IKS - BAB 50

15.2K 287 9
                                    

Seminggu berlalu, persiapan majlis resepsi antara Azrell dan Mardiah hampir siap sepenuhnya. Majlis resepsi mereka pada pihak lelaki ini bakal diadakan di sebuah dewan yang agak besar dan luas. Persiapan yang dijalankan semuanya di bawah Puan Zalia yang uruskan kerana Azrell sendiri yang meminta.

Majlis tersebut akan diadakan pada hari sabtu. Tema majlis resepsi belah lelaki ialah berwarna keturunan biru,putih dan peach. Semua jenis biru ada,dari biru lembut, biru terang semuanya sekali. Warna kegemaran Azrell dari kecil lagi. Memang Azrell sendiri yang memilih tema itu.

Petang jumaat itu,Azrell membawa Mardiah dan Qaysara untuk melawat kerja-kerja yang dilakukan di dewan besar tersebut. Kemain seronok Mardiah bila dapat keluar pergi melawat dewan. Sebelum ini,Azrell hanya menunjukkan gambar sahaja kepada Mardiah,jadi, hari ini dia dapat melihatnya dengan sendiri. Macam esok tiada hari dah. Mardiah sendiri yang memaksa Azrell untuk pergi kesana memandangkan dia terlalu teruja.

Puan Zalia sekeluarga telah pulang ke Penang dari rumah Mardiah minggu lepas dan hanya meninggalkan Qaysara bersama Mardiah. Memandangkan Mardiah meminta untuk menjaga Qaysara di rumahnya selama tiga hari sahaja.

Puas Azrell membantah kerana Mardiah belum puas bersama keluarga,namun tidak berjaya setelah semua orang memihak kepada Mardiah. Akhirnya Azrell lah yang kena, diceramahnya Puan Zalia tentang syarat perkahwinannya selama seminggu itu, terus terdiam Azrell. Lagipun, biarlah Mardiah ingin meluangkan masanya bersama keluarganya selama tiga hari itu.

Selepas itu baliklah semula ke pangkuan Azrell lebihan harinya itu. Jadinya,Mardiah hanya tinggal bersama keluarganya sehingga hari Rabu dan datang semula kepada sang suami pada hari Khamisnya. Senang cerita.

Sempatlah Mardiah melepas rindu kepada keluarga kerana selepas ini dia kena tinggal bersama Azrell sudah. Jadi,bila lagi nak meluangkan masa bersama keluarga tercinta sedangkan diri itu sudah mempunyai keluarga kecil sendiri. Punyalah Mardiah bersorak gembira pada hari Azrell kena pulang ke Penang hari itu, siap melambai tangan dengan gembiranya lagi bersama Qaysara. Monyok sahaja muka Azrell.

Qaysara pun sejak tinggal bersama Mardiah selama tiga hari itu, tidak pun dia nak menangis atau merengek mahukan Azrell. Risau juga Mardiah jika Qaysara rindukan bapaknya. Alih-alih ingat pun tidak. Bayi,kecil lagi,mana tau semua itu. Yang tahunya makan,tidur,berak!! Itu saja kerjanya.

"Dah siap ke belum?" Soal Azrell menerjah masuk ke dalam biliknya tanpa sebarang salam. Mardiah yang sedang membetulkan tudungnya terus memandang Azrell dengan pandangan yang tajam. Terkejut tahu tak. Azrell melangkah masuk ke dalam biliknya lalu melabuhkan punggungnya di atas katil. Qaysara yang sedang duduk sambil bermain dengan permainannya terus dikacau dengan mencium bertubi-tubi pipi montel bayi itu.

Qaysara yang rimas dengan gomolan Azrell terus menangis kecil. Mardiah terus mengalihkan badannya untuk melihat Qaysara.

"Awakkk.. janganlah kacau Sara.!" Marah Mardiah tanpa menjawab soalan Azrell. Azrell hanya tersengih lalu mendukung Qaysara.

"Mummy marahlah sayang. Takutnyaa!!" Omel Azrell pada Qaysara yang sedang makan penumbuknya itu sambil ketawa. Mardiah menjeling tajam sebelum mencapai beg keperluan Qaysara di sudut katil. Semua barang sudah dipek.

Selama dua hari Mardiah tinggal di rumah keluarga mertuanya,Azrell sama sekali tidak dibenarkan untuk tidur bersama Mardiah dan Qaysara. Walaupun sudah dipujuk rayu, tetapi arahan Puan Zalia memang sungguh berkesan. Seronok Mardiah ketawakan Azrell kerana kemahuannya diabaikan.

Awatlah tak faham bahasa sungguh. Sudah diberi syarat oleh keluarga mereka supaya tidak bersama atau jalankan misi 'malam pertama' itu kerana takut hilang seri pada pengantin. Memang alasannya mudah,tapi untuk laksanakannya pun mudah juga. Tidak tidur bersama selama seminggu. Teringat lagi kejadian semalam. Azrell punyalah merayu untuk tidur sebilik dengan isterinya namun tidak berjaya dengan sekatan Puan Zalia.

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Where stories live. Discover now