak dengar apa yang Mardiah cuba maksudkan. Geram saja semua orang.

Mungkin Azrell terlalu geram dengan Haykarl sampaikan dia tidak boleh terima jika Mardiah diganggu oleh Haykarl. Pemikiran tidak matang bak kata Encik Ariff.

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Where stories live. Discover now