IKS - BAB 54

15.2K 349 7
                                    

Bunyi rengekan Qaysara mula kedengaran di gegendang telinganya. Mardiah terjaga dari tidurnya lalu mengerutkan wajahnya dalam samar-samar kegelapan.

Perlahan-lahan matanya dibuka dan terlihat lampu meja disebelahnya berserta katil Qaysara. Pelik? Semalam dia tidur,katil Qaysara ada di depannya bukan disebelah.

Kemudian, terasa seperti benda berat yang melingkari tubuh rampingnya. Suasana yang sejuk semalam tidak lagi terasa kerana dirinya telah diselimut sekarang ini. Mardiah yang dalam posisi mengiring terus membulat matanya.

Perlahan-lahan Mardiah memusingkan wajahnya memandang ke belakang. Terlihat wajah Azrell yang masih lena dibuai mimpi berada betul di belakang kepalanya. Sangat dekat. Mardiah melihat pula dipinggangnya dan ternyata tangan kanan sasa milik Azrell sedang erat memeluk tubuhnya.

Tercengang Mardiah dibuatnya. Sejak bila dia boleh berada di atas katil bersama Azrell. Siap berpeluk bagai. Jangan-jangan ini semua kerja Azrell. Entah-entah dia ada buat benda tak elok semalam. Yelah,semalam dia terlalu penat sehinggakan tidak sedar apa langsung. Omaigadd janganlah cakap yang Azrell buat benda tak senonoh semalam.

Tangisan Qaysara semakin kuat dari tadi. Mardiah tersentak dan kembali ke alam nyata. Segera Mardiah bertindak untuk bangun tetapi tidak berjaya angkara tangan sasa Azrell yang menindihnya. Terbantut terus tindakannya. Macam mana nak bangun ni?

Qaysara menangis lagi kuat ni. Seketika kemudian, Azrell pun turut tersedar. Terkesima Mardiah dibuatnya. Azrell memandang katil di mana Qaysara berada dengan kerutan di wajah sebelum kembali memandang Mardiah. Mardiah segera memandang ke arah lain.

"Abang, Mar nak bangunlah!" Pinta Mardiah sambil tangannya menolak lembut pelukan Azrell dipinggangnya. Azrell terus memandang ke arah pinggang Mardiah. Dia sendiri pun tidak sedar sampai terpeluk Mardiah. Sengihan nakal diberikan kepada Mardiah. Segera dileraikan pelukannya di pinggang ramping Mardiah.

"No wonder malam tadi selesa je abang tidur. Ada bantal peluk yang best." Ujar Azrell cuba mengusik Mardiah. Jelas kelihatan di wajah isterinya yang sedang menahan malu itu.

Terus Mardiah bangkit dari pembaringannya. Lega. Bebas. Berdiri sahaja,lantas Mardiah menilik tubuhnya. Ternyata dia masih lagi berpakaian kemas dengan pyjama satinnya. Masih tersarung elok. Nasib baik baju itu memang tiada butang. Segera lampu bilik dibuka.

Katil Qaysara dihampiri. Tubuh kecil Qaysara diangkat lalu menepuk perlahan. Lapar lah ni. Jam di dinding dilihat sekilas. Baru pukul 3.30 pagi. Mujur Qaysara menangis sekarang,  Qaysara adalah penyelamatnya. Kalau tidak kerana Qaysara,mungkin dia akan asyik berpelukan dengan Azrell sehingga ke esok pagi. Dan yang pastinya Azrell akan mengusiknya nanti.

Azrell pun turut bangun mendekati Mardiah. "Sara nak susu kut! Mar pergi susukan Sara." Arah Azrell lalu menarik lembut tangan Mardiah supaya duduk di sisi katil mereka. Mardiah hanya menurut. Azrell melabuhkan punggungnya disebelah Mardiah sambil memujuk Qaysara yang masih menangis kecil.

Mardiah mendirikan tubuh kecil Qaysara lalu memeluknya. Belakang Qaysara diusap lembut sebelum tangisan Qaysara kembali reda. Tersenyum Azrell melihat cara Mardiah memujuk anaknya. Penyayang dan sabar dengan kerenah Qaysara.

Mardiah memandang Azrell lama. Azrell menjongketkan keningnya. "Abang, Mar nak susukan Sara ni." Rungut Mardiah dengan pandangan sayu. "Bagi jelah." Ish orang tua ni, dia tak ingat ke siang tadi. Mardiah memang tak nak Azrell tengok dia sedang susukan Qaysara. Malu siot.

"Ish abang ni. Mar seganlah. Abang keluar kejap boleh? Tak pun abang tengok tempat lain. Please!" Arah Mardiah lantas membuatkan Azrell ketawa kecil. "Hmm,okey. Tapi ni demi Sara tau. Sebab tu abang mengalah!" Lantas Azrell naik ke atas katil lalu baring membelakangi Mardiah. Mardiah melihat ke arah Azrell yang berada dibelakangnya sekilas.

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Where stories live. Discover now