IKS - BAB 75

11.7K 293 44
                                    

Sepanjang perjalanan pulang, Mardiah dan Azrell hanya diam diri tidak berbual sepatah haram langsung tidak terkeluar dari mulut.. Hari ini Mardiah sudah diberi pulang dari hospital. Kesihatannya juga sudah stabil.

Mardiah tidak tahu sama ada Azrell masih marahkan dirinya lagi ataupun tidak. Lelaki itu beriak biasa saja dan kurang bercakap. Tak seronok langsung suasana macam ni. Kekok. Soal perbalahan semalam, masing-masing diamkan diri. Biarkan menjadi tanda tanya.

Pandangan dialihkan ke luar tingkap kereta. Mencerna bahan apa yang dia perlu mulakan dahulu untuk kembalikan Azrell untuk berbual. Qaysara dikerusinya di bahagian belakang sedang ketiduran.

Sedang ralit Mardiah di dalam dunia lamunan, sedar-sedar kereta sudah masuk ke perkarangan rumah mereka. Mardiah pandang rumah elit itu,rindunya akan rumah ini walaupun hanya hampir seminggu dia tidak menjejaki rumah itu.

Kereta sudah berhenti betul dihadapan halaman rumah. Azrell matikan enjin lalu terus keluar dari perut kereta. Lelaki itu berlalu ke pintu belakang kereta untuk mendapatkan beg dan barangan lain. Dia belum lagi kejam sampaikan biar semua benda Mardiah yang buat.

Mardiah keluh berat. Lantas dia membuka pintu kereta itu lalu keluar. Dihampiri pintu bahagian belakang lalu dibuka luas. Tubuh sihat Qaysara yang lebih kurang 10kg beratnya, dengan payah Mardiah cuba pangku.

"Sini Sara tu. Jangan 'gatal' nak dukung. Baru sembuh je kan!" Bidas Azrell yang sudah mendapatkan beg lalu mengambil tubuh Qaysara di dukungan Mardiah.

Mardiah membiarkan. Memang dia tidak mampu untuk dukung Qaysara pun. Sekali-sekala bolehla. "Barang tu,meh Mar bawakan." Pinta Mardiah.

"Tak payah. Abang boleh buat sendiri." Azrell menjawab sinis lalu membawa langkah ke arah pintu utama tanpa menghiraukan Mardiah.

Mardiah terkedu. Sedih. Sampai hati Azrell buat begini padanya. Dengan lemah longlai Mardiah membontoti suaminya.

Pintu rumah sudah terbuka. Mardiah lihat isi rumah itu. Agak tidak tersusun barangannya seperti kusyen kecil di sofa, majalah di meja kopi. Keadaan bukannya bersepah mana pun cuma tidak tersusun seperti sedia kala saja.

Azrell membawa Qaysara naik ke tingkat atas. Mardiah terlebih dahulu menyibukkan diri dengan menyusun semula barangan di ruang tamu itu.

Sedang Mardiah mengemas di ruang tamu itu, kelihatan Azrell turun dari tingkat atas tanpa Qaysara. Mungkin dia hanya meletakkan Qaysara di dalam bilik saja kut.

Azrell melulu terus ke pintu utama tanpa memandang isterinya. Mardiah kalih pandangan. "Abang nak pergi mana?" Mardiah mempersoal suaminya.

"Keluar kejap. Ada hal kat luar." Jawab Azrell mendatar seraya menyarung kasut dikaki.

"Nak makan apa nanti? Mar nak masak?" Tenang Mardiah menyoal.

Azrell belum sempat pergi ke keretanya. "Suka hatilah masak apa pun." Balas Azrell beku.

Mardiah diam. Mencerna jawapan Azrell tadi. Pemergian Azrell dihantar dengan ekor matanya. Tak sampai 10 minit lekat di rumah,sudah keluar balik. Sebelum ini,Azrell tidak pernah berkelakuan begini. Jarang sangat nak keluar rumah meninggalkan anak isteri melainkan betul-betul ada urusan.

Hanya keluhan yang mampu dilepaskan. Mardiah hiraukan perasaannya. Kalau dilayan makin menjadi-jadi.

.

Azan maghrib sudah lama berkumandang . Mardiah baru saja selesai menunaikan solat fardhu Maghrib. Telekung dibuka lalu disangkut semula di penyangkut.

Jam didinding dipandang sekilas. Sudah menginjak pukul 7.45 malam. Azrell masih belum pulang sejak di keluar tadi. Lama juga Azrell keluar. Sejak selepas zohor lagi.

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Where stories live. Discover now