IKS - BAB 67

11.3K 267 6
                                    

Usai menidurkan Qaysara, Mardiah membawa langkah menuju ke ruang kamarnya pula. Pintu bilik Qaysara ditutup rapat.

Masuk sahaja dalam bilik,kelibat Azrell tiada. Kemana suami aku ini? Getus hati Mardiah.

Seketika kemudian, terdengar pintu tandas terbuka dari dalam. Mardiah yakin itu adalah suaminya.

"Sayang? Sara dah tidur?" Soal Azrell walaupun sudah terang lagi bersuluh ketiadaan Qaysara di sini.

"Sudah."

Segera Mardiah bangkit menuju ke bilik persalinan untuk mendapatkan pakaian tidur buat suaminya.

Azrell yang sedang mengeringkan rambutnya menoleh sekilas ke arah Mardiah. "Eh sayang. Tak payahlah. Biar abang ambil baju sendiri. Sayang rehat eh. Nanti penat pula!" Ujar Azrell dengan nada lembut.

Mardiah mencebik. Haih, lemak betul sampaikan nak tolong sediakan pakaian pun dilarangnya.

"Mar bukannya panjat almari ni nak ambilkan baju untuk abang. Sikit pun tak penat." Bantah Mardiah lalu membuka luas pintu almari untuk mendapatkan pakaian Azrell.

Azrell ketawa kecil.

Pakaian yang dihulurkan oleh Mardiah disambut mesra. "Thank you, sayang!" Ucap Azrell bersama senyuman manis.

Mardiah melabuhkan punggungnya di atas sofa mini di dalam bilik persalinan itu.

Azrell menoleh sekilas. Langsung tidak kisah jika Mardiah tidak keluar dari ruang persalinan ini dikala dia menyalin baju. Apa nak malu? Isteri sendiri. Ahaks!

"Mar tak sangka,bang. Hampir lima bulan kita kahwin,tup tup dah berisi." Omel Mardiah tersenyum gembira sambil mengusap perutnya yang masih kempis.

Azrell yang baru sahaja siap mengenakan pakaian segera berpaling. Langkah diatur menuju ke arah Mardiah.

Segera dihenyakkan tubuhnya disisi isteri tercinta. Tangan didepakan dibelakang tubuh Mardiah.

"Alhamdulillah rezeki kita."

"Sayang tahu tak? Dua hari sebelum kita pergi hospital kan, abang sendiri sudah syak, ada yang tak kena dengan sayang ni." Cerita Azrell.

Hampir bertaut kening Mardiah mengerutkan wajahnya. "Syak apa bendanya?"

"About your pregnancy."

"Abang dah tahu?"

"Abang yakinlah masa tu sayang mungkin mengandung sebab abang tengok keadaan sayang sejak-menjak ni lain dari lain. Pengalaman abang pernah menjadi seorang ayah ni, abang tahulah pe'el orang pregnant ni." Ulas Azrell sambil mengelus lembut rambut Mardiah yang bebas mengurai.

Lantas Mardiah tersenyum kecil. Kepala dilentokkan di bahu sang suami. Tidak sangka, naluri kebapaan Azrell kuat meyakinkan bahawa Mardiah mengandung saat itu.

"Tapi Mar risaukan Sara!" Balas Mardiah perlahan.

Berkerut wajah Azrell. "Kenapa pula?"

"Yelah, Mar mengandung, Sara kecil lagi. Still breast feeding. Banyak alahan nanti, Mar risau kalau nanti Mar terabaikan Sara. Mar dah janji akan bahagiakan Sara, sayang Sara,tapi bila jadi macam ni,Mar takut..." Sebak Mardiah menuturkan kata.

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Where stories live. Discover now