IKS - BAB 19

9.1K 250 1
                                    

Pintu kereta kawannya dihempas kuat. Eh suka hati nenek awak je nak hempas kuat-kuat pintu tu. Kereta orang tau! Tiga orang rakannya keluar dari perut kereta untuk mendapatkan Hayfa."Weh hang okey tak? Relaks lah nah!" ujar salah seorang dari mereka.

Hayfa mengalihkan pandangannya dengan muka yang sayu. Air jernih mula bertakung di kelopak matanya dengan memerah mukanya. Nampak sangat sedih.

"Aku okey. Thanks hantar aku balik. Jumpa Isnin ni tau." jawab Hayfa yang sudah setapak memasuki kawasan rumah.

"Kau relaks okey..Jangan mengamuk tau! Anything just call us immediately ,tau!" omel seorang lagi rakan mereka untuk mengambil berat tentang kawan baiknya itu. Hayfa hanya mengangguk lalu memasuki rumahnya.

Mereka bertiga terus masuk ke dalam kereta dan berlalu dari situ."Aku risau lah dengan Hayfa tu,mana tahu nanti dia memberontak sorang-sorang dia!" ujar salah seorang daripada mereka. Sebagai seorang sahabat memang dia terlalu risaukan sahabat yang lain.

                                          *  *  * 

Jam tangan di lengan kanannya dilihat lalu terbuntang matanya."Mama,dah pukul 7.45 malam dah ni,Mar kena balik. Mar takut balik malam-malam." Adu Mardiah sambil membuat muka ketakutan. Puan Diena juga turut melihat jam tangannya.

"Allahuakhbar.. Dah malam dah. Mama tak sedar kita shopping sampai malam. Ha jomlah balik. Mar mesti penat kan.!" ujar Puan Diena lalu bangun dari kerusi dimana mereka menikmati minum petang tadi.

"Mar cuti hari apa?" soal Puan Diena sambil berjalan beriringan dengan Mardiah. Tangan penuh dengan beg shoppingnya.

"Mar tak ada cutilah mama. Kerja Mar memang hari-hari kerja." jawab Mardiah tersengih.

Puan Diena mengerutkan mukanya pelik."Mar kerja apa tak ada cuti?" tanya Puan Diena lagi.

Mardiah ketawa kecil mendengar soalan Puan Diena. Macam lawak pula soalan tu."Jadi babysitter." balas Mardiah jujur.

"Hahh!!Ye ke. Anak siapa Mar jaga?"

"Anak orang lah mama.. Takkan nak jaga anak bebiri kot." Mardiah ketawa mengekek dengan lawaknya dituruti Puan Diena.

Cubitan lembut diberikan pada lengan kiri Mardiah."Tahulah anak orang tapi siapa? Kawan Mar ke?"

"Nak kata kawan tak sangat..Baru kenal je!Tapi story dia sedih kot!" omel Mardiah konfiden.

"Apadia?" soal Puan Diena ingin tahu. Mardiah mula memceritakan kisah hidup Azrell pada mama angkatnya sehingga sekarang dia sudah menjadi babysitter di rumah itu.

                                             *  *  *

Pintu utama dibuka sambil mulut memberi salam. Mardiah melangkah masuk lalu menutup semula pintu itu dan menguncinya. Bahaya kalau tak kunci,orang sekarang bukan boleh sangat. Mahu diserbu ke,dirompak ke,tak ke naya. Dahlah ni rumah perempuan.

"Hayfaa...Ooo Hayfaaa..." laung Mardiah sambil meletakkan beg beli-belah tadi di atas meja. Tak banyak pun cuma lima beg jer. Tu pun mama angkat belanja. Mardiah menjenguk ke tingkat atas apabila tiada sahutan dari Hayfa tetapi kelihatan cerah di tingkat atas. Maknanya mesti Hayfa ada punya. Tak dengar barangkali. Kaki memanjat naik anak tangga itu untuk melihat keadaan Hayfa. Selalu tak macam ni pun,panggil tak sempat habis ayat tu dah tercongok depan mata.

Pintu bilik Hayfa diketuk."Hayfaa.. Dah tidur ke? Are you okay?" Soal Mardiah kerisauan. Namun tiada sahutan juga oleh Hayfa.

Pintu diketuk sekali lagi tetapi agak kuat."Hayfaa.. Bukalah pintu.. Jangan buat akak risau,Hayfa okey ke sayang?" Panggil Mardiah dengan lembut. Seketika kemudian,Hayfa membuka pintunya sedikit. Hanya menampakkan mukanya."Ye kak? Kenapa?"

Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]Where stories live. Discover now