IKS - BAB 68

10.5K 248 13
                                    

Pinn!!  Pinn!!

Bunyi hon dari kereta Azrell telah mengegarkan ruang dapur rumah keluarga Mardiah.

"Abah hangg.. Pi tengok nuh anak menantu kita sampai dahh... Pi bukak pintu tu. Ya Tuhan rindunya aku anak beranak tu. Macam bertahun tak jumpa.!!" Laung Puan Suzana dari arah dapur.

Encik Khairil yang rileks orangnya hanya menurut. Bingit pula apabila isterinya membebel di dapur itu. Bisingnya macam ada kereta kebal dari Israel datang menyerang tu. Riuh sedunia.

Mardiah keluar dari perut kereta tanpa sempat menutup pintu. Lantas dia berlari kecil mendapatkan abah di halaman rumah.

Azrell hanya menggeleng. Isterinya ni tidak sedar ke diri tu mengandung. Kalaulah jatuh semasa berlari tu, tak ke jadi perkara tak diingini.

"Abahhh!!" Jerit Mardiah seraya memeluk tubuh Encik Khairil. Erat.

"Rindu abah." Adu Mardiah sambil mengucup lembut pipi abahnya.

Encik Khairil membalas pelukan anaknya sambil mengusap belakang Mardiah. "Abah pun rindukan angah." Pelukan dileraikan.

Azrell memandang telatah isterinya lalu tersenyum. Rindu sangat tu. Pintu kereta bahagian penumpang hadapan ditutup. Sampai terlupa habis nak tutup pintu.

Qaysara yang masih tertidur di baby car seat bahagian penumpang belakang diambil. Lantas Azrell menghampiri isteri dan abah mertuanya.

"Assalamuailaikum abah. Abah sihat?" Ucap Azrell lantas menyalami tangan kasar Encik Khairil.

"Alhamdulillah sihat. Az apa khabar? Sihat ka?" Soal Encik Khairil pula.

"Sihat."

Mata Encik Khairil tertancap pada Qaysara yang berada di dukungan Azrell. Masih tertidur bersandarkan dada bidang Azrell. Terus Encik Khairil mendapatkan tubuh kecil Qaysara.

"Alolo cucu tokba ni. Punya mengantuk sampai tak terjaga." Omel Encik Khairil sambil mengucup lembut pipi Qaysara.

Mardiah tersenyum melihat kemesaraan abah dengan Qaysara. Comel.

"Hoiii.. Buat apa kat luar tu. Masuk la dalam rumah. Panaih terik kat luar tu. Kesian kat Sara. Masuk lekaih." Laung Puan Suzana dari dalam rumah.

Terletus tawa mereka bertiga mendengar bebelan Puan Suzana.

"Ha jom masuk lekaih. Nanti hingaq lagi mak hang tu." Ajak abah.

"Abah dengan Mar masuk dulu. Az nak ambil beg kejap." Pinta Azrell sopan lalu menghampiri keretanya.

Lantas Encik Khairil berjalan beriringan bersama Mardiah menuju masuk ke dalam rumah.

"Hang balik sini berapa hari? Tak kerja ka harini?" Soal Encik Khairil dengan loghatnya.

Agak pelik rasanya kerana Mardiah pulang ke kampung pada hari Jumaat. Tidak kerja ke? Setahunya anak menantunya itu turut menetap di Pulau Pinang tetapi sebelah pulau nuh. Belum lagi di Kedah yang cuti hari Jumaat. Kan?

"Angah dengan Abang Az ambil cuti. Ahad kita orang balik lah. Ala Angah rindu abah dengan mak. Abah tak rindu angah ke?" Omel Mardiah sambil memeluk sebelah lengan Encik Khairil.

Abah hanya tersenyum senget. Manja sungguh. "Rindu jugak. Rindu semua. Tuh, mak hang lagi rindu tak kira dah. Kalau boleh dia nak pi rempit mai rumah hang." Bebel abah lantas melabuhkan punggung di atas kusyen.

"Makkk!!! Angah rindu makk!" Jerit Mardiah lalu mendapatkan Puan Suzana yang baru sahaja menghampiri ruang tamu.

Lantas Mardiah memeluk erat tubuh Puan Suzana. "Ya Allah anak akuu.. Rindunya mak dekat hang." Ucap Puan Suzana sambil mengucup pipi Mardiah.

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Where stories live. Discover now