IKS - BAB 2

16.3K 432 3
                                    

"Morning mama."ucap Azrell kepada Puan Zalia sebaik sahaja dia terlihat kelibat wanita yang sudah berusia itu. Namun begitu usianya tidak makan tua dan masih lagi kelihatan seperti wanita 40an. Puan Zalia sibuk menyediakan sarapan pagi untuk mereka sekeluarga.

"Morning Az.Duduklah dulu kejap lagi papa turun lah tu. "

Kerusi ditarik lalu Azrell melabuhkan punggungnya atas kerusi berhadapan dengan ibunya itu. Nasi goreng cina disenduk ke atas pinggan anak lelakinya itu.Usai mengaminkan doa makan, Azrell menyudukan sesuap nasi goreng cina ke dalam mulutnya. "Sedapnya nasi ni.Apa saja masakan mama semuanya sedap tau!"Pujinya sambil mulut mengunyah nasi goreng.

"Emm.Terima kasih. Makan cepat nanti lewat pulak masuk kerja. "Ucap Puan Zalia lalu duduk di kerusi berhadapan dengan anak lelakinya itu.

Azrell mengalihkan pandangan ke arah lelaki dewasa yang usianya dilingkungan 50an itu sebaik sahaja Encik Ariff mula menghenyakkan punggungnya di kerusi bersebelah isteri dan anak lelakinya itu. "Awal Az turun pagi ni, Sara tak bangun lagi ke? " Tanya Encik Arif kepada Azrell.

Air kopi di dalam cawan disisip dan diletakkan semula cawan ke atas meja. "Belum.Nyenyak dia tidur, penat lah tu keluar semalam sampai waktu sekarang tak bangun lagi. "Jawab Azrell sebelum tersenyum sumbing.

Puan Zalia yang sedari tadi hanya diam mendengar perbualan suami dan anaknya itu segera menyampuk "Tak apa, sekejap lagi kalau Sara dah bangun, minta Bik Imeng yang uruskan."

"Eh, Az nak pergi dah ni, kejap lagi ada breakfast date dengan Encik Fikri pulak. "Ucap Azrell sebelum ketawa kecil.

"Az pergi kerja dulu ya." Pinta Azrell lantas bangun dari kerusi di meja makan itu.

Dihampirinya wanita kesayangannya itu sebelum disalam dan berkucupan mesra di pipi. Rutin setiap hari sebelum ke tempat kerja.

Usai menyalami kedua ibu bapanya, Azrell mengatur langkah ke arah pintu utama sebelum Azra, adik perempuannya itu menghampirinya dalam keadaan terburu-buru selepas menuruni tangga. "Abang, tolong hantarkan Azra pergi kelas boleh tak? Kereta Azra masuk workshop la. Rosak!" Adu Azra dengan nafas yang tercungap-cungap.

Azrell mengerling ke luar halaman rumahnya untuk melihat ketiadaan kereta milik Azra. Sejak bila pula masuk bengkel, patutlah tak nampak kereta budak ini di luar semalam. Getus hati Azrell. Pandangannya dialihkan semula ke arah Azra sambil mengangguk setuju. Macam tahu-tahu saja Azrell akan menggunakan jalan yang sama untuk berjumpa dengan Encik Fikri.

"Hmm... Jomlah".

"Yeay, thanks abang!".

"Mama, Azra pergi dengan abang Az tau. Bye!". Laung Azra sambil tangan sibuk menyarungkan kasut di kaki.

"Heyy... Tak makan dulu ke? Haish Budak bertuah ni!". Getus Puan Zalia geram.

Enjin Audi A6 milik Azrell dihidupkan, tali pinggang ditarik dan kereta meluncur laju keluar meninggalakan kawasan perumahan elit itu.

"Abang, hujung minggu ni jadikan kita nak pergi taman bawa Sara sekali?". Soal Azra mahu kepastian.Memang Azrell telah memberitahunya tiga hari lepas untuk membawa Azra dan anak kecilnya, Qaysara pergi jalan-jalan di taman yang paling dia sukai dimana taman itu merupakan tempat pertama dia dan arwah Syazira bertemu jodoh. Taman itu jugalah tempat di mana arwah isterinya mengabarkan kepadanya bahawa dia telah mengandungkan Qaysara.

Azrell mengalihkan mukanya ke arah Azra seketika sebelum kembali fokus kepada jalan raya. "Of course lah jadi. Abang tak pernah bawa Sara keluar sebelum ini selepas kejadian itu. Semalam Sara keluar ikut mama pun pergi shopping saja kan?." Beritahu Azrell sambil mata memandang ke jalan raya. Dia mengaku, dia tidak pernah membawa Sara keluar kemana pun selepas peristiwa pahit itu terjadi.

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Where stories live. Discover now